May 31 2016, 9.28 pm

Tahun ni tak pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebab?

1. Bukan kat PWTC, tapi kat MAEPS, Serdang. Takde komuter yang membolehkan pengunjung jalan kaki beberapa kilometer ke tapak pameran. Ada shuttle bus, but I don't think people love it anyway. Daripada luahan pengunjung yang ditulis kat facebook pun rata-ratanya negatif. Ada bas pun pukul 6 petang dah tamat perkhidmatan. Kesian pengunjung kena angkut buku dalam plastik seberat-beratnya sampai koyak plastik tu. Lagi best bila hujan. Habis basah buku-buku tu. Kesian diorang. The worst PBAKL ever.

2. Takde buku baru Hlovate. Takde Hlovatinta III. No Hlovate-ish things/gift there. Tak nampak sebab kenapa kena pergi sana.

3. Bioskop/ pawagam/ panggung wayang tengah tayangkan cerita Ada Apa Dengan Cinta 2, so.. Ehehe. Cari alasan tak nak pergi PBAKL sebenarnya. Wei, best la cerita AADC 2 tu. And at the same time ada keluar filem Captain America: Civil War. Tapi saya belum tengok lagi. Tunggu DVD je la.

Okay, post kali ni bukan nak cerita pasal PBAKL, tapi benda lain.




Saya pernah mengalami sebuah mimpi yang saya kira 'aneh' la jugak.
Mimpi ni merupakan antara memori terawal saya yang paling saya ingat semenjak saya mula mengenal dunia, iaitu sekitar 5-6 tahun. Atau lebih muda.

Dalam mimpi tu, saya lihat ada sebuah palang, atau sebuah pagar rendah. Saya mendekati palang yang panjang itu, dan merenung ke atas. Saya nampak langit. Nampak awan berarak perlahan.

Kalau boleh digambarkan dalam bentuk lukisan, gambar yang paling dekat dan tepat yang boleh saya bagi ialah seperti kulit hadapan novel 5 Tahun 5 Bulan oleh Hlovate. Cumanya, saya tak pasti saya berseorangan atau ada orang lain.

Mimpi ini jugalah membuatkan saya terfikir, bahawa hidup saya mungkin ada kaitan dengan langit.

But still, inilah memori zaman kanak-kanak yang paling kuat dalam kepala saya sampai hari ini.

*****

Satu peristiwa yang kadang kala bergema di kepala,

"Tengoklah result dia ni ustaz." kata Zainal, classmate saya,.

"Tengok sini" kata ustaz tu.

Saya hulurkan result SPM saya yang baru ambik pagi tadi.

Ustaz tu pun baca.

"Macam ni la pelajar Islam!"

Saya sengih. Kemudian tunduk kepala ke lantai.

"Kamu nak jadi apa nanti?" tanya ustaz.

Saya blur. "Ermm... Tak tahu.."

Ustaz tu terkejut. ''Kamu mari sini!"

Saya 'ditarik' secara paksa ke satu sudut di kaki lima.

"Betul ke kamu tak tahu nak pergi mana lepas ni?"

"Tak. Saya tak tahu." kata saya. Saya memang takde cita-cita dalam hidup.

"Kamu buat kapal terbang."

"HAH??????"

******

Sebelum Maghrib tadi mama tanya,
"Nak pergi tak?"

"Tak tahu..." jawab saya

"Tapi rasanya elok jugak kalau pergi."

"Tapi jauh sangat la Mama."

"Ye la. Tapi boleh belajar berdikari."

Entahlah. Takde jawapan. Tak sangka pulak ada manusia berhati mulia ni offer job buat kapal terbang. Lagi best, manusia berhati mulia ni sebenarnya CEO syarikat tu. Cumanya, bukan kawasan dekat-dekat rumah. Gaji, insyaAllah sedap la. Cumanya, jauh dari family. Orang luar Selangor pun sibuk nak jadi anak Selangor, apa kes saya yang anak jati Selangor kena keluar Selangor?.

"Tengok kakak Nurul tu. Kerja Petronas. Gaji RM 5000. Duduk Melaka. Dia perempuan."

Bila fikir balik, betul jugak. Rezeki tu bukan diertiikan dengan area KL atau Selangor je. Rezeki Allah tu kan luas. Dan siapa kata rezeki saya kat sini je sampai bila-bila, kan?

Siapa tahu, mungkin akan ada lebih banyak 'kisah langit' dalam blog ni.

~nc~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...