August 3 2020, 1.02 pm
Minggu lepas kami sekeluarga buat 'test drive' rumah baru kami, dengan bermalam kat sana selama 2 malam. Sebabnya nak check cacat cela rumah tu dan apa-apa pengubahsuaian yang perlu.
Rumah saya dua lampu bilik tak menyala. Satu kipas siling yang nampak gaya macam nak lompat dari siling. Ni masalah biasa bagi kontraktor yang nak jimat kos tapi tak reti jaga hati klien.
Tapi merasa la jugak beraya kat rumah baru. Feel macam menginap kat homestay je. Rumah nenek cuma 1.5 ekar he dari rumah kami. Tapi seronok dengar bunyi burung berkicau.
Pagi-pagi raya Aidiladha takde aktiviti pun. Biasanya pergi surau untuk solat sunat Aidiladha, tapi tahun ni tak pergi pun. Satu, sebab ruang terhad time PKP ni. Dua, hujan lebat jugak sebenarnya kat luar tu.
So, pagi raya tu, saya dengan abang saya drill dinding rumah saya untuk pasang frame langsir, dan gantungkan langsir tu. Tu je aktiviti hari raya kami. Haha.
Seronok la jugak ada rumah kat kampung ni. Suasana pun cantik je. Kesian pulak tengok orang yang terpaksa pulang jauh dari kota sambil menghadap traffic jam yang luar biasa tu.
Takde gambar langsir. Lupa pulak nak ambik gambar. Dapur saya dah ada barang-barang untuk bersihkan dan kilatkan dapur. Lantai rumah pun saya dah sapu bagi licin. So, beberapa bulan ni, saya target nak isi dapur dulu sebelum bergerak ke bilik lain.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment