October 28 2019, 8.10 am


Saya berpeluang untuk menonton siri ini sejak hari Sabtu lepas sehingga semalam. Agak tergamam jugaklah dan saya rasa tak sabar untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada episod-episod akan datang. Siri ni sangat tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak beikutan banyak kata-kata kesat dan imej-imej yang boleh menimbulkan rasa tidak senang kepada penonton.

Cerita ni diambil daripada sebuah kisah benar.



Marie Adler diperkosa pada satu malam pada tahun 2018. Beberapa kali leterangan diambil oleh pihak polis
dan pihak hospital untuk mengenal pasti jenayah yang berlaku. Tapi penemuan oleh pihak polis sangat mengejutkan.

Bilik Marie terlampau 'bersih'. Tiada tanda-tanda pecah masuk.
Keterangan Marie diambil sebanyak 4 kali. Semuanya mempunyai versi yang berbeza.
Kedua-dua ibu angkat Marie menceritakan masa silam Marie kepada pihak polis tentang sikap sebenarnya.

Sebuah kesimpulan dibuat - Marie membuat laporan palsu. Jenayah rogol tu tak wujud. Pihak polis "memaksa" beliau untuk tulis keterangan bahawa apa yang dilaluinya adalah palsu.

Kawan-kawannya mula memulaukan dirinya. Emosinya yang tak stabil membuatkan hidupnya kucar-kacir. Marie kehilangan kerjanya. Tiada lagi istilah 'sahabat' dalam hidupnya, Tiada lagi tempat tinggal dan kaunseling percuma. Dan keluarga angkat yang sepatutnya menyayanginya juga hilang kepercayaan kepada dirinya.

Marie hilang segala-galanya.


3 tahun berlalu.

2011, sebuah kes rogol berlaku di Golden, Colorado. Detektif Karen Duvall menyiasat kes ini dan menemui jalan buntu, sehinggalah beliau bekerjasama dengan Detektif Grace Rasmussen dari Westminster yang "kebetulannya" mempunyai profil penjenyah yang sama. Semakin banyak kes rogol yan berlaku di sekitar kawasan tersebut. Banyak klu dan bukti ditemui, sedikit demi sedikit membawa penonton menghubungkaitkannya dengan penemuan terbaru - sekeping gambar lesen yang tertera nama Marie Adler.



Cerita ni membawa persoalan tentang kesilapan kecil pihak polis yang membawa malapetaka yang lebih besar kepada mangsa-mangsa lain. Kalaulah pihak polis dengar betul-betul apa yang cuba disampaikan oleh Marie, mungkin perogol tersebut dapat ditahan lebih awal dan tiada lagi mangsa seterusnya.

Mungkin ada yang menyangka, "ia hanyalah peristawa satu malam" tetapi sebenarnya ia memberi kesan kepada mangsa sepanjang hayat mereka. Mangsa takut untuk keluar rumah. Mangsa takut untuk bersendirian. Mangsa mengalami trauma berpanjangan. Mangsa hilang kepercayaan kepada orang lelaki.

Saya memang syorkan cerita ini ditonton oleh golongan remaja dan dewasa kerana nilai yang cuba dibawa oleh mereka sebenarnya besar. Cerita ni mengajar kita, sebesar mana pun orang keliling sayangkan kita, apabila mereka meragui sesuatu, mereka akan abaikan sahaja yang kita cuba sampaikan. Marie memberi analogi bahawa hidupnya seperti cerita Zombieland. Untuk terus hidup, dia tak boleh letak kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain. Sebab zombie tu sendiri asalnya ialah manusia. Saya agak puas hatilah dengan ending cerita ni, dan babak yang paling saya nanti-nantikan ialah apabila Detektif Karen Duvall menerima panggilan telefon daripada Marie Adler.

Trivia:
Jarak dari Golden, Colorado ke Lynnwood, Washington ialah 2136 km, 19 jam 33 minit tempoh perjalanan. Perjalanan ni seperti dari Kangar ke Johor Bahru, kemudian patah balik ke Kangar, kemudian ke Kuala Lumpur. Jauh gila kut perogol bersiri ni berjalan semata-mata nak rogol orang!

Secara kebetulannya, saiz badan mangsa sebenar kes ini hampir-hampir sama dengan saya. Tingginya 5 kaki 3 inci atau 160 cm (memang sama dengan ketinggian saya) dan 53 kg (saya 50 kg). Ada satu scene tu Marie berdiri dalam lif yang dikelilingi ramai orang, dan badannya yang kecil tu menampakkan dia seperti budak kecil walaupun sudah mencecah 21 tahun pada 2011. (Trust me, I know that feeling). Actually, kami juga sebaya sebenarnya. Lahir tahun 1990.

Marie Adler yang sebenar telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Kemungkinan besar bekerja dalam sektor logistik.


1 comments:

Short drama ni mmg seriously unbelievable start from how medical staff treat the rape victim, tanya soalan sama berulang ulang. 😥 Episod last je rasa lega sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...