Nama saya dipanggil oleh ustazah.
Satu kelas pandang.
Mata saya masih tertunduk ke meja.
Tangan dah genggam penumbuk.
Geram.
"Kan banyak lagi budak2 lain.. Apsal aku sorang je yang selalu kena???"
Mulut berbisik, perlahan.
Mula menghamburkan kata-kata yang tidak sesuai.

Saya berdiri dan berjalan ke papan putih.
Menyambut marker pen daripada ustazah.
Saya tak berapa ingat apa soalannya, tapi saya cukup benci situasi itu.
Setelah menulis jawapannya,saya pulang ke tempat duduk, dan memulangkan marker pen kepada ustazah.

"PAM!!"
Marker pen terjatuh.


"Amboi.. Takut sangat ke sampai tangan menggeletar"

Saya ambil marker pen itu, dan kembalikan kepada ustazah.
Dan pulang ke kerusi dalam keadaan marah.

Saya cukup BENCI subjek Pendidikan Islam pada zaman sekolah.
Kenapa kami KELAS DEPAN perlu belajar Pendidikan Islam?
Kami kan pelajar SAINS TULEN, belajar Sains je lah sepatutnya.

Sepanjang kehidupan saya sebagai pelajar sekolah rendah hingga menengah, saya tak pernah pun ke sekolah agama.
Bukan ibu bapa saya tak mahu hantar, tapi saya sendiri yang tak minat dengan AGAMA ni.
Saya memandang golongan ini sebagai golongan terkebelakang.

Subjek ini juga yang paling saya lemah.
Nak lulus xde masalah sangat.
Malulah kalau pelajar Islam gagal pendidikan islam.

Tapi kebencian saya terhadap subek ni tidaklah sampai saya menghina Islam.
Waktu ni, pemikiran pun tidaklah terbuka seperti hari ini.
Dunia saya hanyalah rumah dan sekolah.

Sewaktu SPM

Entah kenapa, dalam banyak2 subjek, saya rasa sangat tenang sewaktu menjawab Pendidikan Islam. Terasa ada angin sejuk mengalir ke dalam dada.
Pelik sangat.
Sesuatu perasaan yang x dapat saya ungkapkan dengan perkataan.
Sehingga hari ini saya tak dapat lupakan perasaan waktu itu.

Kertas pendidikan Islam sangat "istimewa."


Keputusan SPM
"TAHNIAH!!" jerit Puan Tan.
Saya tersenyum.
Buat-buat tak faham.
Di sebalik timbunan kertas, Puan Tan mencari-cari slip keputusan SPM saya.
"Nah.."
Saya ambil dan baca.
"Satu.. Dua.. Tiga.. Empat.. Lima.. Enam.. Eh, ENAM???"
Punyalah terkejut.
6 A1.
Untuk sekolah menengah harian biasa, 6 A1 pun dah cukup luar biasa.
Lagi-lagi pelajar bumiputera.
Saya "check" subjek yang saya skor.
"English.. Math.. Add Math.. Chemistry.. Physics.. PENDIDIKAN ISLAM.."

Tergamam.
Dalam banyak-banyak subjek, Pendidikan Islam lah yang paling saya tak jangka dapat A1.
Saya membayangkan B atau C je.

Kami pun keluar dari dewan itu, dan bertemu Ustaz Sahrulazmi Sidek.
Beliau merupakan guru kelas untuk kelas sebelah kami sewaktu kami tingkatan 4.
Sewaktu kami tingkatan 5, beliau melanjutkan pelajaran di UKM.

Saya takdelah rapat sangat dengan ustaz ni.
Nak bertegur dan bagi salam pun segan.
Maklumlah, ustazlah katakan..

Beliau melihat slip keputusan saya dan sahabat-sahabat.
"Apa ni.. dapat C jer??" kata ustaz kepada Zainal.
Kami ketawa.
"Tengoklah result dia ni ustaz.. Lagi power daripada kitorang.." kata Zainal.
Saya geram dan tersenyum.
Saya menyerahkan slip kepada ustaz.


"Ha!! Macam ni lah pelajar Islam yang sebenar!!"
Sahabat tersenyum.
Saya tergamam. Memang kena puji habis.

Saya pun bingung.
Nak ikutkan, saya bukannya terer bab agama ni.
Dan kehidupan saya sangat jauh daripada Islam.
Dan saya "terpilih" untuk menikmati kerjayaan ini.

Saya rasa insaf sangat.
Dalam kejahilan, Allah masih menyayangi saya.
Membuka hati ini supaya kembali kepada fitrah.
Bukan convert tapi revert.

Saya mula mencari apa itu Islam.


p.s
Ustaz Sahrulazmi Sidek merupakan penulis untuk beberapa buah buku, seperti Berani Berubah daripada Sebutir Jagung, Guru Jutawan Akhirat, Apabila Haiwan Menjadi Guru, I Love Ramadan dan sebagainya terbitan Karnadya.
Pernah belajar di Jordan, satu zaman dengan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Saya tak tahu pun beliau sebenarnya seorang yang "sangat hebat".


Terima kasih oh ibuku sayang
Senyumanmu nyaman terasa
Solat Subuh tugas pertama
Salam sejahtera kepada dunia

Mentari pagi menyinari alam
Nikmat Allah serata dunia
Tuntut ilmu tugas utama
Maju Malaysia wawasan negara

Kasihi ibu kasihi ayah
Keluarga bahgia teras jaya
Belai kasihmu adalah rinduku
Quran dan sunnah pegangan hidupku

Ke mana pergi pun jiwa ku tenang
Pesanan ayah tetap dikenang
Jasa ibu ku ingat selalu
Murni peribadi menguasai semesta



Sebuah lagu lama.
Dah lama cari lagu ni.
Tajuk dan penyanyi lagu ini sangat misteri.
Dah banyak kali Google, tapi tak jumpa sampai la ni.

Ini pun nasib baik sempat rakam daripada Ikim.FM.
Itupun tertinggal baris pertama.
=)
Thanks to Siti Rohani Suriani dan Sufian Amri.


Tujuan post ini ialah untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Bapa kepada semua ibu dan bapa tak kira di mana sahaja anda berada...
Awal lagi?
Bukan ke setiap hari ialah Hari Ibu dan Hari Bapa?
=)

Hari Ibu ~ 8 Mei 2011
Hari Bapa ~ 19 Jun 2011


Kepada yang belum tahu....
Hari Ibu di Malaysia disambut pada AHAD KEDUA BULAN MEI.
Manakala Hari Bapa pula pada AHAD KETIGA BULAN JUN.
Negara lain akan menyambut pada tarikh yang berbeza.


Sewaktu Malam Penghargaan Senior Badar dan KRU, saya sempat borak2 dengan Abang Farid Johan.
Biasanya memang susah nak terserempak dengan beliau, walaupun satu seksyen.

"Abang, pernah nampak tak MUSLIMAT kat sana?"
- "kat sana" ertinya Jepun. Beliau baru pulang dari GOP ke Jepun.

"Hum.. Tak.. Tak nampak.."

"Saya pernah try Google gambar orang Jepun pakai tudung. Memang tak nampak orang Jepun bertudung." 
Saya beranggapan golongan Islam di sana hanyalah golongan minoriti dan sangat kecil bilangannya.
Jadi agak sukar nak tengok gambar mereka bertudung.

Dan pencarian saya berakhir hari ini.



Yuna & Hana Tajima
( Yang kiri tu orang Malaysia.Yang kanan tu Hana Tajima.)



Beliau ialah Hana Tajima.
Pereka fesyen dan juga pemilik Maysaa.com.
Berminat dengan Islam sejak berusia 17 tahun.

http://www.hanatajimasimpson.com/

p.s.
Sebenarnya bukan tiada yang bertudung.
 Tapi mungkin saya kurang didedahkan tentang masyarakat di sana.
Hakikatnya masyarakat Islam telah bertapak di sana lebih awal daripada nusantara.
Kita kata mereka sebagai muallaf atau "saudara baru", tetapi mereka kenal Islam lebih daripada kita yang Islam semenjak lahir.

Fikir-fikirkan.


Kalau tanya kaum hawa,
"Bahagian pokok mana yang paling disukai?"
Kebanyakannya akan jawab
"BUNGA!"

Tapi saya suka paling suka bahagian daun.
Sebelum saya ada kamera lagi saya suka perhatikan daun-daun pokok.
Dan bukan semua jenis daun berwarna hijau.
Ada yang merah, jingga, kuning dan coklat.
Ia juga ada "seri"nya seperti bunga.

Saya suka daun daripada pokok maple.

My favourite season?
Autumn, of course.
Lots and lots of fallen leaves.

Autumn in my heart.
=)

Gambar diambil pada 21 April 2011, Khamis.
Sebelum iftar a.k.a. Malam Munajat anjuran Badar.
Sebelum iftar start dan sementara menanti manusia lain, saya berkawan dengan dedaun dulu.

Saban hari saya melalui kehidupan tanpa suara.
Tengok orang lain, boleh tersenyum je.
Saya ketawa dalam sunyi.

Sedih?
Tak. Tak sedih.
Kalau nak diikutkan, jarang pun saya bercakap.
Jarang berkomunikasi dengan orang lain.

Bila dah tak bersuara, rasa hidup ni sunyi sangat.
Tak dapat bercakap dengan orang.
Sebab kita dah takde pilihan lain.

Hari ni juga sepatutnya saya berpuasa sunat (hari Khamis) seperti biasa.
Tapi asyik batuk je.
Kena telan jugak ubat batuk.
Alih2 tumbang atas kati seawal 10 pagi.

Satu tin minuman sejuk tu dah cukup untuk ubah corak kehidupan selama seminggu.

Sayangilah suara selagi mampu bersuara. =)
Dan sila berpantang kalau tak tahan sejuk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...