April 30 2015, 5.45 pm
Cinta
Cinta berkumpul
bersama sahabat-sahabat karibnya yang lain – Milly & Maura - di sebuah galeri
seni kecil. Karmen yang tiba lewat
sedikit mula masuk ke dalam galeri tersebut, dan disambut oleh Cinta dan yang
lain-lain. Cinta juga merancang untuk bercuti bersama mereka bertiga di
Jogja/Jogjakarta/Yogyakarta sambil menghadiri pameran seni di sana. (Yogyakarta
juga digelar Kota Budaya).
Milly sedang
mengandung hasil perkahwinannya bersama Mamet (Hahaha!). Maura kini sudah berkeluarga. Ada
ramai anak. Karmen yang ketagihan dadah berikutan tekanan yang dihadapi (ditinggalkan
suami) baru keluar dari pusat pemulihan/rehab. Alya telah meninggal dunia 5
tahun lepas kerana ‘kecelakaan’. Cinta yang kini memiliki galeri seni telah
dilamar dan menjadi tunang Trian.
Di bilik tidurnya,
Cinta membuka sebuah kotak yang terisi berbagai-bagai kenangannya bersama
Rangga. Termasuklah sepucuk surat perpisahan yang ditulis oleh Rangga. Juga
terselit sekeping gambar Cinta dan Rangga di New York.
Rangga
Rangga kini berada di
New York, sedang mengusahakan kafe di sana bersama sahabatnya. Sahabat tersebut
bertanya, mengapa dia tidak lagi menulis dan kelihatannya beliau telah kehilangan
momentum. Seseorang mula menapak ke kafe tersebut dan menyatakan bahawanya
dirinya, Sukma, merupakan adik tiri Rangga. Dia meminta Rangga untuk pulang
menziarahi ibunya. Rangga mengatakan dia telah hidup selama 25 tahun tanpa
kasih saying seorang ibu, dan barangkali dia tidak perlu peduli tentang
keluarganya.
Sukma meninggalkan
sekeping gambar ibunya kepada Rangga. Di belakangnya tertulis alamat rumah
mereka, iaitu di Yogyakarta.
Sekeping gambar
terjatuh daripada sebuah bukunya. Gambar Rangga dan Cinta di New York.
Jogja
Cinta bercuti bersama
teman-temannya, dan tinggal di sebuah villa di Yogyakarta. Ketika berada di
kawasan kedai-kedai, Cinta terasa sesuatu yang agak ‘aneh’ dan membuatkan
wajahnya berkerut namun dirahsiakan kepada teman-temannya.
Rangga tiba di
lapangan terbang di Jakarta, dan mencari Cinta di rumah lamanya. Ternyata Cinta
sudah lama berpindah. Rangga bertolak ke Yogyakarta untuk mencari ibunya.
Ketika Milly dan
Karmen mahu membeli aiskrim di sebuah kedai bakeri, mereka berdua tergamam kerana
terpandang Rangga di balik dinding kaca kedai tersebut. Mereka berdua segera
mengikuti Rangga dari belakang. Milly, Karmen dan Maura berbincang sama ada
mereka perlu memberitahu Cinta tentang kehadiran Rangga di Jogja. Akhirnya
mereka memutuskan untuk bertanya Rangga dahulu sama ada dia mahu menemui Cinta
atau tidak.
Cinta yang terkejut
dengan khabar itu memutuskan untuk tidak lagi berjumpa dengan Rangga, setelah 9
tahun ditinggalkan. Namun Cinta banyak termenung, dan Karmen sedar tentang sikap
Cinta yang pelik itu.
Terlalu Lama
Cinta dan yang lain menghadiri
sebuah pameran seni. Mata Karmen melilau ke seluruh tapak pameran, menantikan
sesuatu. Cinta terdengar namanya dipanggil dan dia pasti siapa empunya suara
itu. “Terlalu lama…” kata Rangga. Cinta berlalu pergi meninggalkan pameran
tersebut.
Di villanya, Cinta
marah kepada Karmen kerana memanggil Rangga ke pameran tersebut untuk bertemu
dengannya. Mereka bergaduh, dan Karmen menghilangkan diri. Setelah kembali,
Cinta memohon maaf dan bersetuju untuk bersua muka bersama Rangga.
Cinta & Rangga
Cinta & Rangga
berbual di kafe, dan Cinta meluahkan perasaannya yang disimpan bertahun-tahun
lamanya. Rangga lebih banyak mendiamkan diri. Cinta menyatakan dirinya akan
berkahwin, dan tak mungkin akan berbaik dengan Rangga. Rangga mula ajak Cinta
berbual sambil berjalan di luar.
Cinta pernah tinggal
sekejap di New York bersama keluarganya, dan pernah bertemu Rangga beberapa
kali di sana. Namun keluarga Cinta kembali ke Jakarta. Sebelum berangkat
pulang, ayah Cinta pernah berpesan supaya Rangga segera menghabiskan kuliahnya
di New York dan mencari pekerjaan. Pesannya lagi, jangan biarkan Cinta
tertunggu-tunggu. Rangga kemudiannya kematian ayahnya di sana, dan sedikit
sebanyak beliau cuba untuk struggle
untuk terus hidup di New York. Prestasi akademiknya mula merosot berikutan
tekanan yang dihadapi. Yang akhirnya dia memutuskan untuk melepaskan Cinta.
Namun Cinta tidak
percaya apa yang Rangga katakan dan menyatakan sebenarnya Rangga ada perempuan
lain dan memmikirkan alas an untuk melepaskan diri, lalu menamparnya.
Kemudiannya Cinta berpatah balik menemui Rangga dan meminta maaf kerana terlalu
mengikut emosi. Bagi mereka, apa yang telah berlalu hanyalah cerita lamadan
mereka masih boleh berkawan.
Rangga membawa Cinta menziarahi beberapa tempat
di Jogjakarta sambil bertukar lebih banyak cerita. Ada satu bahagian di mana ada
live performance iaitu pertunjukan
boneka tanpa suara dan bunyi yang sedikit sebanyak menceritakan kisah mereka
berdua yang pernah bercinta satu ketika dahulu. Kemudian ke kedai kopi dan
berbual sehingga larut malam. Rangga ada memberikan ‘hadiah’ kepada Cinta, dan
meminta dia untuk ‘membukanya’ selepas dia pulang. Sebelum menghantar Cinta ke
villanya, Rangga membawanya pergi menziarahi satu tempat tinggi yang sunyi, dan
menanti di sana sehingga subuh. Tempat tersebut dipanggil Punthuk Setumbu. Cinta kagum dengan panorama matahari terbit di
kawasan tersebut, dan dia sedar jiwa mereka sangat serasi walaupun berbeza
dalam beberapa perkara.
Cinta
Cinta kembali ke
Jakarta, meneruskan kehidupannya seperti biasa. Namun dia bukanlah Cinta yang
sama sebelum ini. Tunangnya yang sentiasa sibuk dengan kerja dan mempunyai
pandangan berbeza terhadap seni membuatkan Cinta kembali sedar lalu bertanya
kepada hatinya.
Rangga
Rangga mula ke rumah
ibunya, dan Sukma menjemputnya masuk lalu memanggil ibunya. Ibunya gembira
dengan kehadiran Rangga. Rangga juga sebenarnya ada seorang abang, Rudi, dan
juga seorang kakak, Dewi. Kini, Rangga mempunyai lima anak saudara. Rangga mula
rasa hidupnya masih mempunyai keluarga yang sentiasa merinduinya.
Jakarta
Rangga menghantar
mesej kepada Cinta untuk menemuinya di Jakarta sebelum pulang ke New York.
Namun Cinta menolak. Bagi Cinta, Rangga sudah tiada lagi dalam hidupnya.
Tiba-tiba Rangga muncul di galeri Cinta, bertanya tentang “peluang kedua” dan
akan membatalkan tiket penerbangannya sekiranya Cinta masih menantinya.
Ternyata jawapannya tidak. Rangga berlalu pergi, dan Trian, tunang Cinta secara
kebetulannya mahu masuk ke galeri menemui Cinta.
Cinta cuba menjelaskan
apa yang berlaku. Dan dia sedar dirinya
tidak lagi serasi dengan Trian. Rangga dalam perjalanan menaiki pesawatnya
menoleh ke belakang untuk mencari Cinta. Cinta pula memandu keretanya dengan
sangat laju sehingga hampir-hampir dirempuh kenderaan. Rangga yang kecewa mula
menaiki pesawat.
Satu Purnama Kemudian…
*****
Saya tak mahu menulis
bahagian akhir sebab tak nak bagi spoiler kepada pembaca. So, bolehlah pergi ke
pawagam terdekat dan enjoy cerita ni. Adik perempuan saya menangis tengok
cerita ni. Haha.
Overall, cerita ni
memang best. Mungkin ada yang assume selepas Rangga meninggalkan Cinta zaman
sekolah tu, diorang hidup happily ever after la. Rupa-rupanya lebih banyak
konflik yang berlaku, dan satu persatu cerita mula diolah setelah ‘ratusan
purnama berlalu’. Muzik dalam filem ni pun best. Watak-wataknya pun dah dewasa,
so perbualan antara diorang namapak lebih matang.
Cerita ni jugak
mengajar kita tentang realiti kehidupan, yang mana kehidupan itu sendiri memang
tidak adil. Usaha kuat mana pun masih tak menjanjikan hasil yang baik, kalau itu
memang bukan rezeki kita. Rangga yang sedar tentang hal ini memlilih untuk memutuskan
hubungannya dengan Cinta, kerana dia berusia 23 tahun ketika itu. Young adult,
orang kata. Seperti saya, saya juga mula melihat hidup ni dengan pandangan
berbeza selepas beberapa tahun meninggalkan universiti.
Dari banyak segi pun,
secara peribadinya saya banyak sangat persamaan dengan Rangga. Tak ramai kawan.
Suka duduk sorang-sorang. Pergi mana-mana pun sorang-sorang. Suka baca buku dan
puisi. Suka muzik. Suka menulis. Suka tempat tinggi dan sunyi. Suka fotografi. Berjiwa seni. Kami jenis ‘introvert’. Kami
bukannya sombong, cuma prefer untuk elak bercakap dengan orang. Kadang-kadang
letih bila dengar orang bercakap, terlalu ikutkan kehendak orang sampai
kemahuan diri itu terabai. Perkara ni ada dibualkan antara Cinta dan Rangga di kedai
buku Pak Limbong di Kwitang dalam “Ada Apa Dengan Cinta”. Mungkin juga sikap
Rangga tu datang daripada bagaimana beliau membesar dalam keadaan kelurga tanpa
ibu dan adik-beradik lain, membuatkan dirinya terasing dan berbeza dengan orang
lain. Rangga juga menyatakan bahawa dia sentiasa mengelak daripada menceritakan
perihal ibunya kepada orang lain. Environment and upbringing mould your
personality in a way. Sejarah hidup saya pun sebenarnya ada sedikit tempias
seperti Rangga.
Anyway, enjoy the
film.
~Natural Cure~
0 comments:
Post a Comment