November 16, 7.08 am
So, basically, hari ni pun kena kerja. Dan hari ni hari Ahad.
Sebab esok ada audit for ISO. So, hari ni kena siapkan SEMUA dokumen.
Sejak hari Isnin lepas, kami balik pukul 9 malam. Hari-hari, termasuk malam tadi.
Maybe kitorang 4 orang engineer boleh dapat anugerah pekerja paling cemerlang tahun ni.
Sepanjang 2 minggu ni, dah habis 2 batang pen. Pen yang ketiga pun tinggal suku je.
Sekejap lagi memang akan habis dakwatnya.
Macam biasalah, ada banyak borang yang kena edit dan bertukar sepanjang 2 minggu ni.
"Eh, ni borang Draft, bukan borang Revison!!"
"Mesin tu ada output, tapi apesal korang buat bypass?"
Waktu kerja-kerja yang bertimbun tu dah nak habis, mesti akan bertimbun semula macam gunung.
Kami sabar, kami sabar, kami sabar.
Setiap hari, saya pujuk diri saya. Bukan senang nak dapat kerja.
Ramai lagi fresh grad yang tanam anggur kat luar sana.
Actually, benda ni boleh je planning awal-awal.
Panggil SEMUA orang yang terlibat dan duduk dalam satu meja.
Dan meeting meja bulat ni mesti buat 7 MINGGU sebelum audit.
Time tu, explain kat semua orang, data apa kena isi kat borang mana.
'Finalise'kan borang-borang yang macam tak siap.
Jangan sampai sekeping borang tu kitorang kena isi sampai 3-4 kali.
Buat Gantt chart atau apa-apa jenis jadual. Lepas tu ikut jadual tu.
Seminggu sebelum audit tu mesti dah settle semua benda.
Audit dalaman pun satu. Tolong buat kerja awal-awal sikit.
Pagi Sabtu baru nak nampak muka, time tu la nak complain bagai.
Lepas tu senang-senang je mintak kitorang buat balik.
Dan esok kena masuk kerja lagi. Minggu ni takde istilah cuti.
Kerja ovetime lama mana pun tak boleh claim apa-apa.
Yet, we're trying to save a company.
Selamat hari bekerja kepada mereka yang bekerja hari ni.
~Natural Cure~
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment