April 15 2019, 7.44 am

Lama rasanya tak guna bahasa Melayu dalam blog ni. Jadi, hari ni saya nak tulis dalam bahasa ibunda saya.



Saya baru habis baca Setia Dengan Kebenaran malam tadi. Berjaga sampai lewat malam sebab nak khatamkan buku ni. Antara bab yang buat saya rasa terkesan ialah Bab 33 iaitu Selamat Hari Guru, Ibu.

Saya terpanggil untuk tulis kisah saya masa mula-mula masuk sekolah rendah dulu. Saya merupakan murid darjah satu kelas Hemah Tinggi di SK Sungai Udang. Nama asalnya ialah Sekolah Rendah Sungai Udang sebelum perkataan Rendah bertukar jadi Kebangsaan.

Merupakan pelajar paling kecil dan paling rendah dalam kelas. Nak bercakap dengan kawan-kawan sekelas pun kena dongak. Selalu kena buli dengan diorang sebab saiz saya yang comel. Bwahaha.

Lima kawan pertama dalam kelas tu ialah Syukri, arwah Affandi, Akil, Alwani dan Idayu. Kami duduk dalam satu kumpulan dekat dengan pintu depan kelas.

Saya tak tahu maksud perkataan rabun sampai saya darjah dua. So, saya tak tahu pun saya rabun jauh. Setiap kali cikgu tulis kat papan hitam, saya tak dapat menyalin sebab tak nampak. Bila cikgu-cikgu mengajar, saya seorang je tak menyalin. Cikgu Hapijah, guru kelas kami call rumah saya dan inform parents saya. Abah mengamuk dan saya kena marah teruk

Cikgu Vanita, cikgu BI perasan pasal hal ni, dan mintak saya tukar tempat dengan Ainatul kat group lain yang dekat dengan papan hitam.

Satu langkah kecil sebenarnya yang membuatkan saya jadi siapa saya hari ni. Proses pembelajaran saya tak lagi terbantut.

Terima kasih kepada semua guru yang prihatin terhadap budak kecik ni.

****





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...