August 13 2019, 7.35 am

Raya Haji ni tak ke mana pun. Balik kampung pun tak. Saya sengih je tengok laporan trafik time raya ni. Nasib la orang kampung jauh ni. Haha. Kat Selangor ni raya Aidiladha memang takde apa sangat pun.




Anyway, rumah dah pasang grill dan berkunci. Sebab dah ada macam-macam barang dalam tu dan pekerja pun semuanya dah balik. So, memang kena kuncilah.

Cerita paling best time raya ni ialah '99 Cahaya di Langit Eropa Part 1 & Part 2' kat TV2. Saya dah pernah tonton beberapa tahun dahulu. Tapi yang bestnya bila tonton sekali lagi, saya boleh tangkap dan faham banyak dialog bahasa Jerman. Saya ada belajar sendiri bahasa ni sejak habis zaman universiti dulu dan ada peningkatan dalam beberapa tahun ni. Saya sendiri pun terkejut bila saya mampu terjemah apa yang dituturkan tanpa perlu baca sarikata bahasa Melayu.

So, nasihat saya, banyakkan tengok filem-filem, dengar lagu-lagu diorang dan main videogame dalam bahasa diorang kalau nak cepat kuasai bahasa asing.
















0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...