19 Jun 2013, 11.11 pm

"Kak, ni hah barang saya"

Dan kakak tu terbeliak.
"Semua ni adik punya? Banyaknya!"

Ada la dalam8  biji kotak semuanya. Kotak-kotak yang nak diangkut balik rumah.
My family tak dapat ambik saya kat UTM.
Sejak abah takde, memang takde siapa yang jenguk saya kat UTM.
Masa mula-mula kami datang Johor ni pun, abah yang drive.

Tapi tu semua cerita lama.

Nak tak nak, kenalah guna express courier.
Yang servis saya pakai tu, sekilo = RM3. Hantar ke mana-mana je kat Semenanjung Malaysia.

Kotak tu pun ditimbang atas dulang timbang.

"80 kg."

Berat gila. Saya mula congak dalam kepala. 80 kg X RM 3...

"RM240 la" kata akak tu.

Saya senyum je. Senyum kelat.
Kesian pulak kat mama dengan abang.
Susah payah bank-in duit dalam minggu lepas.
Habis saya dah merantau jauh, nak buat macam mana.

Tapi akak tu pesan (atau lebih tepat, akak tu berbisik)
"Adik, nak lagi murah tak?"

Saya tenung akak tu. Apasal kakak ni bisik?
"Kalau adik nak diskaun lebih, adik datang petang ni. Dalam pukul 6 atau 7"

Saya pandang kawan saya.
Dia yang tumpangkan barang-barang saya dalam kereta dia.

"Adik datang je la petang ni. Tapi jangan cakap kuat-kuat. Takut orang dengar."


Dan petang tu, dalam pukul 7, saya datang sana balik.
Tunggu akak tu. Kotak-kotak lain dah habis angkut guna lori.
Lori apa, saya tak tau sebab takde kat kejadian waktu tu.
Apa yang ada depan saya, cuma koak-kotak saya. Dan akak tu pun hilang sekali.
Kat luar pulak ada lori angkut motor-motor yang nak dipos.

10 minit lepas tu, akak tu pun datang.
Dia dengan bos dia naik kereta.
Beli air kat Arked K9 agaknya.
Lepas tu abang tu bagi air bungkus kat pekerja-pekerja yang angkut barang tu.
Akak tu pun terus jumpa saya, mintak alamat.
Saya pun tulis.

"Ni lah budak yang I cerita tu."
Saya pandang akak tu, lepas tu tengok bos dia.
Budak apa pulak ni..

"Oh.. Ni rupanya..Asal mana?"
"Klang, Selangor"" jawab saya.
"Kat mana? Meru"
"Kampung Delek."
"Kanan ke Kiri?"
"Kampung Delek Kanan"

ZAP!! Sah orang ni pernah masuk Klang. Maybe orang Selangor jugak.

"Tadi akak ni cas berapa? RM240 ye?"
Saya angguk sambil senyum.
"Abang bagi diskaun 50% la"

Laju je kalkulator dalam kepala buat kira-kira.
RM120? HUISHHH!!! Biar betul!!

Lepas tu abang tu pun jenguk pekerja dia angkut motor tadi.
Saya masih menulis alamat rumah atas sekeping borang.

"Akak cas RM100 je la".

Saya pun tercengang. Speechless.
RM240 jadi RM100.

Selepas buat pembayaran, saya tanya akak tu,
"Kakak, kenapa saya dapat diskaun? Kenapa saya je?"

"Akak selalu nampak awak pergi beli makanan tiap-tiap petang. Jalan kaki je sorang-sorang."
Tapi memang betul pun.
Bila jam tepat je 5.30 petang, saya pun keluar dari bilik, pergi K9 untuk dinner.
(saya spesies makan awal. 6 petang tu dinner.)
Nak pergi K9 dari S05, kena lalu depan Pusat Kaunseling, turun bukit, lalu tepi Dewan Sri Perdana, lalu tepi Azah, Scholar's Inn, restoran Pak Lah, court basket ball, court sepak takraw dan sampai K9.
Kaunter express courier ni kat tepi Dewan Sri Perdana. Rupanya akak ni nampak saya hari-hari.

"Lepas tu akak pun cerita kat abang tu, tiap-tiap petang akak nampak adik. Semalam kan adik ada jumpa dia kan?"

Semalam saya jumpa akak ni kejap la, nak tanya esoknya (which is today) kaunter bukak lagi ke tak.
Kebetulan pulak abang tu ada sekali. Tapi saya tak berapa ingat pun muka dia.
"Abang tu pesan kat akak, kalau esok adik datang sini, abang tu bagi diskaun banyak. Tu yang adik dapat diskaun"

"Tapi kenapa abang tu bagi diskaun kat saya?"
"Jiwa dia memang macam tu dulu. Bila dia perasan seseorang tu "unik", memang dia akan tolong orang tu"

Subhanallah.

Kotak-kotak saya pun diangkut dalam lori yang ada motor tadi. Katanya malam ni sampai KL. Esok lusa dah sampai rumah, insyaAllah.


Benda macam ni meamng tak jumpa dalam kelas matematik.Dunia dibina atas dasar logik. Semuanya ada aturan. Ada hukum alam. Sunatullah. Tapi bukan semua benda kat dunia ni kena fikir ikut rasional. Dan apa yang saya lalui hari ni, memang tak masuk akal langsung. Dan waktu ni lah saya sedar, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita. Rezeki tu kat tangan Dia. Dan hati tu Allah yang pegang.


18 June 2013, 3.17 pm

Dah masuk 18 Jun rupanya.
Dah masuk pertengahan tahun 2013.
Tarikh ni takde apa makna pun nak dikenang.

Tapi tarikh 17 Julai (sebulan dari sekarang) la yang lebih saya ingat
Yang kekal terpahat sampai bila-bila.



"Raya nanti balik sendiri ye. Abah dah tak boleh ambik lagi lepas ni."
~ 11 Julai 2010



"Abah dah takde..."
~17 Julai 2010

12th June 2013, 12.12 pm

Dah boleh bernafas balik. Haila..
Dah lebih sebulan kot tercungap-cungap nak sedut udara.
Sebab SEMUA exam dah habis kat UTM.
I mean, no more exam for me.
Officially dah habis exam, tapi belum habis degree.
Sebab tak hantar tesis lagi. Dan ada assignment yang belum hantar (haha).
Lecturer saya memang baik la.
Nak hantar assignment pun katanya before 18 Jun - which is after exam.
Sebab dia nak key in maklumat lepas tarikh tu.
Dan kami pun boleh fokus kat exam 100%.

Dan pasal tesis tu, actually, my final project tu tak jadi.
Yes, memang tak jadi time demonstration.
And my grade will with C+.
Bukan gred yang saya risaukan.
Sebab saya fokus nak lulus je.
Tapi lepas sikit-sikit penambahbaikan, dapat jugak dua output.
It's better have something than nothing, kan?
Sebab ada la jugak isi nak cerita for Result and Discussion.

But I'm glad la semua ni dah nak habis. Dah penat pun dengan dunia akademik.
Tak merancang langsung nak sambung master.
Sebab nak jadi engineer takyah ambik master pun.
Kecuali kalau nak jadi engineer lepas tu lecturer la.

Anyway, tolong doakan saya habiskan semua ni cepat-cepat.
 Tak sabar-sabar nak balik kampung.
Oh, Ramadan pun dah dekat, kan?
Boleh buka puasa dengan family kali ni.
Tahun lepas saya buka puasa sorang-sorang kat rumah baru time LI.
Sunyi gila. Memang sayu la..

Dan cakap pasal LI.. My adik-adik Tahun Tiga tu start LI Isnin lepas.
Saya sangat-sangat sebak bila last jumpa one of them kat Arked K9.
Dia beli ayam penyet. Kami peluk kat tengah orang ramai.
(Dia sama jantina dengan saya la.)

Dalam on the way balik bilik tu, saya tak boleh berhenti menangis.
Sebab kami pun tau, tu la kali terakhir kami jumpa kat UTM.
Time konvo nanti pun (entah boleh datang atau tak) memang bizi dengan family.
So, nak jumpa diorang pun konfem susah. Entahlah.

And I guess perpisahan tu memang selalu berlaku.
Saya datang UTM pun dalam keadaan saya sedar yang saya takkan ada kat sini sampai bila-bila.

So, buat adik-adik tersayang, just in case la kita tak dapat bersua muka lagi,
I love all of you.
Take care.
Assalamualaikum.

12062013:1231:end

16th of May 2013, 3.42 pm

"You pun kalau tengok background saya, you pun terkejut."
Saya diam.
"Dulu, lepas zaman sekolah, saya tak dapat A pun."
Saya sengih.
"Dulu saya sekolah teknik je. Duduk belakang kelas. Main-main"
Saya tekun mendengar.
"Kawan-kawan saya yang duduk depan, semua pergi US."
"Saya pun ambik diploma. Sebab main-main time sekolah, kan? Dan saya saya menganggur setahun. Langsung tak kerja"
"Lepas setahun, saya ada dengar JPA nak hantar budak-budak belajar oversea untuk degree. Saya try mohon. Tu yang saya dapat fly."

Saya senyum.

"Lepas habis degree, saya buat master kat sini."
"Sini? UTM?" tanya saya.
"Hah. Saya second batch kat UTM yang ambik master. Sebab polisi kata nak sambung master kena kat Malaysia. JPA ke luar negara dibekukan."
"Habis master, saya sambung PhD kat luar"

Rajinnya la lecturer ni merantau...

"Manusia boleh berubah. People do change."
Saya diam.


"Sekarang ni, apa you kena buat, just submit the CV or drop the resume. Jangan risau sangat pasal pointer. Yakinlah rezeki tu Allah yang bagi."
"Saya ada kawan kat UK dulu. Kerja dia main gitar je. Bila balik Malaysia, dia mintak kerja dengan company besar. Tapi sebab dia ada Scottish accent (slang atau loghat orang Scotland), company tu suka. Terus dapat kerja. tu la rezeki dia."


Dan entah kenapa, dah hujung-hujung zaman belajar ni, kerja nak menangis je. tak siap FYP/PSM. Tak siap assignment. Presentation pun entah apa-apa. Kena hantar report. Dengan pointer rendah. Dan saya dah cukup letih dengan semua ni. Dah sampai tahap didih kata orang. Akhirnya mutiara jernih tu gugur titik demi titik saban malam.

Saya rasa terubat. Sungguh.Mungkin sebab saya suka masalah dalam hati, yang menjadikan saya lebih bermasalah mengalahkan zombie. Saya sangat-sangat perlukan sokongan, sebab saya sangat fragile.

Sekadar perkongsian, untuk awak, awak dan awak yang dah give up tak tahu nak pergi mana lepas ni.
Untuk awak, awak, awak yang tahun akhir, yang tinggal 'hari-hari terakhir' bergelar.mahasiswa.



29 April 2013, 6.28 pm




First time buat review untuk buku.
Especially my favourite author.



Anthem by Hlovate 

Cerita ni ada tiga bahagian – Hari-Hari Silam, Hari-Hari Selepas Silam dan Hari-Hari Sebelum Esok.

 Hari-Hari Silam

Nur Dania Dashrin binti Johari, atau Dash, berpindah sekolah ke Malaysia, selepas bertahun-tahun merantau ke luar negara bersama keluarga. Bapanya bertugas di bahagian kedutaan, dan pernah bekerja di Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika, dan India. Kiranya Dash ni Malaysian yang bukan made in Malaysia la. Disebabkan budaya kat Malaysia tak dapat terima apa yang dia ada, dia rasa tersisih yang sentiasa disindir masyarakat, baik pelajar mahupun guru.  Antaranya, pasal tudung la. Dia sorang je tak pakai tudung kat sekolah tu. Akhirnya, dia rasa terbuang di negara sendiri.
Tapi dalam ramai-ramai tu, ada je yang support dia dari belakang. Dash ada bakat dalam muzik – trombon, gitar, especially violin -  dan dia join macam-macam event, daripada yang kena kawad kaki tu sampai la ke orkestra di Istana Budaya. Dan dia cukup benci dengan dua orang – Sarjan Hamid dan Lee Hitler.  Dan dua orang ni jugaklah yang mengubah persepsinya terhadap masyarakat sekeliling. Tentang Islam.

Hari-Hari Selepas Silam

Selepas beberapa tahun tamat zaman persekolahan, Dash bertemu semula dengan Lee di Delhi. Yang juga sebenarnya ‘kampung halaman’ mereka berdua. Dash sedang menyambung IB di KL, pulang bercuti di india. Watak Haikal, adik Dash pun banyak dikembangkan dalam bahagian ni.  Setting bahagian ni mostly kat India, especially in Agra. Agra ada apa? Agra ada Taj Mahal. Dan banyak jugak la lagu Panggung Sabtu ‘berlagu’ sepanjang Dash kat sini.
Dash ada menyimpan ‘rahsia’ yang bertahun-tahun disorokkan daripada keluarganya, sehinggalah Haikal yang tak sengaja terlihat gambar Dash di Malaysia. Sejak tu, Dash yang ‘itu’ bukan lagi Dash yang membesar sebagai kakak dan juga sahabat karibnya.

Hari-Hari Sebelum Esok

Dash dapat peluang sambung belajar ke Aberdeen. Hlovate selalu buat cerita kat Aberdeen, kan? Dia pelajar sana ke? Saya rasa bukan. Anyway, Dash ke sana pun ke sana pun bersebab. Sebab ada Lee Hitler tu. They're  always together-gether, sampai secara tak rasminya, diorang bercinta. Sampailah timbul kegusaran dalam hatinya yang sekaligus meretakkan hubungan diorang. Dalam fasa kesedihan, Dash mencari kekuatan untuk mengamalkan apa yang dipegangnya secara sembunyi-sembunyi tu. Dan dia percaya, dia tak perlu mengikut apa yang masyarakat keliling kata tentang ‘normal’ kerana dia yakin apa yang dilakukannya adalah ‘betul’.


_my personal comment_
(SPOILER. Tak perlu baca kalau tak nak rasa spoiled.)

Apa yang saya tulis kat sini, sekadar pandangan peribadi. Boleh ignore mana-mana part yang tak setuju.

Buku ni, saya beli kat PWTC Sabtu lepas. (27 April 2013). Saya dengan adik saya keluar pagi-pagi buta ke stesen komuter dekat rumah saya. Sampai booth Jemari Seni dalam 10 pagi. Lengang je. Tapi saya terus sambar la buku ni dengan Hlovatinta, sebab takut habis. Memang plan nak gerak awal, sebab saya ada dengar sehari sebelumnya, orang beratur sepanjang-panjangnya semata-mata nak beli buku ni. Dan petang tu, buku Anthem pun habis stok. Untung la beli awal-awal..


Hlovatinta


Tulisan Hlovate kali ni ada dua jenis gaya penulisan. Zaman beliau menulis GT_i time sekolah dulu dengan time tulis Rooftop Rant. Saya bagi lima bintang la untuk Rooftop Rant , Versus, Contengan Jalanan.  Sebab jalan ceritanya agak unik. Pasal orang nak berubah jadi baik. Agak matang la ayat-ayatnya. Saya lebih suka mengulang-ulang buku ni berbanding 5 Tahun 5 Bulan, aA+bB, dan [tunas]. Kisah Anthem ni pun mula ditulis tahun 2007, dan disudahkan pada 2013. Boleh nampak la evolusi gaya penulisannya. Saya mula suka buku Anthem ni sejak Dash baca Syahadah al-Haq oleh ‘pakcik’ Maududi. One of the reason kenapa Hlovate ni best, sebab dia banyak kupas isu-isu masyarakat dan Islam.

Satu lagi, pasal quote. Saya cukup suka dengan quote yang ada dalam buku-buku beliau, especially in English la. Contengan Jalanan yang paling best dalam hal ni. Tapi Anthem, kurang quote. Bukan takde langsung, but I still love Contengan Jalanan. Rooftop Rant dengan Versus pun are not bad.

This story is not lovey dovey story macam Versus. More focus on kasih sayang antara adik-beradik. Between Dash and Haikal. Rasanya Haikal ni lagi banyak mention kot daripada hero cerita ni.

Dan dilemma Dash yang nak hidup sebagai seorang Muslim, memang banyak sangat cabarannya. Sebab dia tak dapat zahirkan keislamannya di hadapan ibu bapa, dan adiknya, sebab dia tiada kekuatan untuk menyuarakannya. Saya pun pernah hidup dalam situasi serupa, bila parents hantar saya jauh dari rumah untuk menyambung pengajian. Dan apabila pulang ke rumah, saya rasa takut sangat kalau-kalau ada family member yang perasan saya berwuduk untuk bersolat. Nak pergi surau untuk solat pun saya curi-curi keluar. Mengaji pun diam-diam, jangan sampai keluar suara. Even saudara-mara pun skeptik bila saya berbicara tentang Islam. Sebab kat mata diorang, Islam ni kolot. Ketingaalan zaman, dan yang sewaktu dengannya. Anthem ni agak dekat la di hati saya.

Fokus cerita ni pun pasal muzik. Dash terer main trombon dan violin. Sebelum ni Hlovate pun pernah tulis pasal muzik jugak, macam Contengan Jalanan. Fend dengan gitar Fender dengan K2 dengan dram. Tapi sebenarnya, kepada yang tak tau lagi, Hlovate pun pernah fokus cerita pasal violin dalam Schubert’s Serenade.  Cerita pasal Ju’a dengan Abang Shah. Adik-beradik yang lain mak dan lain bapak. Hah Kat bahagian glosari, ada cerita pasal violin.
Dan satu pesan saya, tolong baca 5 Tahun 5 Bulan dan Rooftop Rant. Kenapa? Sebab ada Jo/Ana, Along Serbia yang sarkastik tu, Amir (anak Jo +Along), Apeh (adik Along Afiq), Lekiu Luqman buaya tembaga berkarat(yang juga adik Bat atau Jebat Iskandar), Trisy, dan Jade. Kalau nak tau cerita diorang, khatamkan buku-buku ni dulu. Kalau tak, confirm blur apesal Hlovate letak ‘watak-watak baru’ ni. Dan semuanya di Aberdeen.  Dash sebenarnya ada hubungan dengan salah seorang daripada diorang ni. Siapa? Baca sendiri. ;)


5 Tahun 5 Bulan


Rooftop Rant



(Saya jugak mengharapkan kemunculan Ju’a dalam cerita ni. Tapi takde. Ju’a belajar kat Aberdeen kan?)

My last note, kenapa cerita ni bertajuk Anthem?  Bila saya baca sinopsis, saya ingatkan ‘anthem’ ialah lagu kebangsaan kita, Negaraku. Sebab dia travel banyak negara, kan? More like ‘cintailah negara kita’.Then my second theory kata anthem ni lagu Viopipe oleh Butterfingers, sebab lagu ni mengingatkan Dash kat masa silamnya yang dah lama dia tinggalkan. And I was so wrong. Ada satu lagi ‘anthem’ yang nilainya jauh lebih besar dalam hidup kita. ‘Anthem’ yang kita lagukan setiap hari tanpa kita sedar. Dan itulah ‘anthem’ kita yang dikongsi bersama masyarakat di ceruk mana dunia pun, dan juga seluruh alam umumnya. ‘Anthem’ yang dimaksudkan ialah syahadah.

Novel ‘Anthem’ berkisar tentang penghayatan kalimah syahadah. Syahadah yang kita lafazkan 9 kali sehari, yang disusuli dengan perbuatan kita sebagai Muslim.  Because action speaks louder than words. Syahadah bukan sahaja terletak pada kata-kata, tapi juga perbuatan. Ada je orang pakai tudung dengan short sleeve dengan legging. Bila ditanya tentang agamnya, dia akan kata dia Islam. Dia boleh melafazkan syahadah dengan sempurna. Tapi sangat berbeza dengan perlakuannya. Dan itu antara sebab kenapa syahadatul haq tak tertegak di bumi Allah, kerana Islam diambil juz’i-juz’i. Parts by parts. Antara part penting dalam cerita ni, masa kat Agra. Waktu Haikal dan Dash bincang hati ke hati tentang syahadatul haq.

So, my recommendation, beli la buku ni.Mintak orang belanja ke. Eheh.  First, sebab Hlovate tulis. Second, sebab novel ni yang paling tebal antara semuanya. Third, this story is more global la berbanding novel-novel sebelum ni.

And still waiting for the next story. Heh. *angkat kening double-jerk *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...