April 2015 13, 8.56 pm

Bukak je internet kat rumah, mesej WhatssApp berjela-jela masuk.
(Saya berpegang kepada prinsip tak bukak internet kat tempat kerja.)
Selang seminit, mesej baru masuk.
Rupa-rupanya saya kena tarik dalam group untuk belikan hadiah untuk FM (Factory Manager) kami yang dah nak resign.

Best la kan.
Kita dah nak blah.
Tapi ada orang nak bagi hadiah untuk kita.
Waktu tu baru la kita tau yang orang lain pun sebenarnya sayangkan kita.
Walaupun belum tentu kita sayang diorang.

Saya baca mesej tu pun, terus teringat kat kawan-kawan lama yang dah lama saya tinggalkan.
Rasa rindu jugak nak guna Facebook.
Tapi beberapa bulan terakhir sebelum delete akaun FB tu pun sebenarnya saya dah tak pakai sangat pun FB tu.
Online memanjang, tapi takde siapa pun tegur.
So, I'm decided to take a step backward and let the world go with the flow.
Maybe saya manusia paling pelik kut kat negara ni yang takde akaun media sosial.
Tapi saya happy je.

And of course la rindu kepada teman-teman seperjuangan.
Dari zaman tadika sampai ke uniersiti.
Kita jumpa dengan ramai sangat manusia.
But in the end, we have to leave them.

*****

"Boss, saya rasa saya tak lama kut dalam industri ni."

"Kenapa?"

"Saya nak cuba benda lain. Saya tak berapa minat pun industri ni. Kerja sebab nak gaji je."

"Takpe. Masa saya fresh grad pun saya kerja je. Lepas dua tahun, saya cari tempat lain."

Sebenarnya, saya ada cita-cita sejak tamat zaman SPM. Saya teringin sangat nak masuk industri tu sejak dulu. tapi maybe sebab peredaran masa, minat saya pun berubah. Yang entah macam mana tiba-tiba rasa tergerak dan teruja sangat nak kejar balik mimpi zaman muda-muda dulu. Zaman sebelum saya kenal dunia.

"Saya nak join aviation."

April 6 2015, 8.43 am

"Hiyaaa!!!"

Anak kecil tu terus peluk saya dari belakang. Tangannya dilengkarkan ke leher saya dan dagunya ada betul-betul atas bahu saya. Saya sedang duduk bersila waktu tu.

Kemudian kami berdua senyap sambil mata menonton televisyen di hadapan ruang tamu. Yang kelakarnya, dia boleh ada dalam posisi tu selama lima minit. Sikit pun tak berganjak. Orang belakang kat sofa tu pun pelik je tengok kitorang berdua.

Manja betul budak sorang ni.

Beliau ialah anak kepada sepupu saya, dan semua orang panggil dia Mia.

Ada jugak masanya dia akan suruh saya pegang bahunya dan 'hayun' dia tiga ratus enam puluh darjah macam gasing. Untuk umur kanak-kanak 8 tahun, dia ni sebenarnya agak tinggi dan berat jugak. Macam budak darjah enam je gayanya. Tapi parents dia memang tinggi pun. So bila 'hayun' dia, tangan saya yang sakit sebenarnya. Lagi kalau dia mintak pusing-pusing lagi. Lagilah lenguh tangan ni.

Walaupun perempuan, dia ni kuat bergusti dengan kawan-kawan dia. Budak lain main anak patung Barbie, dia main Ultraman. Memang tomboy habis. Tu pun nasib baik parents dia selalu paksa dia pakai kain dan bukan seluar. Dan memang comel la dia ni. Sebab ada muka Jepun. Dengan saya pun dia selalu sepak terajang, dan saya balas balik kuat-kuat. Maybe sebab ni kut dia rapat dengan saya. Ada orang yang boleh dibuat 'lawan' berbanding 'larang'.

Kami ni tak selau jumpa pun. tapi kalau saya ada, dia tak rasa segan pun nak duduk sebelah saya. Walaupun 'title' sebenar saya ialah pak cik/mak cik dia, dia tetap panggil saya abang/kakak.

Semalam ialah birthday beliau, dan jugak ada majlis kenduri sepupu saya (adik kepada ayah beliau). So, kira kitorang celebrate sekali la dengan dia. Dia dipakaikan 'mahkota' kertas dan semua orang nyanyi lagu Selamat Hari Jadi. Kemudian potong kek Frozen yang ada gambar Elsa dengan Anna.

Kepada budak nakal yang selalu sepak dan tampar saya dari belakang
yang juga suka letak dagu di bahu dan peluk saya dari belakang,

selamat hari lahir, 'tuan puteri lindungan bulan' Damia Qistina.

April 4 2015, 10.01 am

Life is best when the world is so simple.
And remembering a part of our memories will always trigger the others.
And we can 'see' everything clearly like it was so yesterday.

That is, the chain of memories.

Malam tadi datang kenduri kat rumah sedara.
Lepas tu kena tegur dengan bapak sedara time tengok Disney Channel.

"Dah besar panjang pun tengok kartun?"

Saya la yang paling tua kat ruang tamu tu.
Siap duduk bersila depan tv lagi.

Indeed, our childhood moment is the best.



March 29 2013, 9.37 pm

There's time when I need to run extremely fast during my working hours.
And there's also time when I need to climb and skip 3-4 staircase and jump to the 4th floor in less than 8 second.
I also need to crawl and swing in certain places to save energy and time.

Dan biasanya jugaklah bila turun dari mesin, dari atas ke bawah penuh dengan peluh. Kalau tak duduk dalam bilik yang ada aircond, alamat sampai ke petang la baju tu basah.

Tapi enjoy tau sebenarnya kerja lari-lari tak cukup tanah ni. Cuma stamina kena tinggi la. Memang tak sesuai untuk yang lemah semangat. Perwatakan saya yang dulunya lembut dan sopan pun mula berubah jadi kasar dan tegas sejak jadi jurutera ni.

Sebabnya, saya terkesasn dengan orang sekeliling saya.
Supervisor yang sanggup kerja masuk syif pagi dan balik lewat bila ada problem kat mesin dan kualiti.
Juga executive yang selalu je tanggal baju dan pusing-pusing dalam line sebab baju tu tak pernah kering dengan peluh.
Dan manager yang ke hulu ke hilir bawak spanar hidup yang besar saiz berapa entah dengan bajunya yang ada melekat dengan warna-warna bahan kimia.

Saya?

Ada argument dari puhak atasan, yang meminta saya dan engineer lain untuk pindah department.
Dan diorang larang saya buat kerja-kerja production.
"Cuci filter ni sepatutnya kerja technician atau operator, bukan engineer!" kata orang atas.
"You should take a look at quality of the PRODUCT because you're PRODUCTION engineer." kata sorang lagi.

Ada kisah yang agak panjang la kat sini. Tapi saya berkeras untuk tak nak tukar department.

Sebab hati saya tersentuh dengan jiwa orang kat Prduction Department.
Dan itulah jiwa yang sepatutnya saya ada, bukannya datang kerja dengan baju smart dan bersih tanpa secali tminyak atau bahan-bahan kimia lain.
Dan sejak tu, saya pun nekad untuk berubah.
Style berpakaian saya pun dah agak gangster la jugak. Bawak spanar, test pen dan allen key keliling mesin.
Telinga saya pun dah makin tajam. Dengar bunyi pelik sikit je, saya dah terus berlari ke tempat tu.
Panjat tiang dan lompat-lompat dari satu platform ke platform lain dah jadi lumrah.
Jari saya pun selalu luka-luka sebab bergeser dengan logam.
Senang cerita, kerja kat Production ni memang kena kasar dan kuat la.
Orang atas pun respect dan tercengang sebab saya dah boleh buat macam-macam.
Diorang pun tak sangka yang perwatakan saya dah berubah.
Takde rupa budak keluar universiti pun.

Sebab, dalam production, takde istilah operator, supervisor, executive, engineer dan manager.
Semua orang kena buat kerja serupa.

Lepas apa yang berlaku dalam hidup saya, baru saya faham kenapa ada masanya saya lalui detik-detik yang agak mencemaskan dan sangat sukar.
Sebab Allah nak siapkan saya dengan kerja-kerja macam ni la.

Kerja kilang is not really that bad. There're tonnes of new things we can learn everyday.
Jangan rasa hina dan tolong jangan perkecilkan orang kerja kilang ni.
Jangan kata orang kerja kilang ni miskin.
Maybe basic diorang rendah, tapi tengok overtime diorang.
Gaji engineer pun kalah dengan gaji supervisor tau.
Cuba tengok macam mana diorang kerja, dan korang akan kagum kat diorang ni.

Betul la kata orang.
Ada diploma ke, ada degree ke, ada master ke, PhD ke,
semua benda tu dah tak pakai lagi lepas kerja.
Semua orang pun sama je.
Pengalaman yang membezakan kita semua.

~Natural Cure~

March 29 2015, 7.28 am

Satu hukum atau 'law' yang kita belajar time sekolah rendah dulu ialah objek akan mengembang bila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
Tapi, kalau kita ulang-ulang proses ni, dan perubahan suhu berlaku dalam masa yang singkat, objek tersebut akan retak.
Fenomena ni dipanggil 'thermal shock crack'.
Masalah utama fenomena ni ialah sebenarnya agak susah nak tengok kat mana area yang retak tu sebab dia terlampu halus.

Soalan kepada engineer bijaksana yang tengah baca entri ni:
Kalau ada seribu objek/produk korang yang melalui proses perubahan suhu dalam masa singkat ni, macam mana korang nak check mana produk yang retak dan mana yang okay?

Jawapan:
Korang boleh pusing-pusing, belek-belek produk korang dan tengok kesan retak satu demi satu. Cara ni sangat-sangat perlahan dan agak tak praktikal. Korang ni engineer, dan memang tak cukup masa nak belek semua produk korang.

Satu lagi cara (dan sangat praktikal) ialah dengan tidak 'melihat' produk korang. Aik, macam pelik je bunyinya?

Sebaliknya, korang kena 'mendengar' produk korang.

Ambik duit syiling (saya prefer duit 50 sen lama sebab duit tu besar) dan ketuk produk korang. Mesti akan terjumpa satu bunyi yang agak pelik. Kalau dah dengar bunyi tu, try belek-belek untuk cari crack tu. Biasanya memang boleh jumpa. Kalau tak retak kat luar, mungkin dia retak kat dalam.

Bunyi pelik tu berlaku disebabkan retak kat permukaan produk tu. Dia dah tak uniform lagi macam produk asal. Dan hasil gema dia memang berbeza.

Selamat mencuba.

~Natural Cure~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...