October 7 2019, 7.50 am

Nothing change much since the last time I came here.





Ada nampak kesan plaster kat dinding soket. Pihak pemaju touch up sebab hari tu berlubang sebab nak pasang wayar.

Katanya hari ni nak pasang gutter. Tengoklah jadi ke tak. Kadang-kadang mulut pihak pemaju ni lagi manis daripada glukosa dan aspartam.

Satu perkara yang saya belajar masa projek rumah ni berjalan:
Diorang ada ambik projek lain kat Johor. Buat sekolah katanya. Projek RM 1 juta. Tapi kerajaan dah bayar RM 500k je. Hutang lagi RM 500k diorang nak cekau mana?

Tak lain dan tak bukan mestilah ditarik daripada klien-klien kecil macam kami ni. Walaupun rumah kami belum siap sepenuhnya seperti yang dijanjikan, tapi asyik mintak duit. Contohnya, kalau diorang dah siapkan bahagian pendawaian dan bahagian paip, baru kami bayar (seperti yang tertulis dalam kontrak). Tapi ketja tak siap lagi, asyik-asyik call mintak duit.

Senang cakap, kalau siapa-siapa nak buat rumah, pastikan kontrak jelas. Dan jangan mudah percaya kontraktor, sebab rata-ratanya diorang ni spesies kuat kelentong.









0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...