1 June 2014, 12.45 am

Assalamualaikum everyone.

Lama dah tak berblog. Rasa kekok la jugak bila menaip balik kat sini.
Hajat di hati nak je terus mendiamkan diri. Tapi ada beberapa perkara yang perlu di'settle' kat sini.

Ekceli, banyak sangat benda yang jadi lepas saya tinggalkan blog ni sejak lebih kurang enam bulan lepas.

Seminggu lepas saya tulis post yang terakhir tu (yang juga seminggu lepas birthday saya),
saya berpindah rumah.
Yes, rumah baru. My new hometown.
Rumah baru ni dah lama beli, tapi tak pernah duduk lagi. Tunggu adik bongsu habis SPM baru pindah.
My mum yang teringin sangat nak duduk rumah baru. Rumah lama tu pun statusnya masih ok lagi, tapi nak disewakan pada orang lain. At least boleh la jadi passive income.

Rumah lama tu, saya ingat tahun 1970-an dah wujud. Rumah pusaka peninggalan arwah atuk saya.
Arwah abah pernah membesar kat sana. It is truly the kampung halaman during raya, sebab sedara mara berkumpul kat sana.
But, since my grandparents passed away, tradisi tu dah tak berlaku.
Kira ada nilai sentimental jugak la rumah tu.

Tapi, sampai bila nak hidup macam tu je kan?
Change is the only constant. Sebab tu mama nak bawak kami sekeluarga berhijrah.
Rumah baru ni lebih dekat la dengan kampung mama. Saya masih ada nenek dan atuk sebelah mama kat sana.

So, because of life itself is about moving forward, i left everything behind. Including my own past.
Segala trofi dan hadiah yang saya dapat time sekolah, saya tinggalkan dalam almari berkunci kat rumah lama.
Majalah picisan yang saya kumpul sejak zaman sekolah, i burn every single page of them.
Banyak jugak pakaian lama yang terpaksa dibuang sebab nampak tak relevan lagi untuk dipakai.
Banyak benda yang terpaksa saya korbankan.

I just wanna start a new life.

So, I choose to abandon my 'other self' and become 'the real me'.
No more blogging. No more writing.

*****

Ok, stop cerita meleret-leret. Post ni sekadar nak bagitau saya dah balik. Haha.
Sebab rasa rugi dan selfish sangat kalau kita tak kongsi apa yang kita tahu.
Jujur saya cakap, saya memang tak pandai diajak berbual dan memang tak mesra alam pun.
Tapi saya boleh menulis. In fact, apa yang saya tulis kat blog ni sebenarnya dah dibaca oleh ramai manusia kat luar sana yang saya sendiri tak tau sipa.
Rasa terharu la jugak.

Macam post Anthem tu.
Dah lebih 6410 kali dibaca lepas setahun saya menulis. Dan nombor ni akan terus meningkat setiap hari.
Yang akhirnya buat saya terfikir,
"Kenapa nak berhenti sekarang?"

Maybe, this is the real me. This is who i really am.


Terima kasih
kepada mereka yang pernah datang berkunjung,
waktu blog ni meriah dan menyepi.

Terima kasih
kepada mereka yang larat membaca
post-post yang jenis panjang meleret-leret tu.

Terima kasih
kepada yang letak link url blog ni
di bahagian sidebar dan post dalam blog anda.
(Terharu gila kot! Sebab orang macam ni la trafik untuk blog ni tak pernah putus. Terima kasih!)

Terima kasih
kepada mereka yang meninggalkan jejak di bahagian komen dan shoutbox
tak kira la anda pemilik akaun Google+, Facebook  atau Anonymous.
Tak lupa juga kepada silent readers di luar sana.
Terima kasih juga atas komen yang diberi. Mohon maaf kalau apa yang saya reply membuatkan korang rasa bernanah di hati.

Terima kasih
kepada insan misteri yang pernah requote
apa yang pernah telah saya tulis dalam blog ni.
(boleh baca kat sini. Terima kasih ye Cengkih.)

Terima kasih
kepada mereka yang pernah menemani hidup saya
yang sedikit sebanyak membawa seribu satu warna dalam diri
di dunia nyata mahupun di alam maya

And lastly,
terima kasih Hlovate,
sebab sudi kongsi 'aura' anda di sini.
Mungkin bagi yang pembaca, "Ala.. itu benda lama la..".
But for me, selaku tuan punya blog, apa yang berlaku tu la kekal menjadi kenangan manis dan terus hidup selagi saya bernyawa. Ia satu penghormatan yang sangat besar bagi saya.

Kerana beliau jugaklah saya kembali ke sini.
Sebab saya percaya, kita boleh ubah dunia melalui tulisan.
Atau paling kurang pun, kita boleh kongsi 'dunia' kita dengan orang lain.

By the way, cakap pasal Hlovate...
Kejap lagi saya akan bertolak ke Perak.
(Beliau berasal dari Perak)
Bertolak dalam pukul 5 pagi macam tu.
Kalau saya tak update apa-apa esok, ada kemungkinan saya masih di Perak.
Somewhere near Ipoh.
Buat apa kat sana? Ada lor...

Until then, Assalamualaikum.

2 comments:

assalam nat cure,

sikit sgt apa yg saya tulis quote tentang tulisan awak..apapn terima kasih masukkan nama sy dalam ucapan panjang awk 2..

btw, welcome back..sayang kalau bakat yg awk ada tak digunakan untuk menyentuh hati2 manusia lain..

teruskan menulis..moga2 ada kebaikan yg disampaikan..kadang2 kita tak perlu benda2 besar utk menyentuh hati org, cukup dengan tulisan kadang2 bukan setakat menyentuh hati malah boleh mengubah kehidupan..

pelepahtamar said...

Bismillah

Setitis boleh jadi selaut,dakwah itu bukan hanya bercakap depan khalayak itu dan ini tapi salah satunya adaalah dengan mata pena.tulisan dari hati akn bawak kehati insyaAllah

"Ballighu 'anni walau bilayah"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...