July 21 2016, 10.22 pm

Saya suka lepak kat area belakang kilang waktu lunch, sebab kawasan tu sunyi. Macam biasa, makan bekal yang saya bawa dari rumah. Nasi lauk telur goreng dan kicap. Kadang-kadang ini je yang sempat sediakan pagi-pagi.

July 20 2016, 9.51 pm

Just a short update (sebab dah sebulan tak menaip. Lupa banyak cerita.)

Awal Ramadan, saya sakit teruk. Batuk tak berhenti. Mungkin sebab terlebih minum air sejuk. (Sebenrnya saya memang jarang minum air berais. Tapi sebab saya simpan botol air kat lab yang ada aircond, air tu pun secara semulajadinya jadi sejuk).

June 4 2016, 10.21 pm

Just a short post.
Hari ni pergi Melaka (lagi). Hantar adik ke UiTM Lendu. Tinggal 2 sem sebelum habis diploma.

June 2 2016, 11.10 pm

Mama ada cakap,
arwah abah pernah pesan,
"kalau kita nak maju,
kita kena berhijrah."

Pesan arwah abah lagi,
"keluarga ni akan mengalami perubahan besar"

Itu kata-kata abah
seminggu sebelum dia pergi untuk selama-lamanya.

Mungkin abah memang dah tahu bila dia akan pergi.
Wallahualam.


May 31 2016, 9.28 pm

Tahun ni tak pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebab?

1. Bukan kat PWTC, tapi kat MAEPS, Serdang. Takde komuter yang membolehkan pengunjung jalan kaki beberapa kilometer ke tapak pameran. Ada shuttle bus, but I don't think people love it anyway. Daripada luahan pengunjung yang ditulis kat facebook pun rata-ratanya negatif. Ada bas pun pukul 6 petang dah tamat perkhidmatan. Kesian pengunjung kena angkut buku dalam plastik seberat-beratnya sampai koyak plastik tu. Lagi best bila hujan. Habis basah buku-buku tu. Kesian diorang. The worst PBAKL ever.

2. Takde buku baru Hlovate. Takde Hlovatinta III. No Hlovate-ish things/gift there. Tak nampak sebab kenapa kena pergi sana.

3. Bioskop/ pawagam/ panggung wayang tengah tayangkan cerita Ada Apa Dengan Cinta 2, so.. Ehehe. Cari alasan tak nak pergi PBAKL sebenarnya. Wei, best la cerita AADC 2 tu. And at the same time ada keluar filem Captain America: Civil War. Tapi saya belum tengok lagi. Tunggu DVD je la.

Okay, post kali ni bukan nak cerita pasal PBAKL, tapi benda lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...