June 2 2016, 11.10 pm

Mama ada cakap,
arwah abah pernah pesan,
"kalau kita nak maju,
kita kena berhijrah."

Pesan arwah abah lagi,
"keluarga ni akan mengalami perubahan besar"

Itu kata-kata abah
seminggu sebelum dia pergi untuk selama-lamanya.

Mungkin abah memang dah tahu bila dia akan pergi.
Wallahualam.




Saya selaku anaknya
mewarisi sejumlah harta yang sangat besar nilainya.

Dengan duit tu,
mama beli rumah di kampung mama.

Kami berhijrah.

Orang kata, hijrah tu maju ke hadapan.
Berubah daripada tak baik kepada baik.
Daripada baik kepada lebih baik.

Orang muda berhijrah ke kota, untuk jadi lebih maju.
Tapi itu tak bererti pulang semula ke kampung bermaksud mundur
.
Ada graduan yang memilih untuk pulang ke kampung
Dan jadi penternak lembu berjaya
Lebih kaya daripada yang makan gaji kat bandar.

Saya setuju dengan apa yang arwah abah pesan.
Sejak pulang ke kampung, hidup saya jadi lebih baik.


Tentang sebuah persoalan yang sering bermain di kepala,
mama ingatkan semula pesan arwah abah ni kepada saya.

Kita kena berhijrah
untuk jadi lebih baik.

'Dia' dah sediakan jambatan.
Terpulang nak pergi menyeberang atau tak.

Maka, jawapan saya,
ya.

*****

Ada lebih kurang sebulan untuk persiapkan diri sebelum ke sana.
Kena banyak baca bahan-bahan berkaitan dengan aeroangkasa.
Beli baju baru. Belajar drive jauh-jauh.
Mungkin setiap Jumaat petang nak balik Selangor.
Isnin lepas Subuh gerak pergi kerja.
Tengoklah macam mana.

Doakan ya.

~nc~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...