Sekitar bulan April 2008, jam 12.40 tengah hari.
Dek kerana bosan, saya terus membuka televisyen.
Rancangan Wanita Hari Ini di TV3.
Ada sesi temubual bersama pelakon sebuah filem.

Filem apa ni? Tak pernah lihat pun pelakonnya.. Barangkali dari seberang.
Kemudian keluarlah trailer filem tersebut - AYAT-AYAT CINTA.

Saya tersenyum. Tiada tajuk lainkah?
Bunyinya jiwang sangatlah..

Hati saya tiba-tiba terpaut untuk terus menonton sesi temubual ini.
Pada akhir rancangan itu, video klip lagu terbaru Rossa dialunkan.

Saya mula melayari internet, dan cari lebih banyak maklumat tentang Ayat-Ayat Cinta.
Merupakan hasil novelis Habiburrahman El Shirazy. Nama yang sangat asing bagiku.
Pada zaman ini, saya suka bahan bacaan Inggeris.
Jarang-jarang baca bahan bacaan Melayu.

*****

12 Ramadan 1429H.
12 September 2008.
Jumaat
Alor Setar.

Saya berjalan-jalan di sekitar Alor Setar, sewaktu zaman matrikulasi.
Kemudian singgah ke kedai buku Popular.

Saya dan Bilal berjalan ke arah rak buku bahasa Melayu.
Saya pun tersenyum lebar.

Sebuah buku merah jambu, dipenuhi bunga ros di kulitnya.
Tulisan tajuknya berwarna biru.

"Hang baca buku camni ka?" tanya Bilal.
"Belum pernah.."

Kemudian Qayyuum pun datang.
"Wei.. Tolong carikan buku AYAT-AYAT CINTA.. Orang cerita buku tu best.."
Dia tidak sedar tanganku sedang menggenggam buku tersebut.

Qayyuum terkejut.
"Tak sangka kau pun baca buku camni.."

Kami berdua beli buku tersebut.
Dan saya terus membacanya.

Hampir sepanjang waktu saya habiskan untuk baca novel ini.
Sebenarnya, inilah novel islamik pertama dalam koleksi saya.
Mengisahkan tentang kesucian Islam dan amalannya dalam kehidupan seharian.
Watak Fahri dilihat begitu sempurna mengamalkan Islam, tidak goyah walaupun pelbagai dugaan menghalang.

Dan bahagian yang paling menarik ialah percintaan dalam Islam.
Aisha "melamar" Fahri, dan hasil istikharahnya, mereka bernikah, dan kisah romantis mereka mula mekar.

Di hujung kisah tersebut, saya menangis.
Akhirnya Maria temui cintanya, dan juga cinta kepada Allah.

2 Ramadan telah berlalu, dan saya masih teringat kisah ini.
Pada pandangan saya, novelnya lebih baik daripada filemnya.
Kerana filemnya hanya mengadaptasi 80% kisah asal, dan 20% agak mustahil untuk dilakonkan kerana seakan-akan sebuah "mimpi", menurut pengarahnya.

Saya mula membaca lebih banyak karya-karya islamik, seperti Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, Salju Sakinah, Warkah Cinta Berbau Syurga, Tautan Hati dan Bumi Cinta (juga daripada Habiburrahman El Shirazy).

Sekali lagi, mimpi yang sama kembali menerjah.

Kali ini aku berada di sisinnya, ketika ajal menjemputnya.
Aku sempat berbisik di telinganya untuk mengucap.
Dan abah pergi..

Sejak abah tiada, ajal terasa lebih dekat denganku.
Bila-bila masa kita pula akan menyusul.
Banyakkan ibadahl selagi sempat.
Itulah bekalan yang mampu membantu kita.

Semoga pemergian orang tersayang membuka lebih banyak "mata hati".
Supaya kita sedar tentang kehidupan dunia dan akhirat.
Allah lebih dekat dengan kita, lebih dekat daripada segala-galanya.

Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita pergi.


Sabtu lepas, saya dengar lagu ni dalam IKIM.FM.
Rasa tersentuh..


Senandung Anak Pejuang

Pada kemanisan sekuntum senyuman

ada kelunakan tutur perkataan
agar terlukis warna kerinduan
terkenang ayah jauh di rantauan

Ayah selalu tiada disisi
tinggalkan ibu menjaga kami
terkadang tiada khabar berita
namun ibu tak pernah berduka

Sesekali hati rasa cemburu
melihat teman semuanya berayah
bermanja bermesra kasih berpadu
hidup gembira tiada gundah

Tidak tertahan menanggung rasa
kepada ibu segera bertanya
kemanakah ayah sekalian lama
hingga kini belum menjelma

Ibu tersenyum di dalam sayu
senyumnya tawar tiada indah
mungkin batinnya berlagu sendu
bila anak rindukan ayah

Tiada memujuk ibu berperi
gugurnya rambut menyusun kata
ayah pergi menabur bakti
membela agama nusa dan bangsa

Entah mengapa, mimpi semalam kembali bertamu.
Sering nampak wajah-wajah keluarga.
Aku rasa gembira mereka berada di sisiku.

Kemudian terpandang anak kecil itu.
Wajahnya muram ketika abah pergi.
Seolah-olah dia faham abah sudah tiada.

Brown, satu-satunya kucing yang kami bela.
Setiap kali sebelum aku tidur, aku akan buka sedikit pintu bilikku.
Selalunya dia akan datang ke bilikku pada waktu malam.
Kemudian lompat ke katil, dan tidur bersamaku.
Dia suka tidur di hujung katil.

Mimpi-mimpi ini menzahirkan kerinduanku kepada keluarga.
Seolah-olah aku telah merantau bertahun-tahun.
Ramadan ini yang paling ganjil pernah aku rasai.
Ramadan yang mengajar aku tentang kehidupan.


Aku pernah membesar di syurga itu.


Kakiku kembali menjalar ke hujung katil.
Terasa sesuatu.
Eh, bulu? Terasa lebat. Kenapa ada bulu atas katil ni?
Bulu apa ni?

Kenapa Brown kat sini?

Lampu telefon bimbit dihala ke sana.
Aku tersenyum.
"Sweater rupanya.."

Abah menjemputku ke dalam kereta, dan pandu.

Aku dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas menaiki bas dari UTM.
Entah apa yang aku bualkan dengan abah, aku tak ingat.

"Allahuakbar! Allahuakbar!"

Aku terjaga. Rupa-rupanya aku dibuai mimpi.
Mungkin aku keletihan, dan tidur selepas sahur.
Entah macam mana, terasa dekat sangat dengan abah..

Hakikatnya, abah dah takde lagi untuk menemani hidupku.
Inilah realiti. Kadang-kadang terasa kejam.
Hatiku tak habis-habis dirobek.

Terlalu banyak yang aku kesalkan..

Inilah realiti.


Dalam solat terawih, nampak muka abah je.
Tak khusyuk lansung hari ni.

Benar, kata orang, jiran-jiran boleh tengokkan keluargaku.
Saudara-mara pun ada.
Ada sahaja kuih-muih dan wang yang dihulurkan kepada kami.

Bukan itu yang aku risaukan.
Bukan material yang aku fikirkan.

Tempat abah, tiada siapa dapat ganti.
Duit ialah duit.
Tapi abah ialah abah.

Aku nak pulang..
Aku nak tengok Mama, abang Am, Annas dan Anis..

Kalaulah aku sempat pulang nanti, adakah kami masih berlima?
Sanggupkah aku menerima khabar perginya seorang lagi ahli keluargaku..

Aku nak pulang..
Aku nak jumpa semua..
Takut tak sempat..

Setiap detik, kita lebih dekat dengan kematian..

Kepada semua pembaca,
seandainya anda mengenali saya,
dan saya pernah bersalah dengan anda,
saya mohon seribu kemaafan..

Abah.. As minta maaf..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...