April 6 2015, 8.43 am

"Hiyaaa!!!"

Anak kecil tu terus peluk saya dari belakang. Tangannya dilengkarkan ke leher saya dan dagunya ada betul-betul atas bahu saya. Saya sedang duduk bersila waktu tu.

Kemudian kami berdua senyap sambil mata menonton televisyen di hadapan ruang tamu. Yang kelakarnya, dia boleh ada dalam posisi tu selama lima minit. Sikit pun tak berganjak. Orang belakang kat sofa tu pun pelik je tengok kitorang berdua.

Manja betul budak sorang ni.

Beliau ialah anak kepada sepupu saya, dan semua orang panggil dia Mia.

Ada jugak masanya dia akan suruh saya pegang bahunya dan 'hayun' dia tiga ratus enam puluh darjah macam gasing. Untuk umur kanak-kanak 8 tahun, dia ni sebenarnya agak tinggi dan berat jugak. Macam budak darjah enam je gayanya. Tapi parents dia memang tinggi pun. So bila 'hayun' dia, tangan saya yang sakit sebenarnya. Lagi kalau dia mintak pusing-pusing lagi. Lagilah lenguh tangan ni.

Walaupun perempuan, dia ni kuat bergusti dengan kawan-kawan dia. Budak lain main anak patung Barbie, dia main Ultraman. Memang tomboy habis. Tu pun nasib baik parents dia selalu paksa dia pakai kain dan bukan seluar. Dan memang comel la dia ni. Sebab ada muka Jepun. Dengan saya pun dia selalu sepak terajang, dan saya balas balik kuat-kuat. Maybe sebab ni kut dia rapat dengan saya. Ada orang yang boleh dibuat 'lawan' berbanding 'larang'.

Kami ni tak selau jumpa pun. tapi kalau saya ada, dia tak rasa segan pun nak duduk sebelah saya. Walaupun 'title' sebenar saya ialah pak cik/mak cik dia, dia tetap panggil saya abang/kakak.

Semalam ialah birthday beliau, dan jugak ada majlis kenduri sepupu saya (adik kepada ayah beliau). So, kira kitorang celebrate sekali la dengan dia. Dia dipakaikan 'mahkota' kertas dan semua orang nyanyi lagu Selamat Hari Jadi. Kemudian potong kek Frozen yang ada gambar Elsa dengan Anna.

Kepada budak nakal yang selalu sepak dan tampar saya dari belakang
yang juga suka letak dagu di bahu dan peluk saya dari belakang,

selamat hari lahir, 'tuan puteri lindungan bulan' Damia Qistina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...