27 April 2013, 2.37 pm


This is the main reason kenapa saya balik Klang for only three days.
Singgah PWTC with my sister.
For Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.

Dengar cerita, sehari sebelum ni, panjang gila line booth Jemari Seni.
Because of this book la.
That's why before 7.30 am, my sister and I tercegat depan stesen komuter Telok Gadong.
(Today is Saturday. Maybe lagi ramai kalau kitorang lambat datang.)

Kalau rajin, saya kupas la cerita ni.
Sebab sekarang pun agak busy sebenarnya.
Tapi kalau bab baca novel, i have plenty of time. Haha.
Until then, Assalamualaikum.


Every soul has a past
Every soul lives a present
And every soul deserves a future
No judging on one's past
Because it might be your future
May Allah bless
~ Hlovate

26 April 2013, 8.21 pm

Yay! Dapat pusing-pusing Klang!
I miss those places.
Pasar jawa. Laluan CP dengan Mydin. (Dulu ada jejanatas. Sekarang jadi subway.)
Dataran depan CP tu. Nampak budak-budak main skateboard.
Pergi tabung Haji. Naik tingkat 2. Ada Jabatan Pendaftaran Negara.
Then pergi Maybank depan City Mall.
And the graffitti kat sebelah Jambatan Kota. Tak bawak DSLR pulak.
Dataran depan Mydin tu. Yang ada banyak bas awam.
Kemudian lalu ke gerai-gerai sebelum sampai ke stesen bas.
Lepas tu balik rumah.

Enjoy la jugak. Eheh.

25 April 2013, 11.41 pm



At my hometown for a moment.
Aik? Awal gila balik?
General election pun next week, minggu ni dah balik?

Ada sebab la kenapa orang balik kampung..

Sekadar merungkaikan simpulan-simpulan kusut kat kepala.
Uruskan satu dua benda yang patutnya settle dua minggu lepas.
Agak mustahak la jugak.
Sebab ni ada kaitan dengan Final Year Project.

Until then,
Assalamualaikum.


15 April 2013, 2.56 pm

ii ~ fresh_breeze

Januari 2007

ANGIN berpuput lembut menyapa pipi. Sejuk dan lembut. Burung-burung pun terbang mengikut aliran udara di atas sana.  Pandangannya di lontar jauh ke langit biru yang membuka tirai pagi. Kawasan padang terasa sangat tenang. Choki Choki kembali ‘disumbat’ ke mulut. Lagu Heaven Knows-Nana Mizuki berdentum di headphone. Nasiblah hari ni pakai tudung. Boleh jugak cover benda alah ni.

Sesekali matanya beralih ke basketball court . Satu-satunya gelanggang sukan tu yang ada kat sekolah ni.  Hari tu ada jugak dia check, gelanggang tu pun ada line untuk volleyball, sama je macam sekolah lama dulu.

Sekolah lama yang penuh dengan kenangan. Pahit manis hidupnya yang dikongsi bersama tiga lagi best friend forever. Yang dah janji nak stick together no matter what happens. Dan sungguhlah, sebaik-baik barang ialah barang baru, tapi sebaik-baik kawan ialah kawan-kawan lama.

I miss all of them.

“Nah, ambik ni!”
Dia laju merampas bola di udara tu, kemudian berlari-lari ke arah basket kat atas tiang.
Shoot!”
Dia melontar bola tersebut tepat ke basket tu. Masuk!
“Wooh!!”. Tiga lagi bersorak.
Dia mengangkat kening sambil tersenyum.
“Erm.. Tu kan..” Salah seorang daripada mereka menuding jari ke luar gelanggang. Dia turut menoleh.
Seorang lelaki tersenyum di bangku tepi court. Tangannya melambai-lambai.
Dia turut melambai sambil tersenyum.
“Kitorang bertiga gerak dulu la. Jumpa kat kelas nanti.”
Okay. See you then.”
Tiga lagi segera meninggalkan court sambil ketawa. “Jangan lama sangat!”
Hish! Diorang bertiga ni memanglah..  Tapi untunglah ada kawan yang faham.
“Jom. Satu round.” Lelaki tersebut pass bola ke arahnya.
Set.” Bola kembali diberi semula kepada lelaki tu. Mereka bertentang mata.
The far-shooter against the legendary Gale, eh?
“Eleh. Berlagak cap badak. Nanti lepas kalah, tolong belanja makan!” Dia mula merampas kembali bola yang belum sentuh tanah tu, dan berlari-lari ke basket.”
“Aile! Tak aci!” jerit Gale sambil ketawa.

Dah lama takde orang panggil dirinya dengan nama tu. Dan sekarang, dirinya terpisah daripada tiga sahabat tu. Dan juga Gale.

Angin kembali berpuput lembut di pipinya, menariknya kembali ke dunia nyata.

The wind of a new beginning blow.

Dia mengeluh. Sisa hari semalam masih melayang-layang dalam kotak fikirannya.

“Aliya?”

Aile menoleh ke belakang.  “Jom beratur. Dah nak bunyi loceng.” kata Nurin.
Dia ni lagi. Semalam pun dia dah tegur aku sebab aku lepas lepak kat tepi padang ni. Dia ni satu kelas dengan aku. tapi aku tak rapat pun dengan dia. Dia terhegeh-hegeh nak bercakap dengan aku sejak first day kat sekolah ni.

Dia bangun malas-malas, sambil menggalas beg.

Score!” jerit enam suara di gelanggang.

Aile jatuh rahang. Dan bungkus Choki Choki tu pun jatuh sekali ke lantai. Nasib baik dah habis isinya. Dia menoleh ke arah budak yang lontar tu. Gila jauh! Macam mana bola tu  boleh sampai ke basket tu? Nanti kejap, budak tu kan..

So we meet again” bisik Aile.


Nota:
- sebutan ‘Aile’ tu bunyinya macam huruf ‘L’, bukan 'Ai-Li'.

7 April 2013, 12.41 am

Atas permintaan seorang sahabat, maka kisah ini ditulis.

Tu pun lepas jenuh kena hentam soalan bertubi-tubi
"Bila nak tulis novel?"

_prologue_

i ~ so_we_meet_again

"Shoot!!!"

Bola jingga yang digenggam itu diangkat melebihi paras bahu. Tangan kanannya menolak kuat bola tersebut, dan bola melayang-layang di atas udara. Tujuh pasang mata memerhati dari luar half court.

"Bam!" Bergegar basket di papan di hadapan. Mata mereka mencerun ke bawah melihat bola jatuh mengikut hukum graviti.

"Score!" jerit Vent sambil tersenyum.

"Gila kau! Kau makan apa hah?"

"Bernuolli." jawab Vent, selamba.

"Benda apa tu?"

"Bernuolli's principle."

Court tu sepi ala-ala background music cengkerik.

"Physics, Fluid Dynamics. Form 4." jawab Vent.

"Mangkuk kau! Tau la terer Fizik! Prince of Phycics kat sekolah ni pulak tu!"

"Mana ada.. Korang ni.."

"Nama pun Vent. Ada power boleh control angin agaknya."

"Wei.. Tu kan kuasa..."

"Dahlah.. Yang penting, he's back!!."


"Well, since this is our senior year, jom enjoy sepanjang tahun ni!"

"JOM!!!" jerit enam lagi suara.


Mereka bertujuh melangkah meninggalkan court.


Dari jauh, sepasang mata memerhatikan seorang daripada mereka.

"So we meet again."

7th July 2013, 12.07 pm

You taught me to run
You taught me to fly
Help me to free the me inside
Help me me hear the music of my heart
Help me hear the music of my heart
You've opened my eyes
You've opened the door
To something I've never known before
And your love...
(love)
Is the music of my heart... (music of my heart)

~N'Sync & Gloria Estefan~

There are various types of musics.
Rock. Pop. Indie. Alternative. Hardcore.
Different people and different taste.

We've been grows up with musics.
Since kindergarten. Primary school. Secondary. And university.
And some songs becomes the insignia to our past.
We could stare at the windows for hours, reminiscing the memory.
The way we express ourselves. Our feeling.

6 April 2013, 10.28 pm

i

"Naik bas dari sana pukul berapa?"
"As balik ESOK la. 4.30 petang."

Dah hantar mesej minggu lepas.
kata balik hari Ahad.
tapi hari ni masih hari Sabtu.

Kesian si ibu menanti kepulangan anak tercinta. T_T


ii

Pagi

"Malam ni, nak habiskan novel Fatimah Syarha.
Ada 700++ muka lagi."


Tengah hari

"Esok kita buat presentation ye! Pukul 9!"

Alahai.. Baru nak rehat malam ni..


iii

"Nak sewa kamera boleh?"

S E W A ! ! !

"Boleh je!!!! (Asalkan duit masuk!!)"

^^

Beberapa hari kemudian...

"Sorry ye.. Lupa nak bawak ke UTM tadi. Balik bila ye?"
"Eh.. takpe takpe.. Saya balik Ahad.."

Memang dah takdir balik lambat. Allah sebaik-baik perancang.

"Ok la. Abang bagi Sabtu ye."

Hari Sabtu

"Berapa ye?"
"Tak kisah pun..."

Tangannya membuka zip beg dan not ringgit Malaysia dihulur.

"WHOA!!!!!!"

Dua hari je pun. Tapi sewa macam satu sem.
Tak kisah. Orang dah bagi, jangan complain "Apesal banyak sangat"
Bersyukur kepada Yang Maha Memberi, bukan yang memberi.
Dan tolong jangan mengungkit mintak dipangkah.

Anyway, merasa jugaklah Nikon D3100 ni travel oversea.

iv

"Dah agak dah mesti balik esok ni. Ada kelas kan pagi Jumaat."
"Tu lah. Ingat nak ponteng. Kalau tak, malam ni aku dah takde kat bilik."
"Saya dah habis kuliah hari ni. Kalau tak sebab kelas Sabtu Ahad, petang tadi dah cabut."

"Ingat nak stay je kat UTM. Tiket dah beli, tapi tak tau nak balikm ke tak. Nak buat PSM"
"Balik je. Takdenya cuti nak masuk makmal"

Betul jugak.

"Jumpa dua minggu lagi!"

Saya menyusur koridor gelap.
Dan berbisik perlahan,
"InsyaAllah"

v

I need to see you next week, on weekdays.
In KL.
Urgent + Important.
~nc~

2 April 2013, 11.00 pm

Semester ni memang ada 'kelainan'.
Sejak awal semester, saya menyisihkan diri daripada kenalan.
Jauh daripada sahabat sefakulti, sekelas, se-kolej kediaman.
Langsung tak gatal jari pergi mesej seorang demi seorang.
Facebook pun terbiar tanpa sebaraang status update.

Dua bulan tanpa apa-apa berita.

Ada beberapa insan yang perasan tentang kebisuan ni.


"Lama senyap. Marah akak ke?"

Saya kaku dan bisu.
Tak tahu nak reply apa.


Banyak sangat benda yang dah jadi cuti hujung sem lepas.
Banyak jugak yang di luar jangkaan.
Dan banyak mengubah arah hidup.
Yang sekaligus mengubah diri.

Saya dah 'hilang'.

Cuti pendek yang penuh dengan linangan air mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...