27 Mac 2012
10.03 pm



Mata pensel mula berlari di atas balapan kertas graf semi-log berwarna hijau, menyambungkan titik-titik data yang diperoleh dari dalam makmal elektronik industri. Sebuah graf ‘phase angle versus frequency’ untuk eksperimen ‘active filter’ dah siap dilakar.

Saya duduk sekejap di luar makmal. Menghirup udara luar yang lebih nyaman daripada air-cond dalam makmal tu. Itu makmal ke benua Artik? Gila betul staf ‘Eskimo’ kat FKE ni! Macam manalah diorang boleh survive dalam suhu macam ni hari-hari? Makan polar bear dengan walrus hari-hari agaknya. Tapi kurus kerempeng pulak. Saya duduk tak sampai dua jam, hidung dah mula meleleh. Sekejap je lagi boleh kena selsema. Tapi memang membazir pasang air-cond sampai tahap macam ni. Patutlah FKE ni katanya paling banyak habiskan duit UTM untuk bayar bil elektrik. Bayar kat benda yang tak patut.

Tangan dibiarkan sekejap atas meja. Saje nak ‘dibakar’ terik mentari. Nak menyerap sebanyak mungkin haba, nak dibuat ‘bekal’ sebelum masuk balik makmal. Biarlah kulit ni gelap sikit pun. Ini lebih syurga daripada ‘neraka beku’ tu.

Saya sekadar tersenyum. Time tengah hari, kadang-kadang hati kita ni mengeluh. Terik dan silau sangat sampai nak tengok depan pun, mata kena jadi sepet. Belum masuk kelas dah pecah peluh jantan. Bila dah rasa sejuk macam ni, barulah kita rindu akan kehangatan sang suria.  Kalau tak, sampai bila pun kita tak reti bersyukur. Kata orang, nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap dari depan mata.

Dalam al-Quran pun ada cerita pasal matahari, kan? Surah Asy-Syams, surah ke-91.

1. By the sun and its brightness.
2. By the moon as it follows it (the sun).
3. By the day as it shows up (the sun’s) brightness.
4. By the night as it conceals it (the sun).
5. By the heaven and Him Who built it.
6. By the earth and Him Who spread it.
7. By Nafs (Adam or a person or a soul), and Him Who perfected him in proportion.
8. Then He showed him what is wrong for him and what is right for him.
9. Indeed he succeeds who purifies his own self (i.e. obeys and performs all that Allah ordered, by following the true Faith of Islamic Monotheism and by doing righteous good deeds).
10. And indeed he fails who corrupts his own self (i.e. disobeys what Allah has ordered by rejecting the true Faith of Islamic Monotheism or by following polytheism or by doing every kind of evil wicked deeds).
11.Thamud (people) denied (their Prophet) through their transgression (by rejecting the true Faith of Islamic Monotheism, and by following polytheism, and by committing every kind of sin).
12.  When the most wicked man among them went forth (to kill the she-camel).
13. But the Messenger of Allah [Salih (peace be upon him)] said to them: “Be cautious! (Fear the evil end) That is the she-camel of Allah! (Do not harm it) and bar it not from having its drink!”
14. Then they denied him and they killed it. So their Lord destroyed them because of their sin, and made them equal in destruction (i.e. all grades of people, rich and poor, strong and weak, etc.)!
15. And he (Allah) feared not the consequences thereof.

Saya masuk balik makmal. Ning dengan Chong dah senyum sampai telinga. Nak gelakkan aku la tu.
“You kat luar ke tadi? Tak tahan sejuk?” tanya Ning yang pakai sweater hitam – tapi masih menggigil. Katanya, dia pun dah tak boleh tulis apa-apa. Otak dah beku.
“Dalam sejuk sangatlah….” jawab saya.
“Ni ada satu graf lagi… Tolong lukis ye…”
Saya gelak. Saya pun capai kertas graf tersebut, dan keluar untuk ‘menyedut’ haba lagi.

10.53 pm, 27 Mac 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...