July 20 2016, 9.51 pm

Just a short update (sebab dah sebulan tak menaip. Lupa banyak cerita.)

Awal Ramadan, saya sakit teruk. Batuk tak berhenti. Mungkin sebab terlebih minum air sejuk. (Sebenrnya saya memang jarang minum air berais. Tapi sebab saya simpan botol air kat lab yang ada aircond, air tu pun secara semulajadinya jadi sejuk).



Pertengahan Ramadan, alhamdulillah, saya makin sihat. Takde batuk-batuk lagi.

Hujung Ramadan, tiba-tiba terkena selsema, batuk, kahak. Gara-gara suka beli air sejuk kat bazaar Ramadan hampir setiap hari. Hari terakhir puasa, saya sekadar terbaring kat karpet kat ruang tamu. Badan menggigil kesejukan. Time solat, nak berdiri pun rasa goyang. Tapi masih larat la nak berdiri. Bacaan solat pun ada yang kena ulang dua tiga kali sebab kepala pening dan terhuyung-hayang. In the end, saya tidur je sepanjang petang sampailah waktu berbuka.

Waktu buka, mama suruh makan nasi, tapi tak lalu. Saya minum teh panas. Lepas 5 minit, terus bergegas cari biskut raya dan telan banyak-banyak, sebab biskut-biskut ni manis. Ada gula. Saya pun terus rasa bertenaga la. Maybe saya sakit hari tu sebab kurang gula dalam badan. Tu yang lemah semacam.

Raya kedua baru jumpa doktor. Doktor bagi macam-macam ubat. Terbang RM 75.00. Dah la makin tua ni makin tak banyak duit raya. Bulan ni jugak la kena renew road tax kereta (RM1057.80), Lepas ni pun kena reneew road tax motor dan kena servis kereta. Bajet bulan ni memang cantik la. Dapat nilai negatif.

Rutin kerja, jalan macam biasa. Cuma saya dah transfer pergi plant lama saya (Plant A). Kerja kat sana lagi ringan daripada kerja kat Plant B. Masih mengintai peluang untuk kerja kat company dan indusstri lain.

Raya pertama, balik Kampung Bukit Kapar. Tengah hari jumpa sedara-mara sebelah abah kat area Klang Utama, Rantau Panjang dan Banting. Malam beraya kat Kampung Bukit Kapar balik. Esoknya pun raya area sini je.

Cerita best sepanjang raya ni - Boboiboy the Movie, Dilwale dan Bajrangi Bhaijaan.

Saya bakal dapat bapak tiri, mak tiri dan adik-beradik tiri tak lama lagi.
Tak lama lagi = Tak tau bila.

Sekian

~nc~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...