3 Oktober 2013, 6.46 pm

2007, Form 5

"Best la dia kan. Dah takyah ambik SPM." kata saya.
Kawan saya gelak. Yang lain diam.
"Betul la, kan?"
Semua yang dalam kereta tu masih membisu.
Bercelaru, barangkali.

Betullah, sebab orang tu dah takde.
Memang takyah ambik SPM.
Kami pun baru pulang dari kubur, selepas hadir majlis pengebumian.
Kawan satu kelas, kenal sejak Form 1.
Mati ni bukan kira umur.

Dan ini yang membuatkan saya terfikir.
Kalau satu masa nanti kita semua akan 'pergi',
apa erti hidup sebenarnya?
Apa sebabnya kena ambik macam-macam jenis exam
-UPSR, PMR, SPM?
Kenapa kena struggle for all these?
Bukannya boleh bawak pergi alam sana pun.

Waktu tu, apa je qualification yang ada,
harta sampai tujuh keturunan tak habis,
semua tu macam daun-daun yang berguguran atas tanah je.

Apa ertinya hidup, kalau pengakhirannya tetap kematian.
Belajar atau tak belajar, kerja atau tak kerja,
kita tetap bakal jenazah.

Lama saya termenung ke luar tingkap kereta.
Fikirkan pasal nasib hari-hari yang mendatang.
Yang juga ketakutan dalam masa yang sama.
Membayangkan peritnya sakaratul maut.


"Aku tak nak mati."



*****

Kami teruskan hidup macam biasa.
Masih riang ria gembira macam tak ada apa.
Suka ketawa dengan volume macam halilintar membelah bumi agaknya.
Walaupun SPM dah dekat-dekat selekoh sana.
Cumanya, cara saya melihat kehidupan tu dah berbeza.
Masih terbayang-bayang dengan soalan yang tak terjawab tu di kepala.

Saya mula gila baca buku "True Singapore Ghost Story" oleh Russel Lee.
Jadi hantu buku kepada buku-buku hantu yang saya pinjam daripada sepupu.
Mostly kisah-kisahnya berkisar tentang kejadian paranormal di Singapura.
Makin suka tengok cerita hantu - walaupun penakut orangnya.

Saya nampak kematian tu mengerikan.

Still, saya masih tak jumpa apa itu erti hidup.

*****

Setahun berlalu sejak kematian sahabat kami.
Saya menyambung pengajian di utara tanah air.
Semuanya atas dasar 'nak lari daripada takdir' kononnya.

Antara UIAM dengan KMK, saya TERPAKSA pilih KMK.
Tamau pilih UIA sebab ada nama 'Islam' kat situ.
(Time isi borang UPU secara online, saya TAK PERASAN pulak saya pilih Asasi Sains Fizikal kat UIAM sebagai pilihan pertama. Dapat pulak tu)
Saya bukan 'orang baik-baik', 'stok budak masjid', 'ninja' atau 'golongan ustaz-ustazah'.
Dan agak sensitif la dengan perkataan 'Islam' ni.
Dah terbayang dalam kepala,
bebudaknya pun mesti pakai tudung labuh dan kopiah.
Ini culture shock namanya.

Lagipun, saya minat kat subjek Fizik dan Matematik
Bukan agama Islam.

Sanggup meredah highway beratus kilometer jauhnya pergi KMK dengan slogan "Asal Bukan 'UIAM".
Lain yang saya nak, lain yang saya dapat.
Kita boleh merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.
Siapa sangka, kat situlah saya dapat hidayah.

Dan tentang soalan yang berputar ligat di kepala,
saya dapat jawapannya di utara sana.

Hidup kat sini, macam ladang je.
Kat sini kita bercucuk tanam.
Kat akhirat sana nanti baru kita tuai.

Kematian tu bukanlah penghujung kisah-kisah kita.
Tapi sebagai pintu gerbang untuk kita ke alam sana.

Allah tak cipta bumi dan makhluk ni dengan sia-sia.
Tapi Dia bagi banyak sangat peluang kat kita untuk buat kebaikan.
Bina bangunan, walaupun nampak bersifat keduniaan, boleh je jadi amal dan bekal.
Tak kira la kerja apa pun, jangan pandang tu sebagai keduniaan je.
Waktu tu, baru saya faham maksud "jangan belajar untuk exam semata-mata".

Hidup ni bukan sekadar habis belajar, gaji besar, kumpul harta, kawen, mohon skim rumah pertamaku, beranak, dapat payung emas, mohon skim rumah keduaku, etc etc.

Hidup ni ada erti, kalau kita letakkan Allah sebagai prioriti.

To:
all my dedicated teachers,
my loving family members,
and my dearest friends,

Thank you,
for helping me finding the true meaning of life.




2 Oktober 2013, 5.34 pm



Antara kelas/kuliah pagi dengan petang (subjek yang sama), nak pilih waktu mana?
Saya? Konfemlah waktu pagi.

Dan selalunya, kelas pagi tu banyak tempat duduk kosong.
Sorang demi sorang masuk. Jam dah masuk 8.20 pagi.
Masalahnya yang datang lambat ni berkereta dan motor.
So, apesal lambat jugak?

Ni la perangai buruk student kita.
Burn subuh semedang. Subuh dinosaur.
Kalau TER takpela jugak
Tapi TER tu dibawak-bawak dari sekolah menengah sampai naik tahun 4 kat universiti.

Setiap hari saya berjalan kaki ke kelas.
Maksud lainnya, kena keluar bilik 10 minit sebelum kelas mula.
Sebelum tu pulak kena mandi-mandi dulu, sarapan, dan macam-macam lagi.
Tu pun sebab kolej dekat je dengan fakulti
Sempat pun beli dan baca khabar hari-hari.
Kalau lagi awal, sempat je solat dhuha.

Pagi tu, penuh dengan macam-macam aktiviti, kalau pandai manage masa.
'KALAU'.

Time nak keluar bilik, lalu kawasan bilik air. Nampak coursemate bertepek krim pencuci muka dengan berkemban guna tuala.
Lelaki dengan perempuan pun satu spesies je.

Kadang-kadang terserempak dengan coursemate yang jenis awal kat tepi jalan.
Pastu pergi kelas sama-sama.
Boleh bilang dengan jari la orang yang jenis datang awal ni.

Saya bukan budak pandai. Saya budak pakai PTPTN je.
Yang memang konfem kena bayar termasuk interestnya.
Pernah mohon JPA tapi tak dapat pergi interview pun sebab minimum requirement for matriculation result kurang 0.01. Buat rayuan pun tak lepas.
Grad dari universiti pun CGPA tak cecah 2.80 pun.

Ya, saya bukan budak genius 4.00 flat semedang.
Tapi saya boleh hidup dengan berpegang pada prinsip.


*****

Saya pernah terfikir jugak.
Kalau sekarang tak jaga disiplin, tidur lewat, bangun lambat,
camne time kerja nanti?
Tak ke naya namaya kalau dibawak sampai ke tua?
Mungkin gaji beriban-riban,
poket penuh sampai nak berlubang,
tapi mana 'nilai sebenar' diorang?

*****

Kita lebih senang nak ingat Tuhan time susah.
Tapi lagi sadis la kalau time senang dengan susah tak ingat Tuhan.

Ingat kat Allah ni bukan la bererti sembahyang non-stop tak tinggal sejadah siang malam.
Apa-apa jenis kerja pun boleh jadi ibadah kalau diniatkan untuk Allah.
Yang penting, disiplin.
Kalau rasa tiap-tiap malam main game, marathon citer Korea, berjiimba-jimbi dan study last minute (time esoknya ada exam), cuba fikir balik kenapa parents kita travel jauh-jauh nak hantar kita kat IPT.
Dan ingat, bukan semua orang dapat masuk IPT.

Kita yang terbaik berbanding semuanya, dan kitalah umat yang terbaik berbanding sebelumnya.

Ignorance is a choice.

23 September 2013, 12.50 am

"Jangan jadi macam akak. Suami akak dah tinggalkan akak selama-lamanya. Masa tu barulah akak sedar, kenapa Allah tu jadikan manusia ni berpasang-pasangan"

"Tapi kak, saya.. Saya terluka sangat ni kak"

"Luka tu kita boleh rawat. Kecuali mati. Jangan biarkan luka tu makan diri Syaf. Sekarang ni macam ni la Syaf. Syaf jangan terlalu memikirkan sangat. Sekarang ni kita fikir untuk jangka masa yang panjang. Kita janganlah tengok apa yang ada kat depan mata kita."

~ Sebenarnya, Saya Isteri Dia! episod 12



Seriously, episod ni la yang buat mata saya basah. Rasa sedih sangat bila masing-masing (Firash & Syaf) salah faham pasal kes fitnah tu. Dan bila tengok Firash menangis, lagilah saya tak tahan nak meraung. Bukan senang nak runtuhkan ego seorang lelaki.

Dan entah kenapa, saya mula gila tengok drama ni minggu lepas. Saya bukan minat sangat pun drama Melayu sebelum ni (kecuali Nora Elena. Yang tu memang best.) Masa bersiaran kat slot Zehrah TV3 tu tak sempat tengok sebab duduk UTM, dan tak de tv. Nak mendownload drama pun internet kat UTM pun slow sangat, sampai jadi malas. Nak mencari wifi pun dah satu hal. So, bila Kampung Girl mula ganti SSID, saya pun makin rajin bukak tv tengok drama Melayu. Yang best je la. Banyak je drama Melayu tak best. Lepas habis je tengok drama ni, baru saya faham kenapa penonton cerita ni boleh mencecah sampai 11 juta orang.

Congrats tu penulis novel, Zura Asyfar sebab tulis cerita ni sampai tahap bestseller. Saya ada baca sikit, tapi tak habis-habis. Novel tu sangat-sangat tebal. Saya habiskan dramanya dulu sebelum mula baca balik novelnya, sebab tak sabar nak tau ending dia. Cuma ada sikit perbezaan la versi novel dengan drama. Overall, saya suka cerita ni.

Until then, Assalamualaikum.

17 September 2013, 12.34 pm



Looking back, dah dekat enam tahun rupanya sejak habis paper Bio waktu SPM 2007. Last paper yang saya ambik sebelum merdeka. Saya masih ingat yang saya 'melukis' di cermin tingkap (guna habuk yang berkumpul) di sebelah meja saya sementara menanti pengawas peperiksaan kata "masa dah time".

Keluar je dewan, hilanglah segala macam beban yang saya tanggung selama bergelar pelajar sekolah. Dan saya bukanlah pelajar sekolah berasrama, dan hari-hari mengulang dari rumah ke sekolah - naik bas, naik basikal atau mama atau abah hantar. Tiap-tiap hari  bawak bekal popiah sardin yang mama masak sepanjang musim SPM.

Saya dan kawan-kawan lain berjumpa untuk kali terakhir, sebab lepas ni, kami tak lagi pakai baju sekolah ni la. (Kalau tak ambik STPM. Kalau ambik STPM pun kena masuk sekolah lain.). Sungguh, rasa tak percaya sangat zaman sekolah dah habis. Baru je hari tu masuk sekolah ni. Masa bergambar untuk gambar tingkatan satu dulu, kaki saya tak cecah tanah pun time duduk atas kerusi. (Saya sangat-sangat kecik). Lepas Form 3 ketinggian saya naik mendadak. Dan baru je hari tu mula kenal diorang ni, kalau dulunya muka budak, Form 5 ni muka dah lain. Ada juga yang dah tinggalkan lebih awal buat selama-lamanya.

Hidup ni, sifatnya sementara je. Dah sampai masa untuk move on.


Sesuatu yang anggap dah berakhir, sebenarnya sebuah permulaan kepada sebuah kisah yang meleret dan dipanjanglebarkan sampai enam tahun berikutnya. Saya mula belajar mengenal diri, dan hakikat sebenar kehidupan.

~~

Entri ni stop kat sini sekejap. Tulis panjang-panjang pun jenuh nak baca.

(Sebenarnya saya nak tulis benda lain, entah kenapa terbabas pulak jadi lain. Haha. InsyaAllah, entri ni ada sambungannya.)

Until then, Assalamualaikum.

31 August 2013, 12.03 pm

Haven't updated much lately. Dah terikut-ikut perangai senior-senior yang dah grad tu. Hahaha.
Habis je zaman UTM, blog pun bersawang. Kind of sad la. Sebab kita bina blog pun atas usaha sendiri yang bukan sehari dua. Ramai sebenarnya yang jadi silent readers. Tapi bloggers tu sendiri pun ikut silent.

Anyway, while looking for stories to share, saya teringat pasal belakang rumah saya yang ada padang bola tu. Tiap-tiap petang dalam 6.30 pm, orang start main la. Kadang-kadang saya lepak kat belakang rumah, tengok sunset. One of the wonders of the world. Dan itulah permandangan biasa sejak kecik.



I've been living here since four or five years old or so. Sebelum tu ada pindah-pindah rmah jugak, but still in Klang. Rumah yang saya duduk ni tahun 1970-an lagi dah wujud. Rumah peninggalan arwah atuk dan opah (sebelah arwah abah). My Opah is pure Chinese. tapi jadi anak angkat kepada pasangan Melayu kat area Kampung Kundang, which is near to pantai Morib. So, technically she is Malay yang berdarah Chinese la. My pakcik and makcik (adik-beradik arwah abah) pun mukanya nampak Cina. Same goes to their children - my cousins, including my own self. And yes, I'm proud of myself. Not because of I'm "different" but because I'm "unique".

Then I travel to north and south sithin these five years. Belajar tengok dunia. Belajar budaya orang. Belajar tukar selera makan dan belajar tukar loghat/slang. Dan itulah perjalanan saya, yang Allah pilih untuk kenal Dia. Looking back, dah banyak sangat perubahan yang berlaku. I lost many things, and I gain something else.

Until then, Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...