10 Januari 2013, 2.07 am
2009
"Lepas tu budak tu nak panggil waitress tu la.. Waitress tu kakak senior kat UTM.."
Satu family pandang saya, menanti kisah selanjutnya.
"Budak tu panggil, 'Ayang! Ayang!' Selamba badak je budak tahun satu tu panggil waitress tu Ayang"
Wajah abah dan mama dah sedia nak tergelak.
"Nak ayang! Nak ayang!"
Dan kawan sekelas di sebelah saya pun bantai gelak.
Dia menjelaskan, budak tu orang Terengganu.
Dia cakap nak mintak ayam. Bukan panggil Ayang.
Dan satu family saya ketawa.
Saya yang di luar rumah sebenarnya sangat pendiam.
Tapi saya yang di rumah memang banyak cakap.
Tak habis-habis melawak.
Dan bila dah start ketawa, memang tak sah kalau keluar air mata.
Saya tak nafikan, saya ni agak beremosi orangnya walaupun lelaki.
Keras kat luar. Nampak sombong. Orang nak dekat pun jadi takut.
Tapi saya agak ceria sebenarnya bagi yang dah kenal bertahun-tahun.
Memang ambik masa yang agak lama la nak 'open' hati ni untuk terima seseorang.
Hati ni bolehlah diibaratkan macam bawang, kata Kevin Hogan.
Berlapis-lapis.
Dengan stranger, lapisan tu sangat tebal, tapi tidak bagi orang yang rapat.
Ada kenangan masa lalu yang kadang-kadang buat kita terluka.
Sebab tu saya sangat berhati-hati bila berinteraksi dengan manusia.
Sebab kawan yang paling baik tu la yang mungkin merobek hati kita.
Dan bila saya dah menangis, benda ni boleh berlarutan sampai seminggu.
Memang sakit bila terluka.
Lapisan-lapisan hati ni la bertindak sebagai self-defense mechanism.
Nak melindungi diri kita jugak sebenarnya.
Dan saya memohon maaf seandainya saya terus dikutuk sebagai bersuara emas sebab pendiam.
Bukan sombong. Bukan berlagak boleh hidup sendiri.
Bagi insan yang sangat rapat dengan saya, mereka lebih kenal hati budi saya.
Kadang-kadang hitam gelap. Tapi selalunya warna-warni.
Followers
CBox
Total Pageviews
Blog Archive
My Blog List I
-
Cornetto Matcha Strawberry5 weeks ago
-
Sitara/Fatima2 months ago
-
Mohon Cinta2 months ago
-
Hari yang tak best6 months ago
-
Salam 1 Ramadhan6 years ago
-
sesekali menjenguk blog8 years ago
-
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun9 years ago
-
-
Berpindah10 years ago
-
Update MASRECA 1910 years ago
-
Bercuti ke Guilin, China (Silver Cave)10 years ago
-
-
Part 410 years ago
-
Pesanan Tuhan kepada pembawa fitnah10 years ago
-
When I’m Dancing - Meghan Trainor11 years ago
-
Laa Tahzan :')11 years ago
-
Lelong Sampul Duit Raya JDT murah11 years ago
-
Mitsaqan Ghalizah11 years ago
-
-
Wordless Wednesday11 years ago
-
-
HABBATUS SAUDA DAN KHASIATNYA12 years ago
-
-
-
-
memandang ke langit yang luas13 years ago
-
:: it's our 7months ::13 years ago
-
-
Benarkah Ku Merinduimu?13 years ago
-
-
Jom Follow-Mollow??13 years ago
-
mandi13 years ago
-
I'm Backk....14 years ago
-
-
Insulation Resistance Test14 years ago
-
-Bila Nikmat Tidak Kita Syukuri-14 years ago
-
-
-
-
kembali14 years ago
-
-
Mula atau Duka~14 years ago
-
ok! harini aku sgt rajin..15 years ago
-
HARAPAN SI WAJAH TUA15 years ago
-
ALEESYIA15 years ago
-
GIANT UTM MOUNTAINBIKE QUEST 201115 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Feedjit
29 Disember 2012, 12.14 am
Antara zaman paling best kat UTM ni,
zaman tahun satu dolu-dolu.
Kenapa?
Sebab waktu tu la kita paling kecik kat UTM ni.
Muka pun innocent habis. Fesyen baju pun skema.
Tiap-tiap Isnin pakai kemeja lengan panjang dengan tali leher.
Dah tahun 4 ni main tibai je pergi kuliah dengan t-shir ttakde kolar dengan sandal..
Siapa kisah pun, kan?
Ada undang-undang, poster "Patuhi Etika Pemakaian" pun bukannya ada perlaksanaan.
Anyway, balik cerita tahun satu dolu-dolu..
Disebabkan saya paling kecik, saya jugaklah yang paling manja. Hoho.
Zaman tu ramai sangat senior.
Senior lelaki yang rapat time tu pun ramai jugak.
Tapi antara yang saya ingatlah, antara peristiwa yang saya buat saya rapat dengan diorang,
masa awal semester 3, atau tahun 2 sem 1.
Arwah ayah saya pergi meninggalkan kami lima beranak.
Dan saya anak yang paling jauh dari panguan keluarga.
Dalam keadaan saya yang agak kesunyian, saya mula mencari teman seberang jalan.
Sebab waktu tu saya kat S10, KTC dan diorang semuanya duduk S05.
Kat situ la tempat saya habiskan masa sepanjang Tahun 2.
Kongsi cerita dengan naqib saya, dinner ramai2 dengan diorang, buat pesta durian, etc.
Senior yang tak berapa kenal saya pun mula ajak saya bersembang.
Macam Abang Firdaus Abdul Rahman, dia cerita pasal nasibnya yang agak serupa dengan saya.
Sama-sama takde ayah.
Dan Abang Azim Fahada, yang kongsi cerita pasal pemergian adiknya.
Ada masa tu, saya temankan dia siapkan hardware PSM sambil tolong bancuh Vico.
Saya tukang basuh cawan la.
Zaman tu jugak baik sangat degan mentor saya, Abang Taufik.
Sebab beliau la saya jadi photographer.
Masa Tahun Satu takde la rapat sangat dengan beliau.
Kadang-kadang berselisih masa pergi surau. Dia tumpangkan dengan RXZ dia.
Dan bila teringat diorang, saya pun bukak balik folder-folder lama yang tersimpan dalam external hard disk.
Gambar saya memang kurang. Sebab saya yang tangkap gambar.
Ok. Tinggal satu sem je. Lepas ni join geng alumni.
No more student chapter. Sekarang pun dah terasa tua bila duduk sebelah budak Tahun 1.
Pemikiran saya dan mereka dah jauh berbeza. dah ada jurang.
No more kebudak-budakan.
Saya tak rasa malu untuk katakan saya dah dewasa.
Natural Cure
12.37 am, 29 Disember 2012
26 Disembe 2012, 3.57 pm
Dan tamatlah presentation unuk sem ni..
Ya, presentation untuk PSM.
Malam ni nak cuti study jap.
Dah tak lalulah pandang PSM lama-lama.
Oh, kena hanar repot sebelum cuti hujung sem.
Dan yang ajaibnya, hari ni jugaklah semua jenis simulaion siap.
Daripada tak tahu apa-apa semlam, model sampai jadi jugak pagi ni.
Haha.
Saya memang minat nak belajar OrCAD PSpice tu.
Tapi bila bila tengok kawan2 dah advance gila2, saya rasa rendah dii.
Segan nak betanya. Malu tak kena tempat.
Pesan panel tadi,
"Awak kena speed up. Awak boleh buat sebenarnya."
Ada orang lahir sebagai morning glory.
Ada jugak yang jadi late bloomers.
Tapi dua-dua junis bunga pun nak kembang mekar.
Oh, akhir-akhir ni asyik sebut pasal bunga je.
Masuk bilik kawan-kawan pun cerita pasal bunga je.
Ada apa dengan bunga?
Cakap pasal bunga...
Saya ada borak dengan kawan masa matrik dulu baru-baru ni.
Saya kata,
"Untunglah jadi bunga. Ada je kumbang nak kejar"
'Bunga' tu reply,
"Kumbang senang memilih. Bunga takut terpilih."
Natural Cure
4.07 pm, 26 Disember 2012
23 Disember 2012, 11.05 pm
Tak aci!!
Time study week je, satu wing kosong. KOSONG!!!
Malam-malam tu, lampu bilik saya je yang menyala.
Tadi ada jugak nampak bebearpa family datang ziarah anak diorang kat UTM ni.
Dan sepanjang saya kat UTM ni pun, family saya memang tak pernah jenguk.
Kecuali time hantar saya ke UTM, sekali masa first day tahun1 dan first day tahun 2.
Sejak abah tak ada, memang family saya tak jejak lagi tanah selatan.
Dan sejujurnya, memang timbul rasa cemburu.
*****
Study week atau study leave sepatutnya untuk STUDY.
Tapi minggu ni la lecturer mintak macam report dan assignment.
Kononnya nak prepare kan pelajar before entering da exam hall.
Tapi assignment tu satu bab je. Exam keluar 10 bab. Tak relevan.
Kepada lecturer kat IPT mana pun, tolonglah jangan seksa student sampai ganggu study week kami.
Nak jugak rehat sebenarnya. Otak tepu dengan macam-macam masalah.
Dan PSM saya, saya kena present Rabu ni. Sehari lepas cuti Krismas.
Slide pun tak buat lagi ni. Hee.
Dan projek saya, saya pun kupas detail kat sini lagi.
Lepas present nanti la saya bukak cerita ni.
Exam start 5 Januari. Sabtu minggu lagi satu.
Habis 16 Jan. Tapi ada HTGYE sampai 19 Jan.
So, saya balik lepas 19 Jan. Mungkin 19 Jan dah ada kat Klang malam tu.
Dan pergi ke satu lagi destinasi.
Yang tak pernah saya jejakkan kaki ke sana.
Yang jugak mungkin ubah hidup saya untuk beberapa tahun akan datang.
Wallahualam.
Kalau ada, adalah, Kalau takde, Dia lebih tahu.
Natural Cure
11.19 pm, 23 Disember 2012
22 Disember 2012, 10.51 pm
Hari ni nak cerita pasal alam maya..
Alam blogging.
Nama samaran bloggers bukan main pelik-pelik.
Yang hakikatnya tak pernah berjumpa kat alam realiti.
Followers sampai beribu-ribu pun bukan kenal muka diorang, kan?
Dan kehidupan kat realiti tu takkan sama dengan alam maya ni.
Kat sini la buat ramai kawan, tapi kat luar sana kita cari sahabat.
Kat blog bukan main pandai menconteng dan pandai kondem, rupanya kat luar social recluse.
But we can't blame people. Jangan hukum diorang.
Sebab kita tak berdiri kat tempat mereka.
Kita manusia biasa yang masa silamnya tersangatlah serabut.
Dan ada juga blogger yang dah lama menghilang.
Yes, I miss some of them.
Bila baca kat reading list kat Blogger, dah tak timbul lagi nama-nama blog yang selalu singgah.
Bila check balik, rupanya blog tu dah dipadamkan.
Atau masih ada blognya, tapi kali terakhir diupdate ialah 8 bulan lepas.
Punyalah bersawang dan beranai-anai. Mesej terakhir yang dihantar pun masih tak berbalas.
Masa awal penubuhan blog, seminggu sekali mesti update.
Tapi sekarang...
Timbul pulak seribu satu tanda tanya.
Mana diorang menghilang?
Teori:
- Writer's block. Otak dah tepu dengan jem strawberi.
- Study.. Study.. Assignment.. Assignment.. Report.. Report lagi.. Zzzz
- Dah graduate. No more 'kekuatan' dan komitmen.
- Dah kerja. Nak citer pasal apa? pasal kerja?
- LAZY
- Takde wifi
- Laptop hilang, laptop kena format
- Seronok main game
- Dunia kat luara sana lagi best
- Exam
- Fail exam.
- PSM
- sakit. Either blogger tu atau sedara mara.
- Dah kahwin. (?) Segan kot nak citer pasal alam perkahwinan. Heh.
Dan banyak lagi.
Dan fikir lagi sekali, blogger pun insan biasa kan.
Dan agak sukar untuk bagi komitmen sepanjang masa kat alam maya ni.
Mungkin, satu masa nanti, saya akamn masuk dalam senarai The Missing People ni.
Kepada awak yang menjadi mentor dan bagi inspirasi untuk jadi penulis,
saya masih singgah blog awak tiap-tiap hari,
tunggu awak reply mesej saya,
dan sangat-sangat menanti entri terbaru awak.
dan tinggalkan komen yang panjang berjela.
and I miss those time,
when we're still younger and kebudak-budakan,
penuh kesalahan tatabahasa dan grammatical error,
walaupun dah bertahun masuk usia mengundi,
dan ada antara kita
yang bakal menjengah alam dewasa.
Natural Cure, 11.27 pm

