August 26 2019, 7.41 am

Ada 'vinyl tiles' kat lantai rumah saya sekarang. Baru pasang minggu lepas. Corak kayu. Cantik jugak la. Baru nampak suasana rumah kat dalam rumah tu.




*****

Siri 'Atin, Atan & Mak Cun' dah tamat Khamis lepas. Saya rasa ni la musim siri Mak Cun yang paling best. Mungkin sebab fokus cerita ni dah beralih kepada watak kanak-kanak, iaitu watak cucu-cucu Mak Cun dan kawan-kawannya. Watak Atin yang la paling menyerlah. Badan kecik tapi brutal gila. Mungkin sebab dia kakak, jadi dia sangat protective. Cakap pun kasar. Antara part yang saya suka, masa Atin cakap dengan Fitri, sepupu diorang yang tak reti berbahasa Melayu. Waktu tu si Fitri mengadu tak boleh tidur sebab takde air cond. Si Atin ni pun cakap English + bahasa Melayu slang Kedah yang sangat pekat. 'Cadar' pun sebut 'cadaq'.

*****

Minggu lepas jugak kecoh isu pasal Spider-Man, Sony & Disney. Tak tahu la salah siapa, but I hope Peter Parker will stay in MCU.

*****















0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...