November 30 2014, 8.59 pm

Hari ni genap setahun tinggalkan rumah lama dan mula tinggal kat rumah baru.
Actually, hidup kat area pekan ni rasanya lagi best daripada duduk kat kampung sana.
Nak masuk highway pun cuma berapa kilometer je dari rumah.
Nak tengok wayang pun 5 minit je tempoh perjalanan.
Bas awam pun ada lalu setiap 15 minit.
Tempat shopping pun dekat.
Stesen bas pun lagi dekat.
Senang citer memang best la hidup kat sini.

Tapi kadang-kadang rindu la jugak kat Kampung Delek sana.
Kat sana boleh dengar bunyi komuter lalu. (Stesen Kampung Raja Uda)
Boleh jugak dengar bunyi kapal bunyikan hon dia (sebab kampung saya dekat dengan pelabuhan.)
Sebulan sekali, saya akan balik sana untuk ambik duit sewa rumah naik bas awam.
Boleh nampak setiap jalan yang saya pernah lalu zaman sekolah dulu.

Dah dekat 7 tahun sejak tamat paper Biology Paper 3 waktu SPM dulu.
My friends and I dah janji nak stay in contact even after zaman sekolah tu dah habis.
Sebuah janji yang termeterai di luar pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong.
Tapi apa yang berlaku hari ni, semua orang pun dah ada haluan sendiri.
Apa yang dah jadi kat diorang, saya tak pernah ambik tahu.

Anyway, hari ni jugak kami sekeluarga ke Alor Gajah Melaka.
Kali terakhir saya ke selatan, saya rasa tahun 2013.
Waktu konvo UTM yang ke-51.
Dah setahun jugak la tak lalu Negeri Sembilan dengan Melaka.
I think Melaka ni negeri yang orang suka buat rumah atas bukit kot. Haha.
Tapi tak sempat merasa asam pedas diorang.
Singgah tepi jalan tadi pun beli tudung saji rotang, dodol dan asam. Lepas tu balik rumah.
Tak berjalan sangat pun. Tapi kira ok la sebab dapat bercuti sekejap naklepaskan stress kerja.

I think that's all for now. Thank you for reading.

Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...