"Abah dah takde"

Saya menaip ayat yang sama, dan hantar kepada berpuluh-puluh sahabat.

Ini antara respons mereka.

1)Munzir Musa
Inna lillahi wainna ilaihi raji'un.. Sabar ye acap. Moga tabah..

2)Nur Atikah Shaari
Salam. Banyakkan bersabar, jaga mak tu elok-elok.. Takziah dari ana..

3)Mohd Nor Kamal
Innalillah..... sabar k ashraf. Banyak-banyak la beristifar.

4)Norabella Harun
Innalillahi wa inna ilahi rajiun

5)Puan Zurinah
Innalillahiwainna ilaihirajiun. Cikgu ucap takziah pada ashraf sekeluarga. Tabahkan hati. Kita yang masih hidup kena terus berusaha.

6)Siti Juwairiyah Ali
Takziah Ashraf. Tabah ye. Allah sayang kan abah. Banyakkan doa kirim untuk ayah. La tahzan.

7)Puan Hanizan
Innalillahiwainnaillahirojiun. Takziah buat Ashraf sekeluarga. Kita doakan semoga roh ayah awak dicucuri rahmat-Nya dan tergolong dalam kalangan hambanya yang beriman. Amin. Pagi ni awak urus bawa balik jenazah? Kebumi di Kampung Delek kan? Sabar ya Ashraf. SMS cikgu alamat rumah awak.

8)Abang Luqman
Innalillah..

9)Abdul Qayyuum
Innalillah. Acap. Sabar Cap. Doa banyak-banyak untuk abah ko. aku mintak maaf.

10)Sabhi Wajdi
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. Banyakkan doa n ayat al-Quran

11)Nur Hazirah Abu Bakar
Sabar ye..

12)Mohd Fikri Mahazar
Sori.. wei.. banyakkan bersabar ea..
Cap ko banyak-banyak bersabar ea.. banayak-banyak sedekahkan al-Fatihah..

13)Abang Muhammad Arif Ahmad
Innalillahi wainnailaihiraaji'un.. Semoge rohnya berada di kalangan orang-orang yang soleh n mendapat tempat yang mulia di sisi-Nya. Takziah kepada Ashraf sekeluarga. Bersabar n tabahlah menerima ujian ni kerana semakin sayang Allah kepada hamba-Nya, semakin banyak ujian yang menimpanya.. Yang pasti, kita juga bakal menyusurinya. Al-Fatihah..

14)Ikram
Innalillahi wainnailahirajiun.. Daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali. Allah swt lebih menyayang ayah anta. Ana doakan semoga roh ayah anta ditempatkan bersama roh orang soleh. Ingatlah hakikatnya semua yang hidup pasti merasai mati.

15)Puan Subbamah
Ashraf I am so sorry. Be strong for your mother.

16)Abang Farid Johan
Inna lillahi wainnailaihi ro jiun. Dari dia kita datang, kepada dia kita dikembalikan.

17)( )
Kuatkan semangat Nat

18)Uzair Azmi
Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali, semoga rohnya dicucuri rahmat.

19)Lee Jun Wei
Im sorry :(

20)Dr Shahrin
Salam takziah daripada saya. Tak sah pikir benda lain. Uruskan jenazah dengan baik. Banyak-banyak bersabar dan doa agar roh ayah tergolong dalam orang yang beramal soleh. Pasal kuiz/kuliah, pensyarah tentu faham dan boleh tolerate

21)Ee Ying Joh
Arr? apa maksud ni?

Sorry ya~then u must b strong~jgn terlalu sedih~ayah u juga harap u hidup dengan gembira~

22)Abang Fadhlul Wafi
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..

23)Kakak Sabrina Risman
Salam. Takziah akak ucapkan pada adik ye.. Banyakkan bersabar.. Semoga ayah ditempat di kalangan para solihin.. Ingat, Allah sayangkan ayah adik..

24)Firdaus
Inna lillah, wa inna ialihi roji'un... sabar cap,sabar..

25)Abang Izmar Hafizi Omar
Ok. Terima kasih. Tabahkan hati. Kami doakan roh ayah acab dirahmati Allah.

26)Azim Mohd Sis
InnalillahiWainnalillahirrajiuun.. Takziah dari aku.. Sabar ek.. Setiap perkara berlaku pasti ada hikmahnye..

27)Nurul Iman Aminudin
Salam takziah dari ana untuk Ashraf sekeluarga.. Banyakkan bersabar dan berdoa mudah-mudahan roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.. Amin.

28)Chang Yun Ning
Im sorry 2 hear tis. Jgn terlalu sedih sgt, lepas menangis puas puas, kuatkan semangat semula..

29)Zulaika
W'salam... Innalillahirajioun. Semoga Allah merahmati rohnya...

30)Kakak Sayyidah Naffisah Mohd Jasni
Salam takziah. Maaf tak balas mesej semalam takde kredit. Dugaan akak kecil je berbanding As. Tingggal parut sket. But urs is forever. Moga cekal. Kadang-kadang tak menangis bukan bererti kite x sedey. As kuat!

31)Abang Aslam
Salam, takziah Ashraf. Semoga rohnya bersama orang-orang soleh. Amin.

32)Cecepfredy Tan
Salam Ashraf.. Awak banyakkan bersabar ye.. Bile ayah dikebumikan?

33)Nurul Azzyaty Jayah
Salam.. Takziah atas pemergian arwah.. Allah lebih sayangkan dia.. Banyak bersabar..

34)Izzah
Salam.. Takziah Ashraf.. Allah takkan membebani kita dengan ujian yang kita sendiri tak mampu pikul.. Ingat Allah selalu..

35)Abang Fathu Shufie
Sabaq..

36)Abang Wan Zubairie
Sabar eh.. Jangan terlalu sedih

37)Akhmal Rais Yang
Hah!! Innalillah.. Banyak-banyak bersabar ye Ashraf.

38)Hani Mohd Yunos
Abang As, banyak banyak sabar. Tuhan lagi sayangkan Pak Cu.

39)Amir Zaki Ayob
Assalamualaikum.. sorry 2 hear bout your lost.. Aku minta maaf sebab tak dapat datang.. n aku harap kau bersabar dengan dugaan yang Maha Esa beri.. Zainal kirim salam n sama2 kita berdoa agar ayah kau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah - Amir Zaki

20 Julai 2010, 21:15
40)Siti Balqis Mohd Najib
Takziah ea wat anta sekeluarga.. Sampaikan salam kat mama.. Harap, dapat tabah dan bersabar.. Setiap yang hidup tu pasti akan mati.. Ana doakan ketenangan arwah abah diterima di kalangan orang-orang mukmin.. InsyaAllah..


Ramai rupanya yang kenal saya.. Zaman sekolah menengah dulu rasanya rapat dengan 5 orang je.. Sebenarnya ramai lagi yang kenal saya. Tapi tak kisahlah dapat mesej atau tak. Yang penting, sokongan semua...
Jutaan terima kasih kepada semua.. Saya sangat-sangat memerlukan tiang yang kukuh andai jasad kaku ini rebah menyembah bumi..
Terima kasih...

Ashraf Bin Nazlan

Nak taip SMS, rasa memenuhkan inbox handphone kalian..

Banyak sebenarnya nak cerita..
Terima kasih sahabat-sahabat yang sanggup mendengar luahan hati saya..

Di sini saya nukilkan sebanyak mungkin maklumat untuk dikongsi bersama kalian, tentang abah.

Label "Another Side, Another Story" ialah kisah yang diceritakan kepada saya, ertinya saya tidak ada pada waktu dan tempat kejadian. Mungkin ada perkara yang saya sendiri tak berapa pasti, kerana ia kisah yang disampaikan, bukan yang saya lalui.

Sewaktu saya cuti di rumah, sekitar April-Mei

"Confirmkanlah, As balik naik apa?"

"Abah kata boleh hantarkan As balik UTM," kata mama.

Tak perlu beli tiket bas 11 Julai.

Jun-Julai

Atikah minta saya pulang awal, kalau boleh. Ada kerja. Saya ok je. Saya beritahu mama, tapi terfikir, macam mana nak angkut barang dari S42 ke S10?

Dengan erti kata lain, abah memang terpaksa hantar saya untuk angkut barang stor.

9 Julai, Jumaat

Petang
Saya dan mama pergi ke pasar malam, selepas Asar. Tak jauh dari rumah, 5 minit perjalanan.
Terpandang Yong Tau Foo (tak pasti ejaannya, tapi tahu kan apa bendanya?) berharga RM10. Saje nak beli, maklumlah, "JUMAAT TERAKHIR" kat rumah. Minggu depan start kuliah. Saya nak beli, nak belanja famili.

"Abah balik pukul berapa?"

"Pukul 9, ambil overtime. Kenapa?"

"Takde ape.."

Tak jadi nak beli. Beli sekarang, nanti makanan tu sejuk.
Kesian abah. Saya simpan je hasrat nak belanja keluarga saya.

10 Julai, Sabtu

Pagi
Abah mesin rumput. Biasanya akan tidur tengah hari. . Guna mesin yang pakai kat belakang tu, dan pisaunya beberapa meter kat depan. Ya, kerja ni memang meletihkan, walaupun halaman berumput tak berapa luas. Tak percaya? Abang saya pun tak larat, inikan saya yang comel ni..
(Saya memang comel)

Petang
Tanpa rehat yang secukupnya, abah bawak kami ke Kapar, kampung mama. Ziarah Mak Yang dan Atuk - Mak Yang hanya panggilan, tarafnya ialah nenek saya, ibu kepada mama.
Abah nak bawak saya jumpa mereka, sebab lepas ni jarang balik rumah. Esoknya kena bertolak.
Isnin ada kuliah.
Mama jawa tulen. Abah separuh Cina - (Opah saya Cina).
Saya 50% Jawa, 25% Melayu, 25% Cina.

Malam
Packing kat rumah, esok bertolak. Abah tidur awal.

11 Julai, Ahad

Pagi
Kami bertolak sebelum Subuh. Dalam perjalanan, abah tukar tempat duduk dengan abang. Maksudnya, abang pula yang memandu. Abah letih. Kemudian abang tukar semula dengan abah (abah jadi pemandu), sampai di UTM.

Di S01, saya mengadu,
"Apelah orang pejabat ni.. Esok ada kuliah, tapi hari ni pun tak boleh angkat kotak.."
Memang tak patut. Esok kuliah start, tapi tak dapat ambik barang. Katanya kena ambil 12 Julai (esoknya, hari Isnin). Apa masalahnya? Katanya takut barang hilang, dia masuk lokap, etc. Semuanya merepek. Kami nak hidup kat sini, tapi pejabat suka bawak masalah. Susah.

Kesian abah. Pandu jauh-jauh, ingat nak bawak kotak guna kereta. Tapi stor dikunci. Hajat tak kesampaian. Saya buat abah jadi lagi penat. Waktu ni saya menyesal..

Abah kata "Tenang.. Dia hanya menjalankan tugas.. Bukan As je kena macam ni, semua pun kena lalui benda yang sama.."

Lama-lama saya pun tenang. Abah memang pandai "psycho" orang.

Perbualan ini berlaku di pondok tak jauh dari pejabat KTC.

Tengah hari
Abah ajak ke Jusco Taman U. Beli barang untuk survive malam ni. Kali terakhir aku makan bersama abah. Sekurang-kurangnya buat masa ni.

Abah turunkan sayaa di depan S10-S11.
Kemudian beri sedikit wang. Tak tengok pun jumlahnya. Saya tak kisah. Sebenarnya bukan duit yang kita mahukan, tapi kasih sayangnya.

"Nanti bulan puasa As balik.." maknanya hujung bulan puasa, sebelum raya.
sikitlah

"Ok.. Nanti balik sendiri ye.. Abah x dapat hantar.. Abah pun takde OT (overtime) bulan ni.. So, sempit sikitlah.."

Aku angguk. Faham benar.

Sebelum bertolak pulang, aku sempat melambai mereka sekelurga.
Kali terakhir nampak abah senyum..

Teringat pesanan abah,
"Abah tak dapat hantar lagi.."

*****
Another side, another story
Petang, di rumah
Kak Ina:
"Kakak Ina datang rumah berbual dengan abah. Katanya abah sihat je. Relax. Malam kena pergi kerja, sedangkan pagi tadi baru je ada kat Johor. Ini pun baru balik rumah."

Famili sampai rumah pukul 5 petang, abah masuk kerja pukul 8 malam.
Kak Ina ialah jiran a.k.a. sepupu saya. Membesar bersama abah, kenal abah sebelum kahwin dengan mama lagi. Antar anak buah yang rapat dengan abah.

*****

12 Julai, Isnin

Malam
"Macam mana barang?"
"Dah. Semuanya dah diangkut ke bilik As. Senior tolong angkat"

Abang Luqman yang bantu saya. Guna keretanya.

"Oklah.. Belajar macam mana?"
"(Tak ingat apa saya jawab)"

Dan perbualan ringkas jarak jauh antara aku dan abah hanya beberapa minit.
Inilah kali terakhir dengar suara abah.

13 Julai, Selasa

Tak hantar mesej atau call abah dan mama. Saya benar-benar terlupa.

14 Julai, Rabu

Petang
Hari ni ada kokurikulum, sampai jam 7 MALAM.
Dan pulang dari D06 FPPSM ke S10 KTC dengan jalan kaki.
Penat? Ya, sangat penat.. Tapi, penatnya aku berjalan, setanding ke penatnya abah mencari nafkah kami sekelurga?

*****
Another Side, Another Story
Petang, di rumah
Abang Am dan An:
"Abah bangun tidur jam 5.50 petang/ 6 petang, cakap pening-pening. Nak pergi klinik, dan pegang kunci kereta. Lepas tu terduduk. Suruh abang Am bawak ke klinik. Abang Am dan An papah abah, dan terus ke hospital.
Dalam perjalanan, abah bukak tingkap kereta, dan muntah di tepi jalan. Ini memang luar biasa, belum pernah berlaku.
Sampai je, abang Am daftarkan abah. An kata abah makin tenat. Masa tu An dan abah dalam kereta. Doktor buat pemeriksaan, kata abah sakit ini, ini, dan ini. Masa check tu, abah dah lumpuh sebelah. Doktor suruh bukak mata pun dah tak boleh."

*****
Malam
Study, sampai 11.00 malam. Baca buku Secangkir Teh Pengubat Letih karangan Ustaz Hasrizal, sehingga jam 11.30 malam. Makan ubat selsema, sebab saya dah mula kena selsema.
Alamak, lupa lagi. Tak hantar mesej. Hantar sekarang, takut ganggu tidur. Takpe, esok boleh hantar.

Ya, esok boleh hantar..

*****

Another Side, Another Story
Malam, di hospital
Abang Am, An dan Mama:
"Malam tu, abah pun dah lain.. Nak call As, tapi kate x payah, sebab akan susahkan As. Dahlah jauh.."

*****

15 Julai, Khamis

Pagi

*****

Another Side, Another Story
Mama, Abang Am, An:
"Jam 12 pagi abah koma."

*****

Terjaga jam 4 pagi. Tak tahu kenapa. Sepatutnya, ubat yang saya makan semalam akan buatkan saya mengantuk (biasanya, kalau makan ubat yang sama, saya akan bangun lebih lewat). Tapi saya cergas, tapi tak sedap hati. Saya berjaga, sampai mama telefon.

"As, jangan terkejut.. Istighfar banyak-banyak.." kata mama sambil menangis.
Ada background music - bunyi tit.. tit.. tit.. - bunyi mesin.

"SIAPA?" - aku faham maksud mama. Aku sangkakan seseorang telah pergi.

"Abah KOMA.."
"As balik Klang.. Tolonglah.." tambah mama.

Bunyi mesin tu ialah mesin yang baca denyutan jantung.

Aku tak sambung tidur. Lompat dari katil, cari beg, kemas ini dan itu, tak lupa hantar mesej kepada sahabat terdekat - Bella, Atikah, kakak Naffisah, kakak Sabrina, Abang Arif - Naqib saya, Abang Izmar, Abang Fathu, Munzir, Firdaus 2 SEM, dan Siti Juwairiyah Ali. Semua ni sahabat yang paling baik dengan saya.

Masa mandi sebelum subuh, saya teriak sekuat hati dalam bilik air tu. Tiada orang selain saya di situ.

Sebelum subuh, saya duduk di luar blok, ambil angin.
Teringat kat abah. Dan penyesalan tak terhingga.
Azan je, terus ke surau S01.

Berjumpa Munzir, Pak Lang, Abang Wafi, Abang Fahmin, Abang Aslam, abang Faruqi, dan abang Ikhlas. Mereka dah tahu. Abang Faruqi nak hantar saya ke Shell Skudai, beli tiket jam 7.30 pagi.

Saya packing lagi, dan pukul 7 lebih, saya tunggu di gazebo S10.
7.30 abang Faruqi hantar, dan saya tunggu untuk beli tiket. Tak bukak kedainya. Jam 8.30, saya call. Baru terhegeh-hegeh nak bukak kedai. Saya terlepas satu trip. Memang buang masa.

Jam 10.30 pagi baru mula bertolak. Tiba di Klang Sentral jam 3 lebih. Menunggu pula Pak Teh ambil. pukul 4 Pak Teh ambil, dan ajak saya makan. Saya tak makan dari pagi. Pak Teh lambat sebab ada kerja.

Dekat-dekat Jam 5, saya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Terserempak dengan abang. Kawan-kawan sekolahnya mengelilinginya.
Bergegas ke tingkat 8, Wad 8A, katil 23.
Mama menangis. Mama peluk saya. Saya pun menangis.

Ramai saudara datang. Terdengar sedikit perbualan,
"Umur lebih 40 memang tak elok kerja lebih masa (overtime). Lagi-lagi ada darah tinggi."

Abah memang ada darah tinggi. Tapi doktor detect macam-macam - Kencing manis, dan strok. Mungkin semua ni baru lagi, dan abah pun tak tahu. Tahu-tahu kena strok.

An - adik lelaki saya - cerita sedikit. Kemudian abang Am cerita sepenuhnya apa yang berlaku.

Abah kuat bekerja. Sentiasa cari peluang untuk cari duit lebih, walaupun usia lanjut, walaupun kesihatan tak berapa bagus. Bagi kami, abah pejuang kelurga.

Malam
Pulang ke rumah sekitar Maghrib.
Kak Ina di rumah kami, dan menangis teringatkan abah..
Katanya, baru hari tu jumpa.. Sihat je..

Siap-siap, dan kembali ke hospital jam 10 malam. Temankan mama. Mama dah dua malam kat sana.

Saya masuk wad itu. Mama pegang tangan saya, dan hulur ke tangan abah. Aku genggam tangan abah.
"Tangan ni lah yang bagi kita makan.."
Aku menangis.

16 Julai, Jumaat

12 pagi
Pulang ke rumah, sebab saya tak cukup tidur. Penat berjalan dari siang.

Pagi
Online sekejap, kemudian tidur. Memang tak cukup tidur.

*****
Another Side, Another Story
Hospital
Abang Am:
"Bos tempat abah datang, katanya ada insurans tempat kerja. Abah boleh dibawa ke sana, kat Shah Alam. Hospital SMC. (Shah Alam Medical Center? Saya tak tahu namanya.)
Sebab tempat tu macam panellah agaknya. Pekerja tempat abah yg sakit ke sana untuk rawatan dan adalah beberapa kelebihan lain. Tapi, nak bawak abah pun, kena alih macam-macam, especially alat bantuan pernafasan. Bukan senang. Abah nak bernafas pun pakai benda tu, lepas tu nak alih lagi. Risiko tinggi."

Keputusannya nanti akan saya kemukan.

*****
4 petang
Saya naik kereta abang Mik untuk ke hospital. Abang Mik ni sepupu saya. Abang saya dah ke sana lebih awal, ada urusan hospital agaknya. Kemudian saya, Abang Mik dan keluarganya ke hospital.

Banyak yang bertandang. Sampai orang yang kami tak pernah jumpa. Sepupu saya, Hani pun baru sampai dari Melaka guna KTM. Dia kawan baik saya masa kecil. Bila kami jumpa, memang jadi sepasang. Melekat je. Dia ni perempuan. Tapi bila dah besar, kami jarang contact.

Sebelum Maghrib, saya dan abang saya pulang ke rumah, jaga adik-adik yang baru habis waktu persekolahan.

Malam
taip semua ni, sejak selepas Isyak. Chang Yun Ning bagi mesej, Isnin ada kuiz Electronic Devices.
Tak tahulah bila dapat balik UTM..



Mesti abah letih bekerja.. Tambah macam-macam penat lagi - mesin rumput, memandu ke kampung, pandu balik rumah, pandu ke UTM, pandu semula ke rumah pada hari yang sama, dan MALAM tu ada kerja lagi.. Bila abah rehat sebenarnya? Adakah rehat abah sama dengan rehat kita semua yang mengadu letih nak pergi kuliah dan ulangkaji?

Saya salahkan diri saya.. Saya punca abah jadi macam ni.. Abah tak cukup rehat..

Abah.. As minta maaf..

Terdapat beberapa riwayat kisah Tuhan Allah dalam kitab Taurat yang sama sekali berlawanan dengan apa yang diterangkan dalam Al-Quran.


1. Tuhan Berlawan dengan Manusia
Kisah ini berlaku antara Tuhan dengan Nabi Yaakob. Tuhan kalah dan Nabi Yaakob menang.

Yaqub was left alone, and wrestled with a man there until the breaking of the day. When he saw that he did not prevail against him, he touched the hollow of his thigh, and the hollow of Yaqub's thigh was strained, as he wrestled. The man said, "Let me go, for the day breaks." Yaqub said, "I will not let you go, unless you bless me."

He said to him, "What is your name?" He said, "Yaqub." He said, "Your name will no longer be called Yaqub but Israel for you have fought with God and with men, and have prevailed." Yaqub asked him, "Please tell me your name." He said, "Why is it that you ask my name is?" He blessed him there Yaqub called the name of the place Peniel: for, he said, "I have seen God face to face and my life is preserved."
(Genesis 2: 24-30)

Dalam Al-Quran, gambaran Tuhan Allah disifatkan sebagai amat kuat dan berkuasa.

"Sesungguhnya Allah adalah amat kuat dan perkasa."
(Surah al-Hajj 22:40)

Tiada nas dalam al-Quran yang menyatakan Allah berlawan dengan manusia, sebaliknya yang ada ialah kenyataan agar membantu Allah.

"Jika kamu menolong Allah, maka Allah akan menolong kamu."
(Surah Muhammad 47:7)

Kenyataan ini bukan bererti Allah lemah, sebaliknya seruan ini untuk beramal dan berjihad. Perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah dan agama yang diredai Allah.

Kenapa Tuhan perlu turun ke Bumi dalam bentuk manusia?
Kenapa Tuhan berlawan dengan Nabi Yaakob?
Dan Tuhan kalah?

2. Tuhan Tidak Mampu Mengusir Manusia

Allah was with Judah; and he drave out the inhabitants of the hill-country; for he could not drive out the inhabitants of the valley, because they had chariots of iron.
(Judges 1:19)
"Dan Tuhan menyertai suku Yehuda, sehingga mereka menduduki pergunugan itu, tetapi mereka tidak dapat menghalau penduduk di lembah, sebab orang ini mempunyai kereta-kereta besi."

Penduduk tersebut mempunyai kereta-kereta besi. Mungkin senjata daripada besi.

Adakah Tuhan takut kepada senjata daripada besi?
Bagaimana dengan senjata moden hari ini?

3. Tuhan Menyesal Menjadikan Manusia

Allah was sorry that he had made man on the earth, and it grieved in his heart.
(Genesis 6:6)
"Maka menyesallah Tuhan, bahawa Ia telah menjadikan manusiadi bumi, dan hal itu memilukan hati-Nya"

Apakah makna penyesalan ini?
Adakah ia positif atau negatif?
Adakah Tuhan tidak mengetahui tentang apa yang akan berlaku?

God is not a man, that he should lie, neither the son of man, taht he should change his mind. Has he said, and will he not do it. Or has he spoken, and will he not make it good?
(Numbers 23:19)
"Tuhan bukanlah manusia, sehingga Ia berdusta, dan bukan juga anak manusia, sehingga Ia menyesal. Masakan Ia berfirman dan tidak melakukan, atau berbicara dan tidak menepatinya"

4. Tuhan Berehat Selepas Menciptakan Bumi.

"Dan Allah selesai pada hari ketujuh daripada kerja-Nya yang Dia lakukan, maka Dia berehat pada hari ketujuh"

"The heaven and earth were finished, and all the host of them. On the seventh day Allah finished the work he had been doing; so he rested on the seventh day from all his work. Allah blessed the seventh day, and made it holy, because he rested in it from all the work of creation that he had done."



Tolaklah
(kejahatan yang ditunjukkan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
Surah Fussilat : 34
Ada kalanya kita pergaduhan tercetus dengan orang yang kita sayang.
Masing- masing nak tunjuk siapa betul. Bila terserempak, raut wajah pun berubah jadi benci. Berhari-harilah tak bertegur sapa.

Tapi bila berjauhan, barulah terkenangkan si dia. Mulalah terimbau kenangan lama.
Hakikatnya, hati ini rindukan dia.

Gaduh ni pun ada baiknya. Supaya kita ingat siapa dia yang kita kenal dahulu.
Dia juga manusia, sama seperti kita. Dia juga berhak mendapat kemaafan.

Tips Menolak Permusuhan
- Maafkan, tanpa mengira pihak siapa yang benar dan salah
- Jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas
- Kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan 'musuh' kita itu
- Muhasabah hubungan kita dengan Allah. Mungkin Allah mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu.
- Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsirkan dan sebagainya.

(Baca lagi..)



Saya dah mula rasa kehilangan..

Tapi hidup mesti diteruskan..

Apa yang saya mahu capai dalam hidup?

Saya tiada jawapan..



Adakah dia terlalu hebat?
Atau saya yang lemah?

Kami berdua mungkin akan terus melangkah ke hadapan.
Tapi berdiri atas jalan yang berbeza.
Ramai memandang saya seorang yang berjaya.
Hakikatnya, saya seorang yang tewas.

Tewas kepada seorang sahabat.
Satu-satunya sahabat yang berjaya mengatasi saya.

Saya perlukan kekuatan untuk tewaskan dia.
Saya akan tewaskan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...