November 23 2014, 9.32 pm

So I'm officially 24 today.
And my mum said 'dah matang'.
And we ate the mango cake that my elder brother bought.
And also the preserved mango (jeruk mangga) that my little brother made kat tempat kerja dia..
Memang hari mangga sedunia la hari ni.


Kalau takde aral melintang, kalau takde angin lintang,
kalau takde belalai air mahupun belalai darat,
insyaAllah lagi 5 tahun.
Ada rezeki, mungkin dicepatkan lagi.
Doakan ye.


Cerita untuk minggu ni:

Tempat kerja dah dapat greenlight untuk ISO. Woohoo!! Tapi certificate tu akan ada selepas 6 minggu la macam tu.

So, congratulations to the four engineers (including me), kakak production coordinator kitorang yang sama-sama kerja sampai 9 malam last week, dua orang senior dari plant lama yang banyak bantu kami, dan juga our production manager yang sanggup tolong salin balik data-data bulan Ogos tahun ni. Kalau takde diorang ni, memang kitorang semua takkan menang tangan untuk settlekan documentation for ISO ni.

Minggu ni jugak menyaksikan drama air mata dan panas baran kami semua.

Bayangkan, kitorang dah kerja hari-hari sampai 9 malam (Isnin-Sabtu), dengan masalah kenderaan masing-masing yang meragam, tinggalkan anak-anak dan suami kat rumah (tapi saya takde anak dan suami la), dengan harapan kami dapat selamatkan syarikat kami. Big boss juga ada cakap "you orang kena kerja Ahad ni. Boleh ambik cuti (replacement) hari lain".

Dan bila kerja dah siap, tiba-tiba bos cakap (sebenarnya, orang atas dia yang cakap.) "Kamu tak dapat cuti sebab kamu takde overtime". (Kerja executive memang tak boleh claim elaun untuk overtime.)
Dalam bahasa mudahnya, ayat tu sama dengan: "Kamu buat semua ni ikhlas semata-mata. Tak boleh mintaak cuti atau pun claim duit, sebab ISO documentation ni is just for special occasion only."

Korang panas tak dengar statement ni?

Depan saya dan 2 orang senior saya, kakak coordinator kami menangis.

Kami korbankan banyak masa dan tenaga nak menulis dan menapis data-data tu. Alih-alih kami tak dapat apa-apa.

Jujur saya cakap, memang saya dah pasang niat nak sabotaj tempat kerja tu. Biar bagi tempat huru-hara dan tunjuk kat auditor yang tempat tu bukannya utopia yang perfect segala benda. Kitorang yang tolong diorang, lepas tu diorang boleh pulak cuci tangan. Kami bukannya claim duit pun. Kami nak masa rehat kami je.

Malam tu, akak tu hantar mesejkat saya.Katanya hal cuti tu dah boleh claim. Ini pun atas jasa manager kami yang jenis berdiplomasi dengan admin. He's the real hero in this story. (Yang kelakarnya, orang atas dia pun tak boleh fight for us.)

I hate to say this, but racism tu sebenarnya wujud dan masih menebal kat Malaysia. It's the truth yang semua orang kena terima kat Malaysia.

Saya pun tarik waktu cuti saya ke hujung bulan depan. Nak rehat puas-puas time Krismas nanti (kalau diluluskan la)

Next week (starting tomorrow) buat kerja-kerja engineering yang tertangguh 2 minggu lamanya.

Oh, next week is 30th of November. Which means next week akan genap setahun pindah rumah baru.

Dan hari ni jugak dah genap setahun saya 'lenyap' dari Facebook. So, saya antara living proof yang manusia ni boleh hidup tanpa Facebook. There are good things about FB, tapi ada jugak yang sisi gelapnya. Macam hari ni keluar kat berita, tiang railway for MRT yang katanya senget la, merekah la, apa la, semua tu disebarkan oleh engineer cap Facebook dan Whatssapp. Yang hakikatnya kita pun tahu diorang ni taklah sebijak mana pun. Rjin sebarkan rumours tanpa soal selidik. Yang tolong sebarkan pun serupa je. Jangan jadikan "saya tolong kopi dan pasta je, bukan saya yang tulis cerita ni" alasan untuk cover kesalahan korang. Wahai netizen, keyboard warriors dan pengguna sosial media sekalian, belajarlah untuk jadi cerdik ye. Bukannya ikut flow semasa yang diorang claim benda tu mainstream.

That's all for now.
Assalamualaikum.
~Natural Cure~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...