September 17 2019, 6.38 am

Saya sedang asyik dengan laptop saya sehinngalah sebuah nama dipetik ketika Buletin Utama bersiaran. Saya berhenti sebentar dan mula memandang ke arah televisyen untuk memberi fokus.

B. J. Habibie telah meninggal dunia.

Saya terjerit sekuat-kuatnya sebab terkejut.



*****

Saya mengenali beliau sekadar apa yang ditonjolkan oleh Reza Rahadian dalam filem-filemnya, iaitu 'Habibie & Ainun' dan juga 'Rudy Habibie'. Antara manusia yang saya teringin sangat nak jumpa. Beliau manusia yang hebat kerana memberi nafas baru kepada Indonesia.

Saya juga mula belajar bahasa Jerman kerana mahu menjadi seperti beliau. Juga teringin melanjutkan pelajaran di RWTH di Aachen dalam bidang aeroangkasa.

Saya benar-benar ingin menjadi seperti B. J. Habibie.

Hujung tahun ini, filem 'Habibie & Ainun 3' akan ditayangkan. Saya harap filem ini akan ditayangkan serentak dengan tayangan di Malaysia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...