7 Jun 2014, 3.31 am



Lepas bertahun-tahun beli buku Natrah, barulah pagi tadi dapat khatamkan. Saya beli tahun 2010. Dah dekat 4 tahun la buku tu kumpul habuk. Masa beli tu, saya tak pernah langsung dengar sejarah pasal Natrah ni

Buku ni diterbitkan oleh Penerbit UTM - makna lain, budak UTM kena baca buku ni. So, saya pun try je la beli. Agak mahal, tapi kajian tentang insan bernama Natrah sangat terperinci, so logik la jugak harga dia macam tu. Mungkin ni antara buku bahasa Melayu paling tebal yang pernah saya baca.

Dalam masa 4 tahun tu, ada sekali je saya tengok pementasan Natrah. Itu pun tengok kat lappy, yang di'copy' daripada kawan, yang di'download' dari internet, di'upload' oleh siapa entah dan pernah disiarkan kat TV1. Nama pun teater, so ada part menyanyi dan menari sekali la for the sake of the drama.

Maya Karin yang pegang watak Natrah ni waktu usianya mengijak dewasa (lebih kurang 13 tahun umurnya). Pelakon masa keciknya, saya tak kenal. Umi Aida jadi Che Aminah, dan Remi Ishak jadi Mansor Adabi. Ada jugak Natrah versi tua (tak kenal siapa pelakonnya).

Lepas tengok, baru saya faham Natrah ni cerita pasal apa. Kepada yang tak tau langsung saya ulas sikit je la pasal Natrah ni.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan (sebelum namanya menjadi Malaya), masyarakat di rantau ni pernah berkumpul beramai-ramai (macam demonstrasi jalanan) untuk menentang Malayan Union Orang yang datangtu datang dari seluruh pelusuk negara. Sebenarnya, peristiwa yang serupa pun pernah berlaku pada sekitar 11 Disember 1950 di Singapura. Masyarakat Islam waktu tu berkumpul di depan mahkamah kat sana untuk dengar keputusan mahkamah berkenaan rayuan sebuah kes. Tapi sebab keadaan pun jadi tak terkawal, masyarakat Melayu dan Islam yang terkenal dengan sikap lemah lembut mula merusuh. Dalam 200 orang cedera, dan kurang 20 orang terbunuh.

Semuanya gara-gara insan bernama Natrah, yang ketika itu dalam lingkungan 13 tahun.

Natrah merupakan anak angkat Vhe Aminah yang tinggal Kemaman. Natarh ni sebenarnya berdarah Belanda dan lahir di bandung, Indonesia. Ibunya, Puan Adeline menyerahkan anaknya kepada Che Aminah menjadi anak angkat kerana kesukaran hidup. Che Aminah pula membawa Natrah pulang ke Kemaman atas dasar keselamatan.

Natrah hidup riang ria gumbira di Kemaman di Terengganu, sehinggalah Locke terpandang wajah Natrah yang takde rupa Melayu. Che Aminah rasa tergugat sebab dia takde kebenaran rasmi untuk mengambil anak Belanda, maka dia terpaksa ke Singapura untuk memohon dokumen rasmi. Tapi, itu sebenarnya satu perangkap untuk menyerahkan kembali Natrah kepada keluarganya (yang ketika itu ada di Belanda.)

Natrah terpisah daripada Che Aminah di Singapura. Ada satu perbicaraan berlaku tentang hak penjagaan Natrah, antara Che Aminah dengan Jeneral Konsulat Belanda. Che Aminah menang kes ni sebab bukan ibu kandungnya yang menuntutnya.

Natrah juga bertemu dengan insan yang dikatakan sangat sopan perilakunya, iaitu Mansor Adabi. Adabi is sort like 'beradab' yang mana 'sopan' tu memang kena dengan namanya. Sikap ni agak kontra dengna Natrah yang memang nakal. Macam omputih kata, 'opposite attracts'. Selang beberapa hari, diorang pun berkahwin. Mansor Adabi 22 tahun, Natrah 13 tahun.

Perkahwinan ini jugalah yang menjarakkan mereka berdua. Semua yang terlibat tu tersilap langkah, dan Belanda mula mengambil kesempatan dengan helah-helah diorang. Puan Adelin yang berada di Singapura ketika itu mengutakan lagi hak Belanda untuk mengambil Natrah.

Hakim yang tak bertimbang rasa tu pun memberikan hak penjagaan Natrah kepada ibunya, berdasarkan konsep "adil" di mata Belanda..Hakim tersebut terlepas pandang satu perkara tentnag hak asasi kemanusiaan yang paling besar, iaitu kasih sayang. Mungkin Puan Adeline boleh memberinya makan, minum, tempat tinggal dan pendidikan, tapi isu kasih sayang bukannya sesuatu yang boleh diganti. Terpisahnya Natrah dengan dunia Timur  bererti tiada lagi kasih sayang Che Aminah yang menjaganya sejak kecil, dan juga Mansor Adabi yang masih sah bergelar suami (menurut undang-undang Islam).

Rayuan dikemukakan, tapi keputusannya tetap menghampakan. Rakyat tempatan sangat marah kerana Natrah kelihatan 'gembira' ketika dijaga di gereja. Sebelum keputusan rayuan dikemukan, rusuhan yang sangat dahsyat berlaku di Singapura.Natrah kemudiannya 'diseludup' untuk dibawa ke lapangan terbang, lalu meninggalkan kampung halamannya. Sejak tu, nama penuhnya bukan lagi Nadra binti Ma'ruf.

Kalau kat teater, mungkin ceritanya tamat di sini. Tapi Natrah yang sebenarnya hidup dalam keadaan yang sangat menderita. Kisah cintanya dengan Mansor juga terputus kerana pihak berkuasa mula campur tangan. Keluarganya juga sebenarnya langsung tidak menyayanginya. Natrah yang hidup gembira di Kemaman tu dah lama hilang. Sehinggalah penulis buku ni, Fatini Yaacob berjaya menjejak Natrah di Amerika.

Apa yang berlaku di dunia barat sana sebenarnya sangat panjang untuk saya tulis kat sini. Tapi saya masih galakkan la pembaca kat luara sana untuk cari buku ni, sebab buku ni bukan fokus kepada rusuhan yang berlaku, tapi lebih kepada insan bernama Natrah yang terbelah jiwanya.

A circle is made of two halves.

Until then, Assalamualaikum.

5 Jun 2014, 1.10 am


Entri kali ni pasal videogame. Saje je buat kelainan.




Gamers PS3 mesti tau yang Lightning Returns: Final Fantasy XIII merupakan sequel untuk dua game sebelumnya, iaitu Final Fantasy XIII dan Final Fantasy XIII-2. Game ni keluar dalam beberapa bulan lepas, dan saya hampir tamatkan Hard Mode. Belum lawan Bhunivelze+ lag, tapi dah masuk Final Day.

Ada dua superboss dalam game tu (and indeed, memang susah gila! Nama pun superboss...).
~ Aeronite and Ereshkigal.

And the truth is, I NEVER beat them in my first playthrough (Normal Mode). In fact, I never encounter any of them before Hard Mode.

Kat bawah ni saya kongsikan setting yang saya guna untuk Lightning untuk kalahkan dua creatures ni.


1. AERONITE (Hard Mode)


Quiet Guardian - Physical & Magic Resistance +15%: Increase resistance to physical and magical attacks by 15%, Maximum ATB 0, Default ATB 100%, Physical & Magic Resistance +15%, Strength +80.

Chaos's Revenge - Strength +1200, Magic+900, Quick Stagger 75% 

Double Cross - Maximum HP +1100, ATB Speed +15, Guard Defense 400

Pretta Hood+ - Resist Magic Damage +75%, Strength & Magic -95%

Runic Ring - Resist Magic Damage + 10%

Imperil Lv * - ATB cost 21, Magic Effect Time 90, ATB Recovery +10

Heavy Guard Lv 2 - ATB Cost 15, Physical Resistance 58%, Magic Resistance 58%, Strength +80

Deprotect Lv * - ATB cost 25, Magic Effect Time 90, Critical Bravery (40 secs)

Aerora Lv 5 - ATB Cost 15, Attack X3.40, Stagger Power B, Stagger Time E, Strength in Numbers +16%


B. L'automne

Wyvern Lance - Strength +1600, Magic +425, Stagger Power +24%, Jump

Infidel - Maximum HP +900, ATB Speed +15, Guard Defense 400

Mage's Turban - Resist Magic Damage +20%

White Strap - Resist Fog +100%

Thundara Lv 3 - ATB Cost 21, Attack X1.72, Stagger Power B, Stagger Time E

Heavy Guard - ATB Cost 10, Physical Resistance 70%, Magic Resistance 70%, Maximum HP +150

Heavy Slash Lv 5 - ATB Cost 35, Attack X10.20, Stagger Power B, Stagger Time B, Strength +130

Aerora Lv 3 - ATB Cost 21, Attack X1.72, Stagger Power B, Stagger Time E


C. Equilibriumm+ - Max ATB +30, Defaullt ATB 100%, Standby ATB +

Kikuichimonji - Strength +4000, Magic 0, ATB Speed -10, Hard Hitter Lv 2
Deidre's Tears - Max HP 0, ATB Speed +5, Guard Defense 50, Magic 100

Fighter's Emblem+ - Strength +18%

Enlister's Gloves - Hand-to-hand

Defaith Lv * ATB Cost 17, Magic Effect Time 90, Critical Shell (30 secs)

Debrave Lv * - ATB Cost 17, Magic Effect Time 90, Status Ailment Duration +10%

Attack Lv 4 - ATB Cost 10, Attack X2, Stagger Power E, Stagger Time C

Ruin Lv 5- ATB Cost 10, Attack X2.20, Stagger Power E, Stagger Time C, ATB Recovery +5


Recovery Items: Enaero Potion, Turbo Ether, 4 Ethers, 2 Phoeni Downs, 4 X-Potions

*The key to win this battle is to have lots of ETHERS.*

Aeronite perlukan empat kali stagger. Setiap satu peringkat perlukan 3 minit. So, lepas tiga minit dan Aeronite masih belum sampai peringkat stagger yang seterusnya, dia akan 'Fed Up' dan tinggalkan battle macam tu je. (Which means we lost the battle)

Strategi:

Start dengan Equilibrium+. Cast Defaith dan Debrave kepada Aeronite. Tukar kepada Quiet Guardian untuk cast Aerora 2 kali. Switch to L'automne and cast Aerora twice.. Lastly, use Ruin from Equilibrium+. Repeat the whole process. Bila Aeronite serang guna magic, block dengan Quiet Guardian. Jangan serang jarak dekat.Bila nampak je 'Megaton Break', cepat-cepat cast Debrave dan Defaith lagi. Stagger Aeronite sampai 4 kali .

Bila dia tak dapat bergerak lagi, guna Imperil dan Deprotect. Kemudian guna Enaero Potion.(Physical attack ada elemen Aero). Guna Overclock, dan serang guna Attack (Schema Equlibrium+). Habis je Overclock, tukar schema Quiet Guardian untuk block serangan Aeronite. Tukar Equlibrium+ semula, dan Overclock + Attack. Tukar semula kepada Quiet Guardian. Ulang proses ni sampai EP habis, dan isi semula EP tu dengan Ether. You'll beat Aeronite in Hard Mode in no time.

Nota: Saya rasa dah lebih 10 kali lawan Aeronite ni, baru dapat kalahkan dia.

2. Ereshkigal (Hard Mode)

*to be continued*

26 April 2014, 3.51 pm

Hari ni bertarikh 3 Jun 2014. Ada satu peristiwa bersejarah yang saya nak kongsi dengan pembaca semua. 
Tulisan kat bawah ni mula ditulis pada 26 April 2014, tapi saya post untuk hari ni.

***** 

Assalamualaikum and greetings to all.

Beberapa minggu lepas, ada peristiwa yang buat saya rasa malu dengan diri sendiri. Actually, ada ‘seseorang’ yang ‘menegur’ saya secara tak langsung tentang peluang dan jasa yang boleh kita taburkan kepada masyarakat melalui penulisan, yang satu ketika dahulu saya tak nampak pun walaupun dah bertahun-tahun saya bukak blog ni. ‘Dia’ juga sebenarnya dah menyentuh banyak hati rakyat Malaysia tentang ilmunya yang banyak dikongsikan di alam maya. A true legend. Dialah Yasmin binti Johan, yang juga dikenali dengan nama Yasmin J. Hunwick.

Kisah hidupnya ada dinukilkan dalam sebuah novel. Tapi disebabkan stok novel ni tinggal sikit sangat (or maybe dah out of stock sekarang ni), takkan jumpa kat kedai buku, dan takkan dicetak lagi lepas ni, saya terpanggil untuk buat review bab demi bab untuk dikongsi bersama pembaca semua.




Love Yasmin by Syimir Yunusi

1

2012

Yasmin membaca buku ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama di Alam Kubur’, sebuah buku yang dibelinya dia POPULAR Alor Setar. Gambar cover buku tersebut kemudiannya di’upload’ ke akaun Instagram miliknya. Yasmin juga mempunyai blog yang mula dibuka beberapa tahun lepas bertajuk ‘Her Illusionist’. Seperti remaja lain yang seusia dengannya, Yasmin juga selalu surfing internet, Facebook, Twitter dan menonton video kuliah Ustaz Azhar idrus di Youtube.

Ayesha, adik bongsu Yasmin (yang dipanggil Along) memanggilnya untuk turun dinner. Yasmin menyuruhnya untuk keluar dahulu sementara dia mencari cicak yang diperhatikan sejak dari tadi. Rupa-rupanya cicak tersebut tersepit di pintu biliknya sewaktu Ayesha membuka pintu bilik tersebut tadi. Dia kemudiannya mengangkat cicak tersebut dan memerhatikannya yang sedang menanggung peritnya ketika nyawa dicabut dari jasad. Yasmin digambarkan mempunyai sikap penyayang kepada haiwan. Dia pernah membela hamster dan juga kucing di rumah tersebut. Teguran Ayesha menariknya kembali ke alam nyata. Yasmin turun dan menikmati makan malam bersama keluarganya. Ada lauk favourite beliau, iaitu sambal petai. Dia bermain piano seperti kebiasaannya sebelum tidur.

2

Puan Saz memanggil Yasmin untuk makan tengah hari. Namun, dia masih tidak bersuara dek kerana tenggelam dalam dunia mayanya. Seperti biasa, ibunya mengugut untuk memotong line internet kat rumah tu. Dia pun segera turun. Yasin juga suka Muiz, adiknya yang mengambil PMR pada tahun tersebut. Yasmin pula akan mengambil SPM pada November akan datang.

Kadangkala, Encik Johan akan membawa Puan Saz, Yasmin, Muiz, Zharif dan Ayesha untuk melancong untuk lebih menyelami hati budi mereka. Encik Johan bekerja di sebuah hotel di Langkawi. Bapa Encik Johan merupakan seorang juruterbang di Eropah yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Ibunya pula merupakan wanita Melayu berketurunan Acheh. Encik Johon ni separuh Melayu separuh Inggeris la.
Puan Saz pula membuka kafe dan kedai 24 jam di Pantai Cenang. Yasmin dan adik-adiknya membantu di sana sekiranya berkelapangan. Mereka juga mempunyai pembantu rumah yang dipanggil Aunty Dee (bukan nama sebenar) yang menjaga Yasmin dan adik-adiknya sejak kecil. Aunty Dee juga membantu perusahaan keluarga tersebut.

3

Yasmin bangun pada waktu subuh untuk bersiap untuk ke sekolah. Dia juga mengejutkan adik-adiknya yang masih diulit mimpi. Dia teringat akan petua neneknya tentang mandi awal pagi untuk awet muda. Yasmin juga menyatakan rasa rindunya kepada arwah neneknya yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Di sekolah, Yasmin bertemu dengan dengan sahabat karibya, Fira. Mereka berbual-bual sebelum perhimunan bermula. Perhimpunan bermula seperti biasa. Ada slot khas bersama PK HEM yang sememangnya digeruni oleh semua warga SMK Mahsuri. Ada kes tentang salahlaku pelajar, di mana PK HEM tersebut memanggil seorang pelajar ke hadapan untuk dirotan. Seluar pelajar tersebut kemudiannya terlucut dari pinggang, kemudian digelakkan oleh semua pelajar. Yasmin teringat tentang peristiwa serupa yang berlaku kepadanya ketika bersama Ayesha di kedai kasut.

4

Setelah pulang dari sekolah, Yasmin berlatih piano untuk menghadapi ujian Piano Gred 4. Kemudian dia ke kelas tambahan dan membantu Ayesha untuk menyiapkan kerja rumahnya. Dia yang keletihan kemudiannya tertidur tanpa menyiapkan kerja rumahnya.

Keesokannya, Yasmin hadir ke sekolah seperti biasa dan bertanyakan tentang homework semalam (yang rata-ratanya memang spesies tak siapkan homework jugak). Kelas bermula dengan subjek Chemistry (kalau tak silap, Yasmin ni batch terakhir yang ambik SPM dalam English.)

Waktu rehat, dai menghabiskan masa bersama teman-temannya (sambil bergosip). Apabila pulang ke rumah, sambal petai kegemarannya yang dimasak Aunty Dee ‘menyapa’ dirinya. Petang tu, dia akan pergi ke kelas tambahan bersama teman-temannya.

5
Yasmin termenung sambil mengenang kembali alam persekolahannya ketika berada di tingkatan satu. Dia bersekolah di Maktab Mahmud, sebuah madrasah yang sangat popular di Langkawi. Ibu bapanya mahu melorongkan anaknya itu untuk cenderung kepada mengenal agama kerana khuatir tentang budaya pelajar sekolah menengah yang boleh kata hari-hari masuk paper.

Yasmin memilih untuk tidak tinggal di asrama, sebaliknya mengulang ke rumah setiap hari. Di sana, dia bertemu dengan Ana menjadi sahabatnya sepanjang di sekolah tersebut. Ana juga tidak tinggal di asrama. Tamat saja waktu persekolahan, mereka berdua akan tunggu di pondok bas setiap hari menantikan kehadiran ibu bapa masing-masing. Yasmin berada di sekolah tersebut untuk tahun pertamanya sahaja sebelum berpindah ke SMK Kelibang.

Di Maktab Mahmud jugalah dia bertemu dengan sahabat lelaki bernama Fakhrul. Kedua-duanya belum bersedia untuk menjadi lebih daripada seorang kawan walaupun sering berkongsi cerita. Sebab bagi mereka, menuntut ilmu dan mengejar cita-cita tu lebih penting dan tak nak terlalu dibuai perasaan. Persekitaran sekolah tersebut juga menghalang hubungan tersebut untuk wujud.

Fira tiba di rumah tersebut, dan Yasmin bersiap untuk ke kelas tambahan Kimia. Dia mula mengenang kembali zaman persekolahanya, berikutan dirinya yang dah masuk senior year. Walaupun sekolahnya kini penuh dengan drama mata, hakikatnya zaman sekolahlah antara memori yang paling berharga sepanjang hidupnya. Aunty Dee menghantar mereka berdua ke tempat tuisyen, dan diambil oleh Encik Johan. Yasmin mencadangkan ayahnya untuk makan nasi bujang di sebuah kedai sekiranya berkelapangan. Setibanya di rumah Fira, Encik Johan pesan supaya berhati-hatiketika berjalan untuk elak daripada kala jengking. Pernah berlaku peristiwa di mana ayahnya mengalihkan kala jengking di tanah rumah tersebut (dan tidak membunuhnya). Barulah Fira sedar dari mana datangnya sifat penyayang Yasmin terhadap haiwan.
Malam tu, Encik Johan membawa mereka sekeluarga untuk makan nasi bujang. Sambil menunggu, masing-masing bertukar cerita tentang pelbagai isu.

6

Paper Add Math yang merupakan exam terakhir mereka bermula. Dia banyak berselawat sebab terlupa formula untuk selesaikan soalan tersebut. Beberapa soalan terakhir ditinggalkan tanpa sempat membacanya.
Secara rasminya, mereka pun merdeka. Fira mengajaknya untuk makan kerana bimbang Yasmin akan pitam seperti sebelum ini sebab tahan lapar. Sebenarnya, Yasmin menyimpan wang untuk membeli hadiah hari lahir Fira.

Yasmin mula dapat demam teruk sehingga tidak dapat lagi hadir ke sekolah sehingga cuti sekolah bermula. Satu hari, dia meminta Aunty dee memasakkan sambal kerang. Yasmin sebenarnya tak suka seafood, yang entah kenapa seleranya berubah. Dia juga allergic terhadap makanan-makanan kegemarannya. Sikapnya juga mula berubah, lebih mudah marah dan stress.

7
Puan Saz mengarahkan anak-anaknya untuk mengemas beg, kerana mereka melancong ke Pulau Pinang. Demam Yasmin juga berkurangan.

Setelah bersiap, semuanya (kecuali Aunty Dee) bertolak menaiki Feri ke Kuala Kedah. Setelah dijemput saudara mereka, Yasmin menukar pemdakap giginya kepada warna pink dan hijau di Alor Setar. Kemudian mereka terus ke Pulau Pinang.

Mereka singgah di hospital kawan Encik Johan yang ketika itu sedang sakit. Tetapi keadaanya semakin sihat. Encik membawa mereka sekeluarga ke Bukit Bendera. Yasmin ada menyatakan yang dia sangat benci terhadap ulat. Petang tu, mereka makan nasi kandar dan menonton wayang di Gurney Plaza pada sebelah malam.

Keesokannya, membawa anak-anaknya ke Muzium Permainan, dan makan di restoran makanan Jepun. Tempat lain yang dilawati termasuklah Padang Kota. Mereka pulang keesokan harinya kerana Yasmin akan menghadiri kelas tambahan.

8

Yasmin menghadiri kelas tambahan seperti biasa, dan lepak di rumah Fira apabila ada masa senggang. Fira bertanyakan tentang kertas exam yang mereka berdua gunakan untuk revision tempoh hari. Yasmin sekadar mahu Fira menyimpannya, tanpa perlu memulangkannya. Mereka juga sering menyiapkan projek Add Math bersama-sama.

Mereka juga berbincang tentang Junko Furuta, kisah perempuan Jepun yang sangat menyayat hati. Kisahnya dibaca dibaca oleh mereka berdua sepanjang waktu gap tersebut. Yasmin juga berbincang tentang isu ini bersama ayahnya ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Setelah pulang ke rumah, Yasmin membantu Aunty Dee memasak. Encik Johan turun ke dapur untuk memaklumkan kepada Yasmin bahawa Ayesha akan berkongsi bilik dengannya kerana usianya yang semakin meningkat. Sebelum ni, Ayesha berkongsi bilik dengan Zharif. Yasmin menolak kerana mahukan privasi. Dia kemudiannya mengadu kepada Aunty dee tentang hal tersebut. Sebenarnya, dia tak mahu adiknya itu sepah-sepahkan barangnya. Aunty Dee sekadar menyatakan adiknya masih kanak-kanak. Yasmin merajuk.

Dia menelefon Fira untuk ke rumahnya. Jam menunjukkan sekitar 11 malam. Katanya, dia akan datang bertiga bersama temannya yang lain.

Jam 12 malam, Yasmin masih tak kelihatan. Fira mendapat panggilan daripada Yasmin. Tetapi, suara tersebut bukanlah suara Yasmin. Fira dikhabarkan tentang Yasmin yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

9

(Start dari bab ni, cerita ni tak lagi mengikut kronologi.)
Muiz pelik sebab yasmin memerhatikannya dengan panfdangan yang tajam. Aunty Dee bertanya, kenapa Yasmin menangis. Dias yak Fakhrulyang membuat gadis itu moody semacam. Tetapi Yasmin menafikannya.
Setibanya di rumah selepas membeli barang, Aunty Dee kembali memerhatikan Yasmin yang tidak lagi menangis. Seleranya juga berkurangan. Dia juga tak banyak bercakap. Yasmin bertanya tentang kerang yang sepatutnya dibeli oleh Aunty Dee, tapi dia terlupa. Yasmin memandang wajah Aunty dalam-dalam. Aunty Dee kehairanan. Yasmin terlanggar meja berat di ruang tamu secara tak sengaja sebelum dia naik ke bilik. Tindak-tanduknya yang pelik tu menjadi tanda tanya kepada Aunty Dee.
11 pagi. Puan Saz menghantar Yasmin ke kelas tambahan. Yasmin tak banyak bercakap. Selepas ditanya oleh Fira, Yasmin sekadar menyatakan yang dia ternampak gambar Fakhrul dengan perempuan lain. Yasmin sebenarnya cemburu.
Yasmin berehat di rumah Fira sementara menanti ibunya yang masih shopping bersama teman di Kuah. Yasmin cuba untuk tidur, tapi fikirannya masih memikirkan banyak perkara sehingga sukar untuk melelapkan matanya.
Puan Saz masih membeli-belah di Kuah. Kawannya meminta untuk pilihkan kain batik lepas, kerana memudahkan urusan sekiranya berlaku kematian. Kain batik lepas ni selalunya digunakan untuk tutup jenazah. Puan Saz kemudiannya bergegas ke rumah Fira sebelum jam 3 petang.
Yasmin terjaga, kemudian menangis. Fira bertanyakan kenapa, dan Yasmin menjawab dia tak mahu ambil SPM. Yasmin memerhatikan bingkai gambar dirinya dan Fira di bilik tersebut. Ibunya pun tiba untuk membawanya pulang. Matanya masih merah.
Dia rumah, dia masih membisu. Yasmin turun dari biliknya, dan memandang wajah pembantu rumahnya. Dia mengambil gelas dan minum air sebanyak-banyaknya kerana tekak kering. Dia kembali memndang wajah Aunty Dee dengan pandangan yang sayu. Kemudian, dia naik ke bilik.
Fira menghantar mesej, mengatakan Yasmin tertinggal projek Add Math di rumahnya. Yasmin pula memberitahu bahawa Fira boleh menyimpan projek tersebut.
Aunty Dee memanggilnya untuk makan sambal petai. Yasmin tak berselera lagi untuk menjamahnya. Dia juga kerap mundar-mandir dari bilik ke ruang tamu, dan mengulang beberapa kali.
Petang tu, dia menghadiri kelas piano pada jam 6.30 petang. Sebelum ke kelas, Yasmin menghantar Muiz ke sekolah menggunakan kereta. Muiz kehairanan sebab gaya Yasmin yang sekejap laju, sekejap perlahan.
Di rumah, Yasmin masih tak dapat berhenti menangis dan berkurung dalam bilik. Jam 11 malam, dia turun ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Yasmin juga berbalas mesej dengan Fakhrul untuk menjernihkan hubungan mereka. Encik Johan ulang alik naik ke biliknya, dan Yasmin berasa hairan. Dia menjenguk ke biliknya, dan ada dua buah katil.
Yasmin masih tak setuju yang dia perlu berkongsi bilik bersama adiknya. Encik Johan menengking Yasmin buat pertama kalinya selama dia hidup di muka bumi ni. Yasmin yang masih terkejut terlanggar bucu meja di biliknya, dan alat kosmetiknya terjatuh di lantai. Anak sulungnya itu terus meningglakan rumah tersebut sebelum sempat ayahnya menghabiskan leterannya. Muiz cuba mengejarnya.
Yasmin pergi ke rumah kawannya yang ada berhampiran taman perumahannya. Muiz pulang ke rumah setelah gagal menjejaki kakaknya. Yasmin memberitahu Fira bahawa dia akan ke rumahnya. Yasmin meminta kawannya di taman perumahan tu untuk hantar dia ke rumah Fira, tetapi abang kepada kawannya itu sedang menggunakan motor.
Kebetulan pula Yasmin terserempak dengan dua lagi rakannya, Hazwani dan Afipah yang sedang membeli burger. Dia meminta mereka berdua untuk menghantarnya ke rumah Fira. Yasmin ada menghantar mesej kepada Fakhrul bahawa dia akan ke rumah Fira sebab bergaduh dengan papanya. Fakhrul memujuknya untuk pulang, tapi Yasmin masih berkeras.
11.40 malam. Disebabkan hanya Yasmin yang tahu lokasinya, maka Yasmin menjadi penunggang motor sambil dibonceng dua lagi rakannya. (Hazwani dan Afipah merupakan kawan Yasmin di SMK Kelibang dulu. Diorang ni mungkin memang tak kenal Fira). Afipah memberitahu ibunya bahawa mereka bertiga akan ke rumah Fira.
Sebuah van merempuh motor tersebut, dan ketiga-tiganya terpelanting. Saksi mengatakan dia ternampak Yasmin tercampak ke bahu jalan, kemudian memangkunya.
Sebuah gelas terlepas dari tangan Encik Johan, lalu pecah. Puan Saz mula rasa gelisah sebab biasanya tu tanda berita tak baik. Jam 11. 50 malam, Puan Saz terjaga dari lenanya. Aunty Dee masih berniaga di kafe. Telefon bordering. Jiran mereka menelefon Aunty Dee untuk memaklumkan tentang kemalangan yang melibatkan Yasmin.
Hanya Muiz yang sanggup melihat Yasmin di tempat kejadian. Aunty Dee hanya memerhatikan dari jauh. Puan Saz tak lagi mampu berdiri. Encik Johan kesal dan memohon kemaafan daripada Yasmin.

10

Fakhrul mendapat panggilan daripada Yasmin. Namun, suara di sebelah sana bukanlah suara Yasmin. Dia memberitahu bahawa Yasmin telah meninggal dunia. Fakhrul kesal kerana bermasam muka dan tak dapat menerima sikap cemburu Yasmin. Fakhrul teringat kembali kenangannya bersama Yasmin.
Fakhrul pernah keluar bersama Yasmin yang ditemani Ayesha. Kadangkala dia singgah di kafe Pantai Cenang. Yasmin juga sebenarnya tidak pernah keluar rumah seorang diri melainkan dihantar oleh ibu bapanya ataupun Aunty Dee.
Fakhrul merupakan pelajar Maktab Mahmud di Langkawi, satu batch dengan Yasmin. Dia hanya memerhatikan Yasmin dari jauh. Pada pertengahan tahun, dia mendapat tawaran ke MRSM. Sejak tu, mereka terputus hubungan sehinggalah bertemu semula di Facebook. Yasmin yang menunggu di perhentian bas selepas tamat sekolah sebenarnya diperhatikan oleh Fakhrul sejak dulu lagi.
Jam 10 malam, Yasmin menuntut penjelasan daripadanya tentang gambar tersebut. Setelah menerangkannya, Yasmin membisu. Sekali lagi Yasmin mesej, memaklumkan dia akan ke rumah Fira. Itulah mesej terakhirnya.
Selepas kemalangan, Fakhrul pergi ke hospital bersama keluarganya, dan menziarahi Encik Johan dan Puan Saz di rumah Yasmin.

11
(Start bab ni, takde lagi cerita berkisar tentang kematian Yasmin, kecuali bab akhir.)

Muiz dan Yasmin yang tengah khusyuk main ‘doktor dan pesakit’ dipanggil oleh Aunty Dee untuk makan. Yasmin bercita-cita untuk jadi doktor membantu orang. Semakin dia dewasa, minatnya lebih cenderung kepada guru muzik. Tapi itu tak bererti dia tak dapat membantu orang.
Sejak kecil lagi, Encik Johan dan Puan Saz telah mendedahkan Yasmin tentang isu dunia luar. Yasmin juga didedahkan tentang Palestin, dan mengapa seluruh dunia mempertahankannya. Kesukaran yang mereka alami mendorong dirinya untuk membantu mereka. Walaupun bukan dengan kepakaran sebagai doktor, Yasmin berharap dia boleh menyumbang sesuatu.
Mungkin ramai tak tahu, Yasmin ni sebenarnya banyak memperjuangkan Palestin di alam maya. Kadang-kadang dia juga berdebat dengan ramai orang untuk menyatakan pendiriannya untuk mempertahankan kesucian Islam.

 ******

(Ada beberapa bab lagi, tapi saya simpan dulu la review untuk bab tu. Kalau ada request, saya akan consider untuk tulis. InsyaAllah.)

*UPDATE 25 DISEMBER 2014*
~ ada permintaan daripada seorang pembaca bernama Afiqah untuk sambungan sinopsis bab seterusnya. So, saya sambung taip balik kat sini. Maaf lambat ye Afiqah. 


12

Yasmin akan mendudukii ujian piano Gred 4 hari ini. Beliau akan memainkan lagu Sicilienne dan Allegretto. Antara sebab utama beliau menghadiri kelas piano adalah untuk mendapatkan sijil kerana beliau mahu menjadi guru atau jurulatih muzik.

Ketika memainkan lagu kedua, music sheet beliau terjatuh.berterabur, dan peristiwa tersebut mengingatkan beliau tentang sebuah kisah misteri yang dikaitkan dengan piano. Sebuah lagu yang dikatakan akan 'menghantui' jiwa manusia yang mendegarnya, sekaligus mendorong mereka untuk membunuh diri. Yasmin juga sering memainkan lagu itu.

Lagu tersebut ialah 'Szomoru vasarnap' atau 'Sad Sunday', yang dicipta oleh Rezso Seress pada 1933. Lagu ini melambangkan kesedihan komposernya yang baru ditinggalkan oleh kekasihnya, Beliau juga pernah membuat cubaan untuk membunuh diri selepas mendapati tunangnya meminum racun setelah mendengar lagu ini. Satu per satu jiwa warga Eropah membunuh diri ketika lagu ini dimainkan di sisi mereka. Akhirnya lagu ini diharamkan di televisyen dan radio di Eropah. Versi terbarunya dikenali sebagai Gloomy Sunday.

Yasmin mengutip semula kertas-kertas yang terjatuh tadi dan sambung untuk bermain muzik tersebut sehingga habis.

*****
Yasmin bertanya kepada ayah beliau, tentang susahnya hidup sebagai pelajar. Encik Johan memberi analogi bahawa hidup ni macam lebuhraya. Kalau jalan tulurus, pemandu akan mudah rasa mengantuk dan lalai. Beliau juga menerangkan, Allah sentiasa menangguhkan doa kita. Kalau tak dapat di dunia, Dia akan beri di akhirat.

Firaun bongkak dan takbur keranaAllah tak pernah beri dia sakit. Kemewahan yang dia ada membuatkan dirinya berasa seperti Tuhan. Dalam kesenangan ada perangkap, dan dalam kesusahan ada kenikmatan.

EncikJohan menerangkan segala kesenanganyang kita ada ialah kerana adanya elektrik. Seperti tamadun hari ini, Lembah Bujang juga ada pembangunan, tetapi tak maju seperti kita. Elektrik juga membantu manusia dalam urusan seharian seperti komunikasi dan teknologi. Dan elektrik ini wujud kerana adanya magnet di bumi. Seandainya magnet ini rosak, hancurlah segala kemjuan yang manusia hadapi hari ini. Hakikatnya, magnet ini mampu dirosakkan dengan satu perkara - perang nuklear.Kita akan hidup seperti zaman dahulu, bertepatan dengan hadis nabi. Kerosakan di bumi ini adalah hasil tangan manusia itu sendiri.

13
Yasmin hadir ke kelas seperti biasa, dan pembelajaran padahari tersebut ialah fiqh islamiyah berkenaan nikah dan talak. Yasmin ada bertanya kepada ustazah beliau tentang mengapa Palestin tidak mundur. Ustazah tersebut menerangkan Islam hadir dalam keadaan dagang, dan berakhir dalam keadaan dagang. Kita, sebagai orang Islam lebih suka untuk menyendiri. Orang Arab yang mahu merdeka daripada Turki. Jordan mahukan kerajaan sendiri. Orang Islam ditentang oleh orang Islam sendiri dan berpecah-belah.

Walaupun rakyat Palestin hidup di negara sendiri, tetapi mereka ditentang oleh Zionis dan ada antara rakyatnya yang menjadi pengkhianat. Zionis merupakan ideologi atau pemikiran, seperti komunis dan syiah. Fatah merupakan parti politik yang mahu membebaskan Palestin dengan mengadakan perjanjian bersama Yahudi, manakala Hamas juga merupakan pertubuhan politik, tetapi tidak mahu terikat dengan sesiapa. Apa yang berlaku pada hari ini, semakin banyak perjanjian yang berlaku, semakin kecil negara tersebut.

Selepas rehat, kelas 5ST1 akan belajar subjek sejarah. Menurut gurunya, Melaka ditawan oleh Portugis pada 1511. Dan satu ketika dahulu, Melaka merupakan empayar Islam yang besar di Asia Tenggara. Melaka juga mempunyai banyak teknologi canggih seperti meriam dan senapang dan pistol. Kelas seterusya merupakan kelas bahasa Inggeris, tetapi guru beliau tidak hadir dan meninggalkan 'homework' untuk mereka. 

14
Yasmin dan Fira berbual-bual tentang rakan sekolah mereka yang suka dengki dengan orang lain. Yasmin memberi analogi tentang singa yang melintas hutan diam tanpa mengaum sudah cukup untuk membuatkan haiwan lain terdiam, dan orang yang dengki itu seperti anjing yang menyalak di bukit.

Yasmin juga menceritakan perbualannya dengan ayah beliau tentang orang yang berhati busuk. Katanya, orang yang berhati busuk seperti menyimpan pisang di dalam beg. Seminggu kemudian, pisang tersebut akan busuk. kalaulah tiap-tiap hari kita menyimpan perasaan benci terhadap orang lain, yang menerima kesannya sebenarnya diri kita sendiri.

Yasmin mula merakam dirinya bermain piano lagu 'Hurt' oleh Christina Aguilera. Dia akan memainkan lagu tersebut pada hari kokurikulum Julai nanti. Malam itu,dia rasa sukar untuk tidur, dan susu kotar di peti sejuk telah habis. Dia membuat keputusan untuk membaca buku motivasi.

Tiba-tiba Yasmin menjerit-jerit memanggil ayahnya. Ada ulat di lidah Yasmin, dan ayah beliau menyuruhnya untuk meludah ulat tersebut.Yasmin tersedar dari mimpi, dan mimpi itu merupakan mimpinya yang ketiga. Yasmin menangis. Dia membuat keputusan untuk solat sunat pada jam 3 pagi itudan meminta untuk diampunkan dosanya.

Pagi itu, Yasmin menonton History Channel berkenaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. P.Ramlee telah berlakon dalam 66 buah filem, mengarah 35 buah filem, menulis skripuntuk 34 buah filem, dan menghasilkan 360 buah lagu. Pada penghujung hayatnya, hasil karya beliau tidak lagi dihargai oleh rakyat tempatan, kerana mereka lebih gemar filem-filem barat dan hindustan. Setelah pemergiannya, barulah karya-karyanya disanjung tinggi.

Yasmin juga sebenarnya pernah bermain piano milik P. Ramlee di rumah peninggalan beliau.

15

22 Februari 2012. Yasmin menerima hadiah daripada ibu beliau sempena hari lahirnya yang ke-17. Dan papa beliau mendoakan dirinya menghampiri JUMAAT. J- Jujur. U - Unggul. M - Matang. A - Adil. A - Amanah. T - Tempat bergantung.

Yasmin juga sering mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus di Youtube. pendekatan yang dibawanya sangat berbeza dengan pendakwah-pendakwah lain. Namun beliau tidak membuat kuliah di Langkawi. Kisah pertemuan Puan Saz Encik Johan juga ada diceritkan dalam bab ini. Sebuah pertemuan yang menjadi sebab kenapa dirinya dapat melihat dunia ini. Bayi yang bernama Yasmin itu diharpkan masa depannya seharum namanya. (Nama Yasmin berasal daripada perkataan Jasmin, sejenis bunga. Namanya dalam bahasa Melayu ialah Melati).

Semasa kecilnya, wajahnya yang agak kebaratan lebih ketara berbanding ketika dia remaja. Yasmin juga digelar 'Bean' kerana suka menonton 'Mr. Bean'. Disebabkan pernah melecur, Encik Johan dan Puan Saz mengambil keputusan untuk menggaji Aunty Dee untuk menjaganya. Ini antara sebab mengapa Yasmin sangat rapat dengan Aunty Dee.

16
Yasmin tewas dalam pertandingan catur di SM Teknik Kangar. Puan Sazmemberi galakan untuk beliau mencuba lagi. Yasmin pernah mewakili sekolahnya dalam peringkat daerah. Yasmin akan bertembung dengan lawannya yang tidak dikenali, membuatkan dia rasa takut. Uncle Azmi, guru caturnya membuat gambaran tentang ayam daging. Ayam daging, kalau dilepaskan ke luar sangkar pun akan berusaha untuk memasuki ke dalam kawasannya semula. Ayam tersebut tahu bahawa dirinya tidak mampu untuk terus hidup di luar sangkar. Dia tidak sedar bahawa dia akan disembelih. Dan situasi ini berbeza dengan ayam hutan.

Yasmin mendapat tempat keenam pertandingan catue MSSD Langkawi Kategori Perempuan Bawah 18 tahun pada 2011.
17

Setelah talkin habis dialunkan, Puan Saz kelihatan merah mukanya menahan pilu. Ada dalam beberapa ratus orang turut hadir di majlis pengebumian itu.

Seorang wanita berumur 30-an mengajar Yasmin untuk bersyahadah sambil kepalanya dipangku di riba. Yasmin mengikutnya perlahan-lahan. Akhirnya, Yasmin kembali menemui-Nya. Muiz yang ada di situ hanya mampu menangis. Di Hospital Langkawi, Fira dipanggil untuk membuat pengecaman. Dua mangsa lain ialah Nor Hazwani Mansor dan Nor Afipah Ainaa. Fira dapat mengecam Yasmin melalui pendakap giginya.

Keesokannya, Muiz memegang tangan kakaknya. Sejuk. Puan Saz menanti kehadiran puterinya di masjid. Tidak lama kemudian, Encik Johan memaklumkan kepada Puan Saz bahawa dia akan membawa jenazah Yasmin pulang. Setelah dimandikan dan dikafankan, Yasmin dikebumikan tidak jauh dari masjid tersebut.

Menurut imam yang bertugas, beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat majlis pengebumian yang dihadiri oleh ramai orang selama dia tinggal di situ. Beberapa petanda oleh arwah yang tidak dapat ditafsirkan sebelum ini kini menjadi memori untuk mereka.

TAMAT

*****
Yasmin kembali ke rahmatullah pada 3 Jun 2012. Hari ni dah genap dua tahun, dan kisahnya masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia, khususnya masayarakat Islam. Disebabkan dia tersangatlah famous dan tinggal di Langkawi, ada yang menggelarkannya sebagai "Legenda Selepas Mahsuri".

Seperti Yasmin, saya juga merupakan generasi kedua berdarah kacukan. Kami juga minat dengan piano. Antara sifat ketara beliau ialah pendiam dan kreatif. Daripada pemerhatian saya, Yasmin jugak ada personality trait yang juga sama dengan saya, iaitu Perfect Melancholy.

For some reasons, this girl reminds me of the legendary Natrah yang satu ketika dulu pernah  mencipta sejarah di Alam Melayu.

Fanpage di Facebook 'rasmi' beliau ialah Territory Yasmin J Hunwick, yang diuruskan oleh Cik Miss.

Dalam novel tu jugak ada gambar-gambar arwah sewaktu masih hidup. Gambar-gambar beliau yang masih kecil (memang nampak macam anak orang putih) sehinggalah beliau berusia 17 tahun.

Ada beberapa kisah yang dikaitkan dengan arwah selepas beliau pergi. Katanya, ramai yang pernah jumpa arwah dalam mimpi. Buku ni ada kongsikan dua cerita.

1. Ada kakak kepada kepada kawan arwah ni taklah begitu mengenali beliau. Kakak ni bukan jenis bertudung.
Satu hari tu, dia tengah borak-borak dengan siapa entah. Waktu tu dalam 2.30 pagi. Habis je borak dengan orang tu, henfon dia berbunyi. Nama yang tertera.kat henfon tu ialah YASMIN J. HUNWICK. Peristiwa ni berlaku beberapa hari selepas arwah meninggal dunia. Yang peliknya, dia tak save pun nombor arwah sebab tak kenal pun siapa beliau. Lagi pelik la bunyi ringtone tu ialah alunan zikir nasuha, yang obviously takde pun dalam henfon tu. Tapi kakak ni takde la angkat call tu sebab ketakutan.
Apa-apa pun, peristiwa ni sedikit sebanyak mengubah diri beliau. Dengar cerita, dia dah start bertudung.

2. Ada juga yang tidak mengenali beliau, tapi pernah jumpa dalam mimpi. Katanya, arwah nampak tenang je. Tersenyum bila nampak si pemimpi tu. Tapi arwah Yasmin tak cakap apa-apa la. Dia bagitau kepada Puan Saz, bahawa dia sekadar terpandang gambar batu nisan arwah kat blog beliau, dan tak pernah kenal pun sebelum ni. Wallahualam.


Itu je yang dapat saya kongsi untuk kali ni. Boleh tinggalkan komen kat bawah ni kalau ada apa-apa yang nak dipesan kepada saya. InsyaAllah saya baca.

Until them, Assalamualaikum.

1 June 2014, 12.45 am

Assalamualaikum everyone.

Lama dah tak berblog. Rasa kekok la jugak bila menaip balik kat sini.
Hajat di hati nak je terus mendiamkan diri. Tapi ada beberapa perkara yang perlu di'settle' kat sini.

Ekceli, banyak sangat benda yang jadi lepas saya tinggalkan blog ni sejak lebih kurang enam bulan lepas.

Seminggu lepas saya tulis post yang terakhir tu (yang juga seminggu lepas birthday saya),
saya berpindah rumah.
Yes, rumah baru. My new hometown.
Rumah baru ni dah lama beli, tapi tak pernah duduk lagi. Tunggu adik bongsu habis SPM baru pindah.
My mum yang teringin sangat nak duduk rumah baru. Rumah lama tu pun statusnya masih ok lagi, tapi nak disewakan pada orang lain. At least boleh la jadi passive income.

Rumah lama tu, saya ingat tahun 1970-an dah wujud. Rumah pusaka peninggalan arwah atuk saya.
Arwah abah pernah membesar kat sana. It is truly the kampung halaman during raya, sebab sedara mara berkumpul kat sana.
But, since my grandparents passed away, tradisi tu dah tak berlaku.
Kira ada nilai sentimental jugak la rumah tu.

Tapi, sampai bila nak hidup macam tu je kan?
Change is the only constant. Sebab tu mama nak bawak kami sekeluarga berhijrah.
Rumah baru ni lebih dekat la dengan kampung mama. Saya masih ada nenek dan atuk sebelah mama kat sana.

So, because of life itself is about moving forward, i left everything behind. Including my own past.
Segala trofi dan hadiah yang saya dapat time sekolah, saya tinggalkan dalam almari berkunci kat rumah lama.
Majalah picisan yang saya kumpul sejak zaman sekolah, i burn every single page of them.
Banyak jugak pakaian lama yang terpaksa dibuang sebab nampak tak relevan lagi untuk dipakai.
Banyak benda yang terpaksa saya korbankan.

I just wanna start a new life.

So, I choose to abandon my 'other self' and become 'the real me'.
No more blogging. No more writing.

*****

Ok, stop cerita meleret-leret. Post ni sekadar nak bagitau saya dah balik. Haha.
Sebab rasa rugi dan selfish sangat kalau kita tak kongsi apa yang kita tahu.
Jujur saya cakap, saya memang tak pandai diajak berbual dan memang tak mesra alam pun.
Tapi saya boleh menulis. In fact, apa yang saya tulis kat blog ni sebenarnya dah dibaca oleh ramai manusia kat luar sana yang saya sendiri tak tau sipa.
Rasa terharu la jugak.

Macam post Anthem tu.
Dah lebih 6410 kali dibaca lepas setahun saya menulis. Dan nombor ni akan terus meningkat setiap hari.
Yang akhirnya buat saya terfikir,
"Kenapa nak berhenti sekarang?"

Maybe, this is the real me. This is who i really am.


Terima kasih
kepada mereka yang pernah datang berkunjung,
waktu blog ni meriah dan menyepi.

Terima kasih
kepada mereka yang larat membaca
post-post yang jenis panjang meleret-leret tu.

Terima kasih
kepada yang letak link url blog ni
di bahagian sidebar dan post dalam blog anda.
(Terharu gila kot! Sebab orang macam ni la trafik untuk blog ni tak pernah putus. Terima kasih!)

Terima kasih
kepada mereka yang meninggalkan jejak di bahagian komen dan shoutbox
tak kira la anda pemilik akaun Google+, Facebook  atau Anonymous.
Tak lupa juga kepada silent readers di luar sana.
Terima kasih juga atas komen yang diberi. Mohon maaf kalau apa yang saya reply membuatkan korang rasa bernanah di hati.

Terima kasih
kepada insan misteri yang pernah requote
apa yang pernah telah saya tulis dalam blog ni.
(boleh baca kat sini. Terima kasih ye Cengkih.)

Terima kasih
kepada mereka yang pernah menemani hidup saya
yang sedikit sebanyak membawa seribu satu warna dalam diri
di dunia nyata mahupun di alam maya

And lastly,
terima kasih Hlovate,
sebab sudi kongsi 'aura' anda di sini.
Mungkin bagi yang pembaca, "Ala.. itu benda lama la..".
But for me, selaku tuan punya blog, apa yang berlaku tu la kekal menjadi kenangan manis dan terus hidup selagi saya bernyawa. Ia satu penghormatan yang sangat besar bagi saya.

Kerana beliau jugaklah saya kembali ke sini.
Sebab saya percaya, kita boleh ubah dunia melalui tulisan.
Atau paling kurang pun, kita boleh kongsi 'dunia' kita dengan orang lain.

By the way, cakap pasal Hlovate...
Kejap lagi saya akan bertolak ke Perak.
(Beliau berasal dari Perak)
Bertolak dalam pukul 5 pagi macam tu.
Kalau saya tak update apa-apa esok, ada kemungkinan saya masih di Perak.
Somewhere near Ipoh.
Buat apa kat sana? Ada lor...

Until then, Assalamualaikum.

23 November 2013, 10.57 pm

Assalamualaikum everyone.

Today marks the day that my age change to a new number.
Which makes me, well, a lil' bit older. Heh.
So, happy birthday to me.

After all these years, I realised on few things recently.
There are things which seems so real, solid and concrete.
And that real thing, is the real world .
The world that exist around us, beyond the world that we create on our own.

Sometimes, I do feel tired of living as two person.

The one that lives in the Internet that jots everything in the blog.
With hundreds of followers, plus thousands of readers.

Posting lots of pictures and status updates in the Facebook.
A boy, a girl, nobody knows.

And the other, is the one who lives in the real world.
The one who I do not know how to describe.
It's just like a blank A4 paper.
There's tottally nothing special about me.

And I'm wondering,
who am I?
Nat Cure or "the other one"?

Friends. Followers. Readers.Likers.
The're just numbers.
I never have real friends in the real life.
Just a normal and plain 'somebody'.
Or even a 'nobody'. I don't know.

And, I think, I need to live as the real me.
No more hiding. No more writing.
No social networking either.

And the truth is, this is the last post in this blog.
There won't be any updates here in the future.
No story. No yelling. No shoutouting.
I leave this blog as it is..
And yes, I've deleted my facebook account. Seriously.

I'm just an ordinary introvert.
We're not an antisocial.
We're just differently social.
Virtual world is just a medium for us to communicate with the other people out there.
The only way that the extroverts can hear our 'voices'.
Because we never have the courage to face the real world.
We were born this way, and nothing can change that.
It's like a gemstones of a sculpture.
The inner material that determines the true quality of ourselves.

And I believe, I'm making the right choice.
InsyaAllah.

And thanks for reading.
May Allah bless.

Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...