October 14 2019, 7.42 am
Minggu lepas heboh tentang khutbah Jumaat di Selangor dan Kuala Lumpur yang agak luar biasa kandungannya. Sesuatu yang jarang-jarang dibicarakan di masjid, iaitu pengurusan kewangan peribadi. Ada ayat daripada surah Yusuf yang dipetik menceritakan tentang persiapan menghadapi kemarau bertahun-tahun lamanya. Itulah sebenarnya apa yang Allah nak kita buat, iaitu "sediakan payung sebelum hujan".
Hasil kerja kilang hampir sejak 5 tahun lepas, saya berjaya kumpulkan simpanan 5 bulan gaji dalam Tabung Haji. Saya berpegang kepada pesan seorang jurutera yang pernah datang bagi kuliah dalam kelas kami sewaktu tahun akhir di universiti dulu, "simpan 10% gaji tiap-tiap bulan dan terus menyimpan hingga cukup 6 bulan gaji". Saya dah semakin hampir dengan target saya.
Actually, selepas simpan 6 bulan gaji, saya akan biarkan je dalam Tabung Haji. Tak kiralah ada dividen, takde dividen, bagi hibah je ke, saya akan buat-buat tak nampak kewujudannya. Sebab cara yang betul untuk buat duit ialah peramkan simpanan kita selama bertahun-tahun. Kalau ikut kiraan kasar, keuntungan TH dan ASB sekadar 4% setahun. Dan kalau guna Rule of 72, jumlahnya akan jadi 2 kali ganda dalam masa 18 tahun.
Lamanya!
Kalau kita tanam anak pokok durian hari ni, lagi 5 tahun baru dapat tuai hasil. Tu pun mula-mula berbuah mungkin tak sampai 50 biji semusim. Tapi lepas 20 tahun, boleh cecah 200 biji semusim!
Actually, simpan kat Tabung Haji dan ASB tu selamat tapi perlahan. Low risk, low return. Lepas cukup gaji 6 bulan, saya plan nak melabur kat tempat lain pulak macam saham. High risk, high return. InsyaAllah.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment