July 27 2020, 12.59 pm



Cantik je pagi-pagi kat kampung ni. Penuh dengan kabus. Tapi matahari naik sikit je hilang semuanya.



Tak sangka sangat saya akan ada rumah kat kampung ni. Pokok ada di keliling kampung. Rasa sejuk. Jauh dari bunyi hon kereta dan kesesakan lalu lintas. Tapi buka Foodpanda, ada Warung Cik Ani je. KFC, Pizza Hut, A&W, McD, Burger King, Sushi King semua takde. Tapi warung ni jugak ada masakan kampung dan juga ABC serta Cendol. Warung ni jugak sebenarnya pernah muncul dalam Kampung People, yang mana Lailer, Jekfer, Hanis dan sorang lagi tu 'leperks' sekali. Masa tu Lailer tengah beljar untuk hilangkan loghat atau slang King Coco+Sharifah Sakinah dia tu. Kedai tu warna pink-ungu. Cuba tengok balik citer tu.

Minggu ni dah pasang langsir bahagian depan rumah saya. Raya haji ni kut sambung pasang langsir kat bilik-bilik lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...