July 21 2016, 10.22 pm

Saya suka lepak kat area belakang kilang waktu lunch, sebab kawasan tu sunyi. Macam biasa, makan bekal yang saya bawa dari rumah. Nasi lauk telur goreng dan kicap. Kadang-kadang ini je yang sempat sediakan pagi-pagi.



Smartphone saya pun tiba-tiba berbunyi. Saya tengok nombor. Tak tahu nombor siapa. Bukan nombor Selangor. Entah-entah...

Saya pun jawab panggilan. Rupanya memang betul pun. Panggilan daripada company tu. Minta datang interview Selasa depan.

Woohoo! Macam mimpi je.

Sebenarnya, saya nervous gila kut. 9 bulan saya tunggu panggilan ni.

Dan waktu tu jugak la otak saya jadi blur sekejap sebab menggigil. Kerja pun dah hilang fokus. Nak lelap sekejap kat tangki air pun tak jadi tidur. Memang saya nak sangat masuk company tu. Cuma rasa cemas la jugak. Haha.

Nanti saya update lagi cerita kat sini. Doakan ya saya lulus interview dan dapat kerja sana. InsyaAllah.

~nc~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...