September 3 2019, 6.39 am
Hari tu ada orang kat tempat kerja tanya,
"Cuti merdeka ni pergi mana?".
Lepas tu barulah teringat pasal 3 hari cuti, daripada Sabtu sampai Isnin.
Saya cakap,
"Duduk rumah je".
Orang lain teruja dapat cuti, lepas tu pusing dunia. Saya pulak tak tahu pergi mana.
Ada jugak balik kampung, tapi 30 minit lepas sampai, kami bertolak pulang. Sekadar bagi makan kat nenek.
Esoknya pulak jalan ke 'syurga' saya, MPH Bookstore. Time cuti, kalau tak main game kat laptop, saya suka baca buku. Saya pun beli buku ni. Nak sangat kan tengok dunia.
*****
0 comments:
Post a Comment