11 Mac 2012, 8.03 pm.



25 Oktober 2007, 13 Syawal 1428H.

Semalam dia tak datang lagi. Sama macam kelmarin. Dan hari sebelumnya. I’ve been waiting for HER for about one whole week, and there she is!! Right in front of me. Dengan rambut gaya ekor kudanya. Sitting there quietly, studying and alone, as usual. Geng dia lagi tiga orang pun tak datang. Now is the VERY VERY VERY right moment to give her THAT, but, unfortunately…..

Kelas ni penuh dengan manusia kepoci. Insan-insan terpilih yang dapat masuk kelas 5 Setia 2007. (Yang peliknya, rajin pulak diorang datang sekolah lepas raya ni. Hari ni 13 Syawal 1428H. Sekolah pun dah masuk fasa hujung tahun. SPM dekat-dekat selekoh je) Takkan nak bagi sekarang kot… Kalau diorang nampak apa aku buat, bising kelas ni nanti. Baik lelaki mahupun perempuan, semua kaki gosip. Kepoci!

Saya pun sorok ‘benda tu’ bawah meja saya. Not the very right moment, though. Tunggu kejap je lagi.
Jam dah menunjukkan 12.28 tengah hari. Lagi 2 minit kelas habis. (Hari Khamis, sekolah kami tamat jam 12.30 tengah hari.) Macam mana ni? Barang tu tak bagi lagi kat dia. Kalau aku tak bagi dia hari ni, sampai bila-bila pun aku takkan berani nak berdepan dengan budak perempuan. (Entah macam mana la ada pulak keberanian nak bagi dia benda ni!) Saya ni dah lah pemalu tahap giga bila berdepan dengan kaum hawa. Dengan budak perempuan kelas sendiri pun aku jarang bercakap, ni tiba-tiba nak bagi benda ni kat dia sorang je. Yes, she’s the only one.

“Kriinngggg!!!!”

Loceng dah berbunyi. Now’s the time. My plan: Dia keluar je dari kelas ni, time nak turun tangga sebelah kelas ni, aku terus bagi dia (time tu orang lain tak nampak!).

Dan, dia pun laju je tinggalkan kelas, ikut pintu belakang.

Masa tu saya kat satu sudut kelas. Baru nak capai beg, dia dah lesap. Argh!! Saya ambik beg saya, tak toleh belakang lagi. Kena kejar dia secepat mungkin. Saya lintang-pukang berlari tinggalkan kelas.

“Hui Ling!!”
Dia toleh belakang. “Apa?” katanya, dengan mata yang sedikit terbeliak. Terkejut, sebab dia takkan sangka yang saya akan tegur beliau.

“Nah.” Saya serahkan plastik berisi ‘something’.
“Buah tangan dari tanah tinggi”.

Hari raya yang lepas, my family and I jalan-jalan ke Cameron Highland. First time untuk family, tapi 2nd time untuk saya. Saya ada belikan teh strawberi. And pink. Just for her. Sedangkan budak-budak lelaki kelas saya pun saya tak bagi apa-apa. Haha. Dan saya belikan anak patung kecil, buatan Korea agaknya. Agak comel. Macam dialah. ;)

Kemudian saya berjalan melepasinya, dan terus turun tangga, tak toleh belakang.

Muka saya dah merah padam. Jalan pun dah macam robot. Laju je tinggalkan pagar sekolah dengan basikal.

For the first time ever, I gave a gift for a girl. Rasa nak tercabut jantung dari dada ni.

“Alamak!! Tertinggal briefcase kat kelas”
Saya patah balik ke kelas. Nak masuk ke kawasan sekolah balik.

“Nat! Ni hah beg (briefcase) kau!” kata Fikri.
Kami bertiga terserempak di tepi jalan, tak jauh dari pagar sekolah.
“Laju je tinggalkan kelas. Kejar apa? Kejar awek?” tanya Muhammad Nor.
“TARAPAPPA!!”

Setelah dua tahun berahsia, akhirnya saya pun buka cerita ni kepada budak-budak lelaki kelas saya.
Terguling-guling diorang ketawa. Tak sangka yang saya ada keberanian buat macam tu. Lagi-lagi dengan budak Cina. But, seriously, saya memang tak berkawan dengan orang perempuan. Except for her.

Ada la sikit-sikit macam cerita "Ked's Story" by Hlovate tu.
Kisah Ked Flop dan Nawal (atau Hadiah).

We’re from the same class since 2003 (Form 1), but I never talked to her (same goes to her). I only realized her presence when we’re Form 5, on 5th of February 2007 (I remember the date! Haha). She’s a loner, social recluse, having a quiet smile and lots of thought flowing in her mind (same goes to me). Just like the film of “The Art of Getting By”.

Birds of a feather flocks together.

Actually, we never have some kind of lovey dovey relationship.
But she’s a true friend, indeed.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...