26
April 2014, 3.51 pm
Hari ni bertarikh 3 Jun 2014. Ada satu peristiwa bersejarah yang saya nak kongsi dengan pembaca semua.
Tulisan kat bawah ni mula ditulis pada 26 April 2014, tapi saya post untuk hari ni.
*****
Assalamualaikum
and greetings to all.
Beberapa
minggu lepas, ada peristiwa yang buat saya rasa malu dengan diri sendiri. Actually,
ada ‘seseorang’ yang ‘menegur’ saya secara tak langsung tentang peluang dan
jasa yang boleh kita taburkan kepada masyarakat melalui penulisan, yang satu
ketika dahulu saya tak nampak pun walaupun dah bertahun-tahun saya bukak blog
ni. ‘Dia’ juga sebenarnya dah menyentuh banyak hati rakyat Malaysia tentang
ilmunya yang banyak dikongsikan di alam maya. A true legend. Dialah Yasmin
binti Johan, yang juga dikenali dengan nama Yasmin J. Hunwick.
Kisah
hidupnya ada dinukilkan dalam sebuah novel. Tapi disebabkan stok novel ni
tinggal sikit sangat (or maybe dah out of stock sekarang ni), takkan jumpa kat
kedai buku, dan takkan dicetak lagi lepas ni, saya terpanggil untuk buat review
bab demi bab untuk dikongsi bersama pembaca semua.
Love Yasmin by Syimir Yunusi
1
2012
Yasmin
membaca buku ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama di Alam Kubur’, sebuah buku
yang dibelinya dia POPULAR Alor Setar. Gambar cover buku tersebut kemudiannya
di’upload’ ke akaun Instagram miliknya. Yasmin juga mempunyai blog yang mula dibuka
beberapa tahun lepas bertajuk ‘Her Illusionist’. Seperti remaja lain yang
seusia dengannya, Yasmin juga selalu surfing internet, Facebook, Twitter dan
menonton video kuliah Ustaz Azhar idrus di Youtube.
Ayesha,
adik bongsu Yasmin (yang dipanggil Along) memanggilnya untuk turun dinner.
Yasmin menyuruhnya untuk keluar dahulu sementara dia mencari cicak yang
diperhatikan sejak dari tadi. Rupa-rupanya cicak tersebut tersepit di pintu
biliknya sewaktu Ayesha membuka pintu bilik tersebut tadi. Dia kemudiannya
mengangkat cicak tersebut dan memerhatikannya yang sedang menanggung peritnya
ketika nyawa dicabut dari jasad. Yasmin digambarkan mempunyai sikap penyayang
kepada haiwan. Dia pernah membela hamster dan juga kucing di rumah tersebut.
Teguran Ayesha menariknya kembali ke alam nyata. Yasmin turun dan menikmati
makan malam bersama keluarganya. Ada lauk favourite beliau, iaitu sambal petai.
Dia bermain piano seperti kebiasaannya sebelum tidur.
2
Puan
Saz memanggil Yasmin untuk makan tengah hari. Namun, dia masih tidak bersuara
dek kerana tenggelam dalam dunia mayanya. Seperti biasa, ibunya mengugut untuk
memotong line internet kat rumah tu. Dia pun segera turun. Yasin juga suka
Muiz, adiknya yang mengambil PMR pada tahun tersebut. Yasmin pula akan
mengambil SPM pada November akan datang.
Kadangkala,
Encik Johan akan membawa Puan Saz, Yasmin, Muiz, Zharif dan Ayesha untuk
melancong untuk lebih menyelami hati budi mereka. Encik Johan bekerja di sebuah
hotel di Langkawi. Bapa Encik Johan merupakan seorang juruterbang di Eropah
yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Ibunya pula merupakan wanita Melayu
berketurunan Acheh. Encik Johon ni separuh Melayu separuh Inggeris la.
Puan
Saz pula membuka kafe dan kedai 24 jam di Pantai Cenang. Yasmin dan
adik-adiknya membantu di sana sekiranya berkelapangan. Mereka juga mempunyai
pembantu rumah yang dipanggil Aunty Dee (bukan nama sebenar) yang menjaga
Yasmin dan adik-adiknya sejak kecil. Aunty Dee juga membantu perusahaan
keluarga tersebut.
3
Yasmin
bangun pada waktu subuh untuk bersiap untuk ke sekolah. Dia juga mengejutkan
adik-adiknya yang masih diulit mimpi. Dia teringat akan petua neneknya tentang
mandi awal pagi untuk awet muda. Yasmin juga menyatakan rasa rindunya kepada
arwah neneknya yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.
Di
sekolah, Yasmin bertemu dengan dengan sahabat karibya, Fira. Mereka
berbual-bual sebelum perhimunan bermula. Perhimpunan bermula seperti biasa. Ada
slot khas bersama PK HEM yang sememangnya digeruni oleh semua warga SMK
Mahsuri. Ada kes tentang salahlaku pelajar, di mana PK HEM tersebut memanggil
seorang pelajar ke hadapan untuk dirotan. Seluar pelajar tersebut kemudiannya
terlucut dari pinggang, kemudian digelakkan oleh semua pelajar. Yasmin teringat
tentang peristiwa serupa yang berlaku kepadanya ketika bersama Ayesha di kedai
kasut.
4
Setelah
pulang dari sekolah, Yasmin berlatih piano untuk menghadapi ujian Piano Gred 4.
Kemudian dia ke kelas tambahan dan membantu Ayesha untuk menyiapkan kerja
rumahnya. Dia yang keletihan kemudiannya tertidur tanpa menyiapkan kerja
rumahnya.
Keesokannya,
Yasmin hadir ke sekolah seperti biasa dan bertanyakan tentang homework semalam
(yang rata-ratanya memang spesies tak siapkan homework jugak). Kelas bermula
dengan subjek Chemistry (kalau tak silap, Yasmin ni batch terakhir yang ambik
SPM dalam English.)
Waktu
rehat, dai menghabiskan masa bersama teman-temannya (sambil bergosip). Apabila
pulang ke rumah, sambal petai kegemarannya yang dimasak Aunty Dee ‘menyapa’
dirinya. Petang tu, dia akan pergi ke kelas tambahan bersama teman-temannya.
5
Yasmin
termenung sambil mengenang kembali alam persekolahannya ketika berada di
tingkatan satu. Dia bersekolah di Maktab Mahmud, sebuah madrasah yang sangat
popular di Langkawi. Ibu bapanya mahu melorongkan anaknya itu untuk cenderung
kepada mengenal agama kerana khuatir tentang budaya pelajar sekolah menengah
yang boleh kata hari-hari masuk paper.
Yasmin
memilih untuk tidak tinggal di asrama, sebaliknya mengulang ke rumah setiap
hari. Di sana, dia bertemu dengan Ana menjadi sahabatnya sepanjang di sekolah
tersebut. Ana juga tidak tinggal di asrama. Tamat saja waktu persekolahan,
mereka berdua akan tunggu di pondok bas setiap hari menantikan kehadiran ibu
bapa masing-masing. Yasmin berada di sekolah tersebut untuk tahun pertamanya
sahaja sebelum berpindah ke SMK Kelibang.
Di Maktab Mahmud jugalah dia bertemu dengan sahabat lelaki bernama Fakhrul.
Kedua-duanya belum bersedia untuk menjadi lebih daripada seorang kawan walaupun
sering berkongsi cerita. Sebab bagi mereka, menuntut ilmu dan mengejar
cita-cita tu lebih penting dan tak nak terlalu dibuai perasaan. Persekitaran
sekolah tersebut juga menghalang hubungan tersebut untuk wujud.
Fira
tiba di rumah tersebut, dan Yasmin bersiap untuk ke kelas tambahan Kimia. Dia
mula mengenang kembali zaman persekolahanya, berikutan dirinya yang dah masuk
senior year. Walaupun sekolahnya kini penuh dengan drama mata, hakikatnya zaman
sekolahlah antara memori yang paling berharga sepanjang hidupnya. Aunty Dee
menghantar mereka berdua ke tempat tuisyen, dan diambil oleh Encik Johan.
Yasmin mencadangkan ayahnya untuk makan nasi bujang di sebuah kedai sekiranya
berkelapangan. Setibanya di rumah Fira, Encik Johan pesan supaya
berhati-hatiketika berjalan untuk elak daripada kala jengking. Pernah berlaku
peristiwa di mana ayahnya mengalihkan kala jengking di tanah rumah tersebut
(dan tidak membunuhnya). Barulah Fira sedar dari mana datangnya sifat penyayang
Yasmin terhadap haiwan.
Malam
tu, Encik Johan membawa mereka sekeluarga untuk makan nasi bujang. Sambil
menunggu, masing-masing bertukar cerita tentang pelbagai isu.
6
Paper
Add Math yang merupakan exam terakhir mereka bermula. Dia banyak berselawat
sebab terlupa formula untuk selesaikan soalan tersebut. Beberapa soalan
terakhir ditinggalkan tanpa sempat membacanya.
Secara
rasminya, mereka pun merdeka. Fira mengajaknya untuk makan kerana bimbang
Yasmin akan pitam seperti sebelum ini sebab tahan lapar. Sebenarnya, Yasmin
menyimpan wang untuk membeli hadiah hari lahir Fira.
Yasmin
mula dapat demam teruk sehingga tidak dapat lagi hadir ke sekolah sehingga cuti
sekolah bermula. Satu hari, dia meminta Aunty dee memasakkan sambal kerang.
Yasmin sebenarnya tak suka seafood, yang entah kenapa seleranya berubah. Dia
juga allergic terhadap makanan-makanan kegemarannya. Sikapnya juga mula
berubah, lebih mudah marah dan stress.
7
Puan
Saz mengarahkan anak-anaknya untuk mengemas beg, kerana mereka melancong ke
Pulau Pinang. Demam Yasmin juga berkurangan.
Setelah
bersiap, semuanya (kecuali Aunty Dee) bertolak menaiki Feri ke Kuala Kedah.
Setelah dijemput saudara mereka, Yasmin menukar pemdakap giginya kepada warna
pink dan hijau di Alor Setar. Kemudian mereka terus ke Pulau Pinang.
Mereka
singgah di hospital kawan Encik Johan yang ketika itu sedang sakit. Tetapi
keadaanya semakin sihat. Encik membawa mereka sekeluarga ke Bukit Bendera.
Yasmin ada menyatakan yang dia sangat benci terhadap ulat. Petang tu, mereka
makan nasi kandar dan menonton wayang di Gurney Plaza pada sebelah malam.
Keesokannya,
membawa anak-anaknya ke Muzium Permainan, dan makan di restoran makanan Jepun.
Tempat lain yang dilawati termasuklah Padang Kota. Mereka pulang keesokan
harinya kerana Yasmin akan menghadiri kelas tambahan.
8
Yasmin
menghadiri kelas tambahan seperti biasa, dan lepak di rumah Fira apabila ada
masa senggang. Fira bertanyakan tentang kertas exam yang mereka berdua gunakan
untuk revision tempoh hari. Yasmin sekadar mahu Fira menyimpannya, tanpa perlu
memulangkannya. Mereka juga sering menyiapkan projek Add Math bersama-sama.
Mereka
juga berbincang tentang Junko Furuta, kisah perempuan Jepun yang sangat
menyayat hati. Kisahnya dibaca dibaca oleh mereka berdua sepanjang waktu gap
tersebut. Yasmin juga berbincang tentang isu ini bersama ayahnya ketika dalam
perjalanan pulang dari sekolah.
Setelah
pulang ke rumah, Yasmin membantu Aunty Dee memasak. Encik Johan turun ke dapur
untuk memaklumkan kepada Yasmin bahawa Ayesha akan berkongsi bilik dengannya
kerana usianya yang semakin meningkat. Sebelum ni, Ayesha berkongsi bilik
dengan Zharif. Yasmin menolak kerana mahukan privasi. Dia kemudiannya mengadu
kepada Aunty dee tentang hal tersebut. Sebenarnya, dia tak mahu adiknya itu
sepah-sepahkan barangnya. Aunty Dee sekadar menyatakan adiknya masih
kanak-kanak. Yasmin merajuk.
Dia
menelefon Fira untuk ke rumahnya. Jam menunjukkan sekitar 11 malam. Katanya,
dia akan datang bertiga bersama temannya yang lain.
Jam
12 malam, Yasmin masih tak kelihatan. Fira mendapat panggilan daripada Yasmin.
Tetapi, suara tersebut bukanlah suara Yasmin. Fira dikhabarkan tentang Yasmin
yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
9
(Start
dari bab ni, cerita ni tak lagi mengikut kronologi.)
Muiz
pelik sebab yasmin memerhatikannya dengan panfdangan yang tajam. Aunty Dee
bertanya, kenapa Yasmin menangis. Dias yak Fakhrulyang membuat gadis itu moody
semacam. Tetapi Yasmin menafikannya.
Setibanya
di rumah selepas membeli barang, Aunty Dee kembali memerhatikan Yasmin yang
tidak lagi menangis. Seleranya juga berkurangan. Dia juga tak banyak bercakap.
Yasmin bertanya tentang kerang yang sepatutnya dibeli oleh Aunty Dee, tapi dia
terlupa. Yasmin memandang wajah Aunty dalam-dalam. Aunty Dee kehairanan. Yasmin
terlanggar meja berat di ruang tamu secara tak sengaja sebelum dia naik ke
bilik. Tindak-tanduknya yang pelik tu menjadi tanda tanya kepada Aunty Dee.
11
pagi. Puan Saz menghantar Yasmin ke kelas tambahan. Yasmin tak banyak bercakap.
Selepas ditanya oleh Fira, Yasmin sekadar menyatakan yang dia ternampak gambar
Fakhrul dengan perempuan lain. Yasmin sebenarnya cemburu.
Yasmin
berehat di rumah Fira sementara menanti ibunya yang masih shopping bersama
teman di Kuah. Yasmin cuba untuk tidur, tapi fikirannya masih memikirkan banyak
perkara sehingga sukar untuk melelapkan matanya.
Puan
Saz masih membeli-belah di Kuah. Kawannya meminta untuk pilihkan kain batik
lepas, kerana memudahkan urusan sekiranya berlaku kematian. Kain batik lepas ni
selalunya digunakan untuk tutup jenazah. Puan Saz kemudiannya bergegas ke rumah
Fira sebelum jam 3 petang.
Yasmin
terjaga, kemudian menangis. Fira bertanyakan kenapa, dan Yasmin menjawab dia
tak mahu ambil SPM. Yasmin memerhatikan bingkai gambar dirinya dan Fira di
bilik tersebut. Ibunya pun tiba untuk membawanya pulang. Matanya masih merah.
Dia
rumah, dia masih membisu. Yasmin turun dari biliknya, dan memandang wajah
pembantu rumahnya. Dia mengambil gelas dan minum air sebanyak-banyaknya kerana
tekak kering. Dia kembali memndang wajah Aunty Dee dengan pandangan yang sayu.
Kemudian, dia naik ke bilik.
Fira
menghantar mesej, mengatakan Yasmin tertinggal projek Add Math di rumahnya.
Yasmin pula memberitahu bahawa Fira boleh menyimpan projek tersebut.
Aunty
Dee memanggilnya untuk makan sambal petai. Yasmin tak berselera lagi untuk
menjamahnya. Dia juga kerap mundar-mandir dari bilik ke ruang tamu, dan
mengulang beberapa kali.
Petang
tu, dia menghadiri kelas piano pada jam 6.30 petang. Sebelum ke kelas, Yasmin
menghantar Muiz ke sekolah menggunakan kereta. Muiz kehairanan sebab gaya
Yasmin yang sekejap laju, sekejap perlahan.
Di
rumah, Yasmin masih tak dapat berhenti menangis dan berkurung dalam bilik. Jam
11 malam, dia turun ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Yasmin juga
berbalas mesej dengan Fakhrul untuk menjernihkan hubungan mereka. Encik Johan
ulang alik naik ke biliknya, dan Yasmin berasa hairan. Dia menjenguk ke
biliknya, dan ada dua buah katil.
Yasmin
masih tak setuju yang dia perlu berkongsi bilik bersama adiknya. Encik Johan
menengking Yasmin buat pertama kalinya selama dia hidup di muka bumi ni. Yasmin
yang masih terkejut terlanggar bucu meja di biliknya, dan alat kosmetiknya
terjatuh di lantai. Anak sulungnya itu terus meningglakan rumah tersebut
sebelum sempat ayahnya menghabiskan leterannya. Muiz cuba mengejarnya.
Yasmin
pergi ke rumah kawannya yang ada berhampiran taman perumahannya. Muiz pulang ke
rumah setelah gagal menjejaki kakaknya. Yasmin memberitahu Fira bahawa dia akan
ke rumahnya. Yasmin meminta kawannya di taman perumahan tu untuk hantar dia ke
rumah Fira, tetapi abang kepada kawannya itu sedang menggunakan motor.
Kebetulan
pula Yasmin terserempak dengan dua lagi rakannya, Hazwani dan Afipah yang
sedang membeli burger. Dia meminta mereka berdua untuk menghantarnya ke rumah
Fira. Yasmin ada menghantar mesej kepada Fakhrul bahawa dia akan ke rumah Fira
sebab bergaduh dengan papanya. Fakhrul memujuknya untuk pulang, tapi Yasmin
masih berkeras.
11.40
malam. Disebabkan hanya Yasmin yang tahu lokasinya, maka Yasmin menjadi penunggang
motor sambil dibonceng dua lagi rakannya. (Hazwani dan Afipah merupakan kawan
Yasmin di SMK Kelibang dulu. Diorang ni mungkin memang tak kenal Fira). Afipah
memberitahu ibunya bahawa mereka bertiga akan ke rumah Fira.
Sebuah
van merempuh motor tersebut, dan ketiga-tiganya terpelanting. Saksi mengatakan
dia ternampak Yasmin tercampak ke bahu jalan, kemudian memangkunya.
Sebuah
gelas terlepas dari tangan Encik Johan, lalu pecah. Puan Saz mula rasa gelisah
sebab biasanya tu tanda berita tak baik. Jam 11. 50 malam, Puan Saz terjaga
dari lenanya. Aunty Dee masih berniaga di kafe. Telefon bordering. Jiran mereka
menelefon Aunty Dee untuk memaklumkan tentang kemalangan yang melibatkan Yasmin.
Hanya
Muiz yang sanggup melihat Yasmin di tempat kejadian. Aunty Dee hanya
memerhatikan dari jauh. Puan Saz tak lagi mampu berdiri. Encik Johan kesal dan
memohon kemaafan daripada Yasmin.
10
Fakhrul
mendapat panggilan daripada Yasmin. Namun, suara di sebelah sana bukanlah suara
Yasmin. Dia memberitahu bahawa Yasmin telah meninggal dunia. Fakhrul kesal
kerana bermasam muka dan tak dapat menerima sikap cemburu Yasmin. Fakhrul
teringat kembali kenangannya bersama Yasmin.
Fakhrul
pernah keluar bersama Yasmin yang ditemani Ayesha. Kadangkala dia singgah di
kafe Pantai Cenang. Yasmin juga sebenarnya tidak pernah keluar rumah seorang
diri melainkan dihantar oleh ibu bapanya ataupun Aunty Dee.
Fakhrul
merupakan pelajar Maktab Mahmud di Langkawi, satu batch dengan Yasmin. Dia
hanya memerhatikan Yasmin dari jauh. Pada pertengahan tahun, dia mendapat
tawaran ke MRSM. Sejak tu, mereka terputus hubungan sehinggalah bertemu semula
di Facebook. Yasmin yang menunggu di perhentian bas selepas tamat sekolah
sebenarnya diperhatikan oleh Fakhrul sejak dulu lagi.
Jam
10 malam, Yasmin menuntut penjelasan daripadanya tentang gambar tersebut.
Setelah menerangkannya, Yasmin membisu. Sekali lagi Yasmin mesej, memaklumkan
dia akan ke rumah Fira. Itulah mesej terakhirnya.
Selepas
kemalangan, Fakhrul pergi ke hospital bersama keluarganya, dan menziarahi Encik
Johan dan Puan Saz di rumah Yasmin.
11
(Start
bab ni, takde lagi cerita berkisar tentang kematian Yasmin, kecuali bab akhir.)
Muiz
dan Yasmin yang tengah khusyuk main ‘doktor dan pesakit’ dipanggil oleh Aunty
Dee untuk makan. Yasmin bercita-cita untuk jadi doktor membantu orang. Semakin
dia dewasa, minatnya lebih cenderung kepada guru muzik. Tapi itu tak bererti
dia tak dapat membantu orang.
Sejak
kecil lagi, Encik Johan dan Puan Saz telah mendedahkan Yasmin tentang isu dunia
luar. Yasmin juga didedahkan tentang Palestin, dan mengapa seluruh dunia
mempertahankannya. Kesukaran yang mereka alami mendorong dirinya untuk membantu
mereka. Walaupun bukan dengan kepakaran sebagai doktor, Yasmin berharap dia
boleh menyumbang sesuatu.
Mungkin
ramai tak tahu, Yasmin ni sebenarnya banyak memperjuangkan Palestin di alam
maya. Kadang-kadang dia juga berdebat dengan ramai orang untuk menyatakan
pendiriannya untuk mempertahankan kesucian Islam.
******
(Ada beberapa bab lagi, tapi saya simpan dulu la review untuk bab tu. Kalau ada request, saya akan consider untuk tulis. InsyaAllah.)
*UPDATE 25 DISEMBER 2014*
~ ada permintaan daripada seorang pembaca bernama Afiqah untuk sambungan sinopsis bab seterusnya. So, saya sambung taip balik kat sini. Maaf lambat ye Afiqah.
12
Yasmin akan mendudukii ujian piano Gred 4 hari ini. Beliau akan memainkan lagu Sicilienne dan Allegretto. Antara sebab utama beliau menghadiri kelas piano adalah untuk mendapatkan sijil kerana beliau mahu menjadi guru atau jurulatih muzik.
Ketika memainkan lagu kedua, music sheet beliau terjatuh.berterabur, dan peristiwa tersebut mengingatkan beliau tentang sebuah kisah misteri yang dikaitkan dengan piano. Sebuah lagu yang dikatakan akan 'menghantui' jiwa manusia yang mendegarnya, sekaligus mendorong mereka untuk membunuh diri. Yasmin juga sering memainkan lagu itu.
Lagu tersebut ialah 'Szomoru vasarnap' atau 'Sad Sunday', yang dicipta oleh Rezso Seress pada 1933. Lagu ini melambangkan kesedihan komposernya yang baru ditinggalkan oleh kekasihnya, Beliau juga pernah membuat cubaan untuk membunuh diri selepas mendapati tunangnya meminum racun setelah mendengar lagu ini. Satu per satu jiwa warga Eropah membunuh diri ketika lagu ini dimainkan di sisi mereka. Akhirnya lagu ini diharamkan di televisyen dan radio di Eropah. Versi terbarunya dikenali sebagai Gloomy Sunday.
Yasmin mengutip semula kertas-kertas yang terjatuh tadi dan sambung untuk bermain muzik tersebut sehingga habis.
*****
Yasmin bertanya kepada ayah beliau, tentang susahnya hidup sebagai pelajar. Encik Johan memberi analogi bahawa hidup ni macam lebuhraya. Kalau jalan tulurus, pemandu akan mudah rasa mengantuk dan lalai. Beliau juga menerangkan, Allah sentiasa menangguhkan doa kita. Kalau tak dapat di dunia, Dia akan beri di akhirat.
Firaun bongkak dan takbur keranaAllah tak pernah beri dia sakit. Kemewahan yang dia ada membuatkan dirinya berasa seperti Tuhan. Dalam kesenangan ada perangkap, dan dalam kesusahan ada kenikmatan.
EncikJohan menerangkan segala kesenanganyang kita ada ialah kerana adanya elektrik. Seperti tamadun hari ini, Lembah Bujang juga ada pembangunan, tetapi tak maju seperti kita. Elektrik juga membantu manusia dalam urusan seharian seperti komunikasi dan teknologi. Dan elektrik ini wujud kerana adanya magnet di bumi. Seandainya magnet ini rosak, hancurlah segala kemjuan yang manusia hadapi hari ini. Hakikatnya, magnet ini mampu dirosakkan dengan satu perkara - perang nuklear.Kita akan hidup seperti zaman dahulu, bertepatan dengan hadis nabi. Kerosakan di bumi ini adalah hasil tangan manusia itu sendiri.
13
14
15
Yasmin hadir ke kelas seperti biasa, dan pembelajaran padahari tersebut ialah fiqh islamiyah berkenaan nikah dan talak. Yasmin ada bertanya kepada ustazah beliau tentang mengapa Palestin tidak mundur. Ustazah tersebut menerangkan Islam hadir dalam keadaan dagang, dan berakhir dalam keadaan dagang. Kita, sebagai orang Islam lebih suka untuk menyendiri. Orang Arab yang mahu merdeka daripada Turki. Jordan mahukan kerajaan sendiri. Orang Islam ditentang oleh orang Islam sendiri dan berpecah-belah.
Walaupun rakyat Palestin hidup di negara sendiri, tetapi mereka ditentang oleh Zionis dan ada antara rakyatnya yang menjadi pengkhianat. Zionis merupakan ideologi atau pemikiran, seperti komunis dan syiah. Fatah merupakan parti politik yang mahu membebaskan Palestin dengan mengadakan perjanjian bersama Yahudi, manakala Hamas juga merupakan pertubuhan politik, tetapi tidak mahu terikat dengan sesiapa. Apa yang berlaku pada hari ini, semakin banyak perjanjian yang berlaku, semakin kecil negara tersebut.
Selepas rehat, kelas 5ST1 akan belajar subjek sejarah. Menurut gurunya, Melaka ditawan oleh Portugis pada 1511. Dan satu ketika dahulu, Melaka merupakan empayar Islam yang besar di Asia Tenggara. Melaka juga mempunyai banyak teknologi canggih seperti meriam dan senapang dan pistol. Kelas seterusya merupakan kelas bahasa Inggeris, tetapi guru beliau tidak hadir dan meninggalkan 'homework' untuk mereka.
14
Yasmin dan Fira berbual-bual tentang rakan sekolah mereka yang suka dengki dengan orang lain. Yasmin memberi analogi tentang singa yang melintas hutan diam tanpa mengaum sudah cukup untuk membuatkan haiwan lain terdiam, dan orang yang dengki itu seperti anjing yang menyalak di bukit.
Yasmin juga menceritakan perbualannya dengan ayah beliau tentang orang yang berhati busuk. Katanya, orang yang berhati busuk seperti menyimpan pisang di dalam beg. Seminggu kemudian, pisang tersebut akan busuk. kalaulah tiap-tiap hari kita menyimpan perasaan benci terhadap orang lain, yang menerima kesannya sebenarnya diri kita sendiri.
Yasmin mula merakam dirinya bermain piano lagu 'Hurt' oleh Christina Aguilera. Dia akan memainkan lagu tersebut pada hari kokurikulum Julai nanti. Malam itu,dia rasa sukar untuk tidur, dan susu kotar di peti sejuk telah habis. Dia membuat keputusan untuk membaca buku motivasi.
Tiba-tiba Yasmin menjerit-jerit memanggil ayahnya. Ada ulat di lidah Yasmin, dan ayah beliau menyuruhnya untuk meludah ulat tersebut.Yasmin tersedar dari mimpi, dan mimpi itu merupakan mimpinya yang ketiga. Yasmin menangis. Dia membuat keputusan untuk solat sunat pada jam 3 pagi itudan meminta untuk diampunkan dosanya.
Pagi itu, Yasmin menonton History Channel berkenaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. P.Ramlee telah berlakon dalam 66 buah filem, mengarah 35 buah filem, menulis skripuntuk 34 buah filem, dan menghasilkan 360 buah lagu. Pada penghujung hayatnya, hasil karya beliau tidak lagi dihargai oleh rakyat tempatan, kerana mereka lebih gemar filem-filem barat dan hindustan. Setelah pemergiannya, barulah karya-karyanya disanjung tinggi.
Yasmin juga sebenarnya pernah bermain piano milik P. Ramlee di rumah peninggalan beliau.
15
22 Februari 2012. Yasmin menerima hadiah daripada ibu beliau sempena hari lahirnya yang ke-17. Dan papa beliau mendoakan dirinya menghampiri JUMAAT. J- Jujur. U - Unggul. M - Matang. A - Adil. A - Amanah. T - Tempat bergantung.
Yasmin juga sering mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus di Youtube. pendekatan yang dibawanya sangat berbeza dengan pendakwah-pendakwah lain. Namun beliau tidak membuat kuliah di Langkawi. Kisah pertemuan Puan Saz Encik Johan juga ada diceritkan dalam bab ini. Sebuah pertemuan yang menjadi sebab kenapa dirinya dapat melihat dunia ini. Bayi yang bernama Yasmin itu diharpkan masa depannya seharum namanya. (Nama Yasmin berasal daripada perkataan Jasmin, sejenis bunga. Namanya dalam bahasa Melayu ialah Melati).
Semasa kecilnya, wajahnya yang agak kebaratan lebih ketara berbanding ketika dia remaja. Yasmin juga digelar 'Bean' kerana suka menonton 'Mr. Bean'. Disebabkan pernah melecur, Encik Johan dan Puan Saz mengambil keputusan untuk menggaji Aunty Dee untuk menjaganya. Ini antara sebab mengapa Yasmin sangat rapat dengan Aunty Dee.
16
Yasmin tewas dalam pertandingan catur di SM Teknik Kangar. Puan Sazmemberi galakan untuk beliau mencuba lagi. Yasmin pernah mewakili sekolahnya dalam peringkat daerah. Yasmin akan bertembung dengan lawannya yang tidak dikenali, membuatkan dia rasa takut. Uncle Azmi, guru caturnya membuat gambaran tentang ayam daging. Ayam daging, kalau dilepaskan ke luar sangkar pun akan berusaha untuk memasuki ke dalam kawasannya semula. Ayam tersebut tahu bahawa dirinya tidak mampu untuk terus hidup di luar sangkar. Dia tidak sedar bahawa dia akan disembelih. Dan situasi ini berbeza dengan ayam hutan.
Yasmin mendapat tempat keenam pertandingan catue MSSD Langkawi Kategori Perempuan Bawah 18 tahun pada 2011.
17
Setelah talkin habis dialunkan, Puan Saz kelihatan merah mukanya menahan pilu. Ada dalam beberapa ratus orang turut hadir di majlis pengebumian itu.
Seorang wanita berumur 30-an mengajar Yasmin untuk bersyahadah sambil kepalanya dipangku di riba. Yasmin mengikutnya perlahan-lahan. Akhirnya, Yasmin kembali menemui-Nya. Muiz yang ada di situ hanya mampu menangis. Di Hospital Langkawi, Fira dipanggil untuk membuat pengecaman. Dua mangsa lain ialah Nor Hazwani Mansor dan Nor Afipah Ainaa. Fira dapat mengecam Yasmin melalui pendakap giginya.
Keesokannya, Muiz memegang tangan kakaknya. Sejuk. Puan Saz menanti kehadiran puterinya di masjid. Tidak lama kemudian, Encik Johan memaklumkan kepada Puan Saz bahawa dia akan membawa jenazah Yasmin pulang. Setelah dimandikan dan dikafankan, Yasmin dikebumikan tidak jauh dari masjid tersebut.
Menurut imam yang bertugas, beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat majlis pengebumian yang dihadiri oleh ramai orang selama dia tinggal di situ. Beberapa petanda oleh arwah yang tidak dapat ditafsirkan sebelum ini kini menjadi memori untuk mereka.
TAMAT
*****
Yasmin kembali ke rahmatullah pada 3 Jun 2012. Hari ni dah genap dua tahun, dan kisahnya masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia, khususnya masayarakat Islam. Disebabkan dia tersangatlah famous dan tinggal di Langkawi, ada yang menggelarkannya sebagai "Legenda Selepas Mahsuri".
Seperti Yasmin, saya juga merupakan generasi kedua berdarah kacukan. Kami juga minat dengan piano. Antara sifat ketara beliau ialah pendiam dan kreatif. Daripada pemerhatian saya, Yasmin jugak ada personality trait yang juga sama dengan saya, iaitu Perfect Melancholy.
For some reasons, this girl reminds me of the legendary Natrah yang satu ketika dulu pernah mencipta sejarah di Alam Melayu.
Fanpage di Facebook 'rasmi' beliau ialah Territory Yasmin J Hunwick, yang diuruskan oleh Cik Miss.
Dalam novel tu jugak ada gambar-gambar arwah sewaktu masih hidup. Gambar-gambar beliau yang masih kecil (memang nampak macam anak orang putih) sehinggalah beliau berusia 17 tahun.
Ada beberapa kisah yang dikaitkan dengan arwah selepas beliau pergi. Katanya, ramai yang pernah jumpa arwah dalam mimpi. Buku ni ada kongsikan dua cerita.
1. Ada kakak kepada kepada kawan arwah ni taklah begitu mengenali beliau. Kakak ni bukan jenis bertudung.
Satu hari tu, dia tengah borak-borak dengan siapa entah. Waktu tu dalam 2.30 pagi. Habis je borak dengan orang tu, henfon dia berbunyi. Nama yang tertera.kat henfon tu ialah YASMIN J. HUNWICK. Peristiwa ni berlaku beberapa hari selepas arwah meninggal dunia. Yang peliknya, dia tak save pun nombor arwah sebab tak kenal pun siapa beliau. Lagi pelik la bunyi ringtone tu ialah alunan zikir nasuha, yang obviously takde pun dalam henfon tu. Tapi kakak ni takde la angkat call tu sebab ketakutan.
Apa-apa pun, peristiwa ni sedikit sebanyak mengubah diri beliau. Dengar cerita, dia dah start bertudung.
2. Ada juga yang tidak mengenali beliau, tapi pernah jumpa dalam mimpi. Katanya, arwah nampak tenang je. Tersenyum bila nampak si pemimpi tu. Tapi arwah Yasmin tak cakap apa-apa la. Dia bagitau kepada Puan Saz, bahawa dia sekadar terpandang gambar batu nisan arwah kat blog beliau, dan tak pernah kenal pun sebelum ni. Wallahualam.
Itu je yang dapat saya kongsi untuk kali ni. Boleh tinggalkan komen kat bawah ni kalau ada apa-apa yang nak dipesan kepada saya. InsyaAllah saya baca.
Until them, Assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment