November 17 2019, 11.39 am

15 November 2019

Hari itu, beliau tersenyum apabila terserempak dengan saya di tempat kerja. Beliau pakai baju dan tudung hitam. Pagi-pagi lagi nampak kelam-kabut nak agihkan 'mug' atau cawan seramik sempena majlis perpisahan beliau. Yang peliknya, benda ni sepatutnya AJK majlis tu yang beli dan uruskan, dan bukannya kakak ni.

Tapi beliau nampak tak kisah pun. Apa-apa majlis birthday bos-bos dan jamuan raya atau apa-apa jamuan pun beliau yang uruskan dari A sampai Z. Beliau jugak la yang kumpul duit, cari katering, beli hadiah, tanya siapa-siapa nak join kat Whatssapp group kami.

She's literally the center of everything in our workplace.

*****



2014

"Ni Kak Zu ke?"
"Ya saya."

Saya pun hulurkan dokumen Process Control Checklist kepada beliau. Kilang baru bukak. Banyak dokumen ISO yang bakal diaudit tak lami lagi yang perlu kami siapkan. Waktu tu tak banyak mesin yang belum jalan. Kami 4 orang engineer generasi pertama ni la kena cover kerja-kerja dokumen ni sejak 4 bulan ke belakang. Kak Zu ni pulak Production Coordinator kami. Kerjanya macam kerani la jugak.

"Dulu belajar mana?"
"UTM" jawab saya.
"Whooo.."

Itulah pertemuan pertama kami berdua.

*****
2019

5 tahun kami meghadap macam-macam benda bersama.
Kerenah bos yang pelik-pelik. Sama-sama bertungkus lumus siapkan banyak report.
Selalunya saya jadi tempat beliau ceritakan rasa sedihnya.
Ada masa dia menangis kat tandas. Tapi saya sorang je yang tahu dia menangis.

Entah apa yang istimewanya pasal saya, sebenarnya ramai yang berkongsi cerita dengan saya.
Mungkin sebab saya pendiam, dan semua orang pun tahu, saya takkan cerita apa-apa kat orang lain.

Kakak ni jugak satu-satunya orang yang kat tempat kerja tu yang tahu bahawa saya ialah anak tiri kepada General Manager syarikat yang buat teknologi ketenteraan dan keluarga kami sebenarnya agak 'wealthy' la jugak. Masa saya cerita benda ni kat kakak tu, beliau memang tercengang.

Tapi, disebabkan saya pernah membesar sebagai orang susah, harta yang berterabur depan mata tu tak pernah membutakan mata saya. Saya masih pergi kerja dengan motor buruk, jaket koyak, helmet calar-balar, backpack dengan zip yang koyak, jeans lusuh dan hari-hari bawak bekal biskut ke tempat kerja. Saya hidup macam biasa je, macam mana sebelum saya terima segala macam kekayaan ni. Bayangkanlah umur belum cecah 30 tahun tapi dah dapat macam-macam dalam tangan. Mungkin orang baya-baya saya dah habiskan duit tu sekejap je. Bak kata Hlovate dalam novel Anthem, "Environment and upbringing mould your personality in a way".

Khabar tentang beliau akan resign ni, sebenarnya saya dah tahu sejak Ogos 2018. Beliau tulis di memo kecil menyatakan beliau akan resign. Beliau sepatutnya hantar surat resign hujung Januari 2018. Tapi plan tak menjadi, dan tak nampak tanda-tanda untuk resign.

Saya pun happy.

17 Mei 2019, beliau tulis memo tu sekali lagi. Waktu saya baca tu, saya rasa macam langit nak runtuh. Suaminya dapat kerja luar daripada Selangor. Seminggu pertama tu saya banyak diamkan diri. Cuba cover rasa sedih tu. Sayalah satu-satunya orang yang tahu beliau akan resign dalam masa 6 bulan akan datang.

Sejak tu, setiap minggu, saya akan belikan coklat, kismis, kurma dan macam-macam lagi dan hadiahkan kepada beliau. Sebab saya tahu, saya dah tak berpeluang lagi untuk buat macam tu satu masa nanti.

Belaiu juga sering belanja saya macam-macam - kek brownies, nasi lemak, bekal nasi yang ibu mertuanya bekalkan untuknya, biskut, dan macam-macam lagi.

Saya pun tak sangka, perbuatan saya yang kecil juga sebenarnya satu dakwah. Sejak awal tahun ni, entah saya dapat mimpi apa, saya cuba untuk buat solat dhuha. Sekitar waktu tea break, saya akan ke surau, berwuduk dan menunaikan solat dhuha 2 rakaat.

Satu hari tu, kakak tu datang dekat dengan saya, tanya macam mana nak solat dhuha. Rupa-rupanya beliau perasan selama ni saya solat dhuha. Saya tak pernah bukak mulut atau ajak siapa-siapa untuk solat dhuha. Perbuatan kecil saya tu rupa-rupanya jadi ikutan orang lain. Sejak tu, kakak tu pun istiqamah buat solat dhuha. Secara tak sengajanya saya terdakwah kepada beliau. Saya ni pun sebenarnya tak baik mana pun. But seeing someone trying to improve themselves,and we're one of the few reasons behind it, it's such a great relief.

Kami memang sangat rapat. Usianya 5 tahun lebih tua daripada saya. Birthday beliau juga ialah beza sehari je dengan saya. Tahun je lain-lain.  Dan selalunya dia akan panggil saya sebagai adiknya. Kalau ada orang nak kacau saya buat kerja, beliau akan cakap "Jangan kacau adik akak tu!". Protective gila.

Beliaulah satu-satunya orang yang saya boleh panggil best friend selepas tamat zaman belajar kat UTM. Kali terakhir saya rasa perasaan ni ialah dengan senior merangkap kakak saya, Kakak Nafisah. Diorang berdua ni la tempat saya berkongsi cerita hidup saya, dan mereka berdua anggap saya sebagai adik mereka.

Entah apa khabarnya Kak Nafisah tu. Facebook saya dah lama saya tutup.

Dan sekarang, saya hilang seorang lagi kawan baik.

*****
Waktu tu hujan. Saya, Kak Zu, dan Kak Ju berdiri di luar pintu 'plant' kami.
Saya buka payung saya. Kak Ju pun ikut sama. Kak Zu guna jaket beliau untuk cover kepalanya.
Kami bertiga berjalan ke guardhouse.
Saya tolong angkut barang-barang Kak Zu ke kereta Exora.

Kami thumbprint tanda keluar kerja jam 5.52 pm.
Kak Ju lambaikan tangannya kepada Kak Zu.
Saya temankan Kak Zu ke kereta sambil payungkan beliau.
Kami sempat berbual-bual untuk kali terakhir.

Beliau memberi saya payung daripada keretanya.
"Payung ni akak wakafkan untuk Production"
Saya ambil payungnya.

"Nanti update la apa-apa." kata beliau.
"'Apa-apa' tu apa?"
"Apa-apa je la. Naik pangkat ke. Dah kaya ke."
Saya angguk je.

Beliau lambaikan tangannya sambil memandu meninggalkan tempat parking tu.
Saya yang masih berpayung tetap berdiri di tempat tu.

Dan saya melihat keretanya meluncur di jalan raya.

Entah kenapa, tiba-tiba hati saya rasa nak hujan jugak.
Dan barulah saya perasan, Kak Zu betul-betul takkan ada kat sini lagi.

Memang sedih. Tapi hidup ni ialah perjuangan. Jangan kesatkannya dengan air mata.

Farewell, Kak Zu.
May Allah bless.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...