April 29 2019, 7.39 am

Saya baru habis baca Jalan Sehala oleh Hasrizal Abdul Jamil minggu lepas. Ada beberapa perkara yang buat saya agak tersentak semasa membaca. Antaranya tentang parti politik di negara kita, yang mana perjuangannya hari ini jauh berbeza dengan 20 tahun lalu. Apabila dikritik, mereka akan beri alasan yang menyempitkan fikiran mereka sendiri. Suasananya sama sahaja dengan Eropah ketika Zaman Gelap dahulu, di mana 'agamawan' mengongkong rakyat. Saya malas nak ulas panjang isu ni.




Antara isu lainnya ialah kisah Muhammad al-Fatih yang menawan Konstantiniah. Nama beliau dikaitkan dengan hadis baginda yang menyebut tentang sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera. Hakikatnya ada kisah gelap yang berlaku semasa pemerintahan beliau, yang entah kenapa jarang kisah ini diceritakan di mana-mana ceramah atau pun tazkirah. Kita terlalu mengagungkan beliau sampai kita terlepas pandang tentang kezalimannya terhadap rakyat.

*****

Sebenarnya nak tulis pasal benda lain. Mukadimmah pun dah lari tajuk. Haha.

Semalam saya  berpeluang menonton Mukhsin karya arwah Yasmin Ahmad. First time tengok filem beliau dari mula sampai habis. Saya pun baru tahu watak Orked ni ada 3 cerita sebenarnya. Pernah tengok Sepet bahagian ending, tapi tak tahu cerita pasal apa. Patut la nama Orked tu macam biasa dengar.

Cerita Mukhsin ni best sebab dia bawak kita ke kampung tahun 90-an. Style Yasmin Ahmad memang best sebab mengingatkan kita kepada iklan raya Petronas dulu.

Cerita cinta pertama ni memang klise. Semua orang ada pengalaman ni. Antara filem lain dengan genre yang sama ialah Tentang Bulan dan juga Fann Chan atau My Girl, iaitu filem Thailand. Tapi seronok sebenarnya tengak filem-filem macam ni.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...