7 Jun 2014, 3.31 am



Lepas bertahun-tahun beli buku Natrah, barulah pagi tadi dapat khatamkan. Saya beli tahun 2010. Dah dekat 4 tahun la buku tu kumpul habuk. Masa beli tu, saya tak pernah langsung dengar sejarah pasal Natrah ni

Buku ni diterbitkan oleh Penerbit UTM - makna lain, budak UTM kena baca buku ni. So, saya pun try je la beli. Agak mahal, tapi kajian tentang insan bernama Natrah sangat terperinci, so logik la jugak harga dia macam tu. Mungkin ni antara buku bahasa Melayu paling tebal yang pernah saya baca.

Dalam masa 4 tahun tu, ada sekali je saya tengok pementasan Natrah. Itu pun tengok kat lappy, yang di'copy' daripada kawan, yang di'download' dari internet, di'upload' oleh siapa entah dan pernah disiarkan kat TV1. Nama pun teater, so ada part menyanyi dan menari sekali la for the sake of the drama.

Maya Karin yang pegang watak Natrah ni waktu usianya mengijak dewasa (lebih kurang 13 tahun umurnya). Pelakon masa keciknya, saya tak kenal. Umi Aida jadi Che Aminah, dan Remi Ishak jadi Mansor Adabi. Ada jugak Natrah versi tua (tak kenal siapa pelakonnya).

Lepas tengok, baru saya faham Natrah ni cerita pasal apa. Kepada yang tak tau langsung saya ulas sikit je la pasal Natrah ni.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan (sebelum namanya menjadi Malaya), masyarakat di rantau ni pernah berkumpul beramai-ramai (macam demonstrasi jalanan) untuk menentang Malayan Union Orang yang datangtu datang dari seluruh pelusuk negara. Sebenarnya, peristiwa yang serupa pun pernah berlaku pada sekitar 11 Disember 1950 di Singapura. Masyarakat Islam waktu tu berkumpul di depan mahkamah kat sana untuk dengar keputusan mahkamah berkenaan rayuan sebuah kes. Tapi sebab keadaan pun jadi tak terkawal, masyarakat Melayu dan Islam yang terkenal dengan sikap lemah lembut mula merusuh. Dalam 200 orang cedera, dan kurang 20 orang terbunuh.

Semuanya gara-gara insan bernama Natrah, yang ketika itu dalam lingkungan 13 tahun.

Natrah merupakan anak angkat Vhe Aminah yang tinggal Kemaman. Natarh ni sebenarnya berdarah Belanda dan lahir di bandung, Indonesia. Ibunya, Puan Adeline menyerahkan anaknya kepada Che Aminah menjadi anak angkat kerana kesukaran hidup. Che Aminah pula membawa Natrah pulang ke Kemaman atas dasar keselamatan.

Natrah hidup riang ria gumbira di Kemaman di Terengganu, sehinggalah Locke terpandang wajah Natrah yang takde rupa Melayu. Che Aminah rasa tergugat sebab dia takde kebenaran rasmi untuk mengambil anak Belanda, maka dia terpaksa ke Singapura untuk memohon dokumen rasmi. Tapi, itu sebenarnya satu perangkap untuk menyerahkan kembali Natrah kepada keluarganya (yang ketika itu ada di Belanda.)

Natrah terpisah daripada Che Aminah di Singapura. Ada satu perbicaraan berlaku tentang hak penjagaan Natrah, antara Che Aminah dengan Jeneral Konsulat Belanda. Che Aminah menang kes ni sebab bukan ibu kandungnya yang menuntutnya.

Natrah juga bertemu dengan insan yang dikatakan sangat sopan perilakunya, iaitu Mansor Adabi. Adabi is sort like 'beradab' yang mana 'sopan' tu memang kena dengan namanya. Sikap ni agak kontra dengna Natrah yang memang nakal. Macam omputih kata, 'opposite attracts'. Selang beberapa hari, diorang pun berkahwin. Mansor Adabi 22 tahun, Natrah 13 tahun.

Perkahwinan ini jugalah yang menjarakkan mereka berdua. Semua yang terlibat tu tersilap langkah, dan Belanda mula mengambil kesempatan dengan helah-helah diorang. Puan Adelin yang berada di Singapura ketika itu mengutakan lagi hak Belanda untuk mengambil Natrah.

Hakim yang tak bertimbang rasa tu pun memberikan hak penjagaan Natrah kepada ibunya, berdasarkan konsep "adil" di mata Belanda..Hakim tersebut terlepas pandang satu perkara tentnag hak asasi kemanusiaan yang paling besar, iaitu kasih sayang. Mungkin Puan Adeline boleh memberinya makan, minum, tempat tinggal dan pendidikan, tapi isu kasih sayang bukannya sesuatu yang boleh diganti. Terpisahnya Natrah dengan dunia Timur  bererti tiada lagi kasih sayang Che Aminah yang menjaganya sejak kecil, dan juga Mansor Adabi yang masih sah bergelar suami (menurut undang-undang Islam).

Rayuan dikemukakan, tapi keputusannya tetap menghampakan. Rakyat tempatan sangat marah kerana Natrah kelihatan 'gembira' ketika dijaga di gereja. Sebelum keputusan rayuan dikemukan, rusuhan yang sangat dahsyat berlaku di Singapura.Natrah kemudiannya 'diseludup' untuk dibawa ke lapangan terbang, lalu meninggalkan kampung halamannya. Sejak tu, nama penuhnya bukan lagi Nadra binti Ma'ruf.

Kalau kat teater, mungkin ceritanya tamat di sini. Tapi Natrah yang sebenarnya hidup dalam keadaan yang sangat menderita. Kisah cintanya dengan Mansor juga terputus kerana pihak berkuasa mula campur tangan. Keluarganya juga sebenarnya langsung tidak menyayanginya. Natrah yang hidup gembira di Kemaman tu dah lama hilang. Sehinggalah penulis buku ni, Fatini Yaacob berjaya menjejak Natrah di Amerika.

Apa yang berlaku di dunia barat sana sebenarnya sangat panjang untuk saya tulis kat sini. Tapi saya masih galakkan la pembaca kat luara sana untuk cari buku ni, sebab buku ni bukan fokus kepada rusuhan yang berlaku, tapi lebih kepada insan bernama Natrah yang terbelah jiwanya.

A circle is made of two halves.

Until then, Assalamualaikum.

1 comments:

Kolej saya penah jadikan drama pendek kisah natrah utk assignment subjek enakmen keluarga islam,sbb banyak berkisar tntg syariat itu sndiri kalu diperhatikan pada ceritanya and nice story and history..deeply touched ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...