July 26 2016, 10.07 pm
I woke up around 4 am today, and get ready for everything. My resume, copy of certificates, some passport size pictures, and my formal attire. Gerak jam 5 pagi bersama ibu dan kawan mak saya. Subuh kat R&R. Sarapan tak jauh dari company tu.
Pakcik saya memang ada urusan kat sana. (Beliau kerja kat Selangor. Tapi headquarters kat negeri lain. Saya kena interview kat headquarters ni la). Rupa-rupanya company ni betul-betul kat belakang airport. Tapi sebelum sampai kat company tu, ada flying academy kat situ. Pakcik tu suggest kat saya, kalau nak jadi pilot, boleh belajar kat tempat ni. Banyak kapal terbang tersusun kat dataran tu.
Kemudian barulah sampai kat company tu. Besar gila. Lebih kurang saiz 7 buah padang bola sepak. Saya masuk ke dalam sebab memang diorang call minggu lepas. Pakcik tu nak jumpa kawan dia. Mak saya duduk luar pagar.
Ada 4 orang calon lain untuk jawatan yang sama. Sesi pertama, ada test untuk English. Ada 3 bahagian - Grammar, Reading dan Essay. Soalan essay tu pun ada 2 pilihan. "Apa yang boleh kita sumbangkan kepada organisasi" atau "apa yang kita akan lakukan sekiranya kita menjadi Head of Department atau HOD". Tempoh 1 jam. Bagi saya, benda ni senang la. Then sesi kedua iaitu temuduga. Saya ditemuduga oleh HOS (Head of Section). Dia tanya saya, prefer cakap Melayu atau English. Saya prefer English. So kitorang pun bersembang macam-macam. Tiba-tiba je rasa gemuruh saya hilang, dan jadi lebih yakin. Taktau la kekuatan tu datang dari mana. Company ni buat komponen kapal terbang. Dapat projek daripada 2 main player dalam aviation industry - Airbus (Europe) dan Boeing (US). Diorang buang fuselage, wings dan tail. Design daripada pihak lain, tapi company ni buat aero structure. Macam potong fabrik untuk dijadikan keras atau dipanggil "cure", kemudian dibentuk dan dipasang kepada kapal terbang.
I did my best. So, tunggu je la lagi 2 minggu panggilan daripada diorang. Harap-harap dapat la. Best gila kut environment kerja kat sini. Setlang beberapa minit, tengok je langit. Mesti ada kapal terbang lalu. Time cuti boleh belajar bawak kapal terbang kat akademi sebelah ni. Ahaha.
~nc~
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment