August 20 2017, 3.13 pm






Mengisahkan tentang Lynn, Grace, Pat dan Bank yang terlibat dalam satu konspirasi untuk membocorkan jawapan kepada pelajar-pelajar di Thailand.





Kisah ini bermula dengan pertemuan Lynn bersama Grace di sebuah sekolah, dan Lynn memberikan jawapan kepada Grace dalam subjek Matematik. Hasilnya, Grace mendapat keputusan yang bagus, dan Pat tahu tentang perlakuan tersebut. Pat menawarkan diri untuk memberi wang kepada Lynn supaya memberikan jawapan dalambeberapa ujian akan datang, dan dia mula melibatkan beberapa orang kawan dalam "perniagaan" tersebut.



Lynn juga mempunyai isu tersendiri bersama bapanya yang mempunyai masalah kewangan, dan keadaan ini mendesak beliau untuk menerima kerja tersebut. Lynn pun membuka "kelas piano" dan semakin ramai yang mula berkomplot.



Ada seorang lagi pelajar genius bernama Bank yang merupakan saingan terkuat kepada Lynn. Lynn mempunyai perndirian teguh tentang integriti, dan meniru merupakan satu isu besar baginya. Seperti Lynn, Bank juga merupakan seorang yang hidup dalam keadaan sukar.



Bank mula perasan ada yang tak kena dalam dewan, dan dia cuba beritahu Lynn bahawa ada seseorang yang cuba untuk menirunya. Dan Lynn sekadar tersenyum. Selepas Bank keluar dewan setelah menghantar kertas jawapan, Lynn mula  menjadi 'mastermind' dalam 'permainan' teresebut. Nasib tidak menyebelahinya setelah ditangkap kerana memberi jawapan kepada pelajar lain (hasil laporan Bank).



Lynn dikeluarkan daripada senarai bakal pelajar yang akan menerima biasiswa Singapura, dan biasiswa tersebut akan diberikan kepada Bank. Bapa Lynn sangat kecewa terhadap beliau, dan dia bakal menjual keretanya untuk membiayai pembelajaran Lynn.



Grace menawarkan satu lagi kerja, di mana ibu bapa Pat mahu Pat dan Grace melanjutkan pelajaran di Boston. Kerana daripada pandangan ibu bapa Pat, Grace yang banyak membantu Pat dalam akademik. Grace meminta bantuan Lynn untuk memberikan jawapan STIC kepada mereka. STIC macam entrance requirement untuk belajar luar negara la.



Lynn menolak. Dia terdengar satu panggilan telefon daripada seseorang tak jauh dari tempat dia berdiri, dan pemanggil tersebut mengatakan di tempatnya berada pada waktu tengah hari, sedangkan di Thailand pula waktu malam. Lynn memandang jam waktu di Sydney.



Lynn membuat satu pelan baru - dia akan mengambil STIC di Australia, dan menghantar jawapan kepada kawan-kawannya di Thailand. Tapi dia perlukan lebih kurang 30 orang untuk membiayai mereka, ditambah dengan keuntungan. Satu-satunya cara untuk membawa jawapan keluar ialah dengan menghafal, Lynn tahu dia ada hadnya, dan berharap bank boleh membantunya.



Bank pula dipukul sehingga lebam oleh beberapa orang dan dicampak ke tempat sampah, membuatkan dia juga hilang kelayakan untuk menerima biasiswa. Lynn mengajaknya untuk menyertai mereka, tapi dia menolak. Lynn ada berpesan, bahawa mereka mereka memang jujur dalam peperiksaan, tapi akhirnya kehidupan yang menipu mereka.



Bank mula sertai Lynn dan kawan-kawannya, dan akan menghafal sebahagian pertama kertas soalan, manakala Lynn menghafal separuh lagi. Kebenaran mula terdedah selepas Pat yang tak sengaja memberitahu bahawa dia menyuruh orang lain untuk memukul Bank, bagi memastikan dia terlepas biasiswa itu. Keadaan akan mendesak beliau untuk sertai mereka.



Lynn yang sedang marah turut meninggalkan projek tersebut, sebelum Bank mengajaknya ke Australia. Menurut Bank, sekurang-kurangnya mereka akan menerima wang.





Dan ujian terakhir bagi mereka pun bermula.



*****

Walaupun meniru dalam peperiksaan tu bukanlah sesuatu yang baik, tapi saya kagum dengan macam-macam strategi yang diorang pakai untuk meniru. Filem ni memang agak thriller, dan mengundang rasa suspens kepada penonton. Jantung saya berdebar-debar masa tengok filem ni. Filem ni langsung tak melibatkan unsur-unsur paranormal, tapi berjaya membuat saya tak senang duduk.

Filem ni juga mengajar kita betapa gilanya duit boleh mengubah seseorang. Bermula sebagai satu desakan, Lynn dan Bank menggambarkan siapa diri kita bila duit ditabur depan mata. Ending cerita ni pun agak bagus, dan filem ini tidak bertujuan untuk menggalakan kita meniru atau bagi jawapan kepada orang lain, tapi soal integriti. Ada satu babak tu ada cakap, tak guna kalau ada otak yang pandai tapi perangai teruk.

Satu lagi isu yang cuba dibangkitkan ialah "sekolah ialah tempat untuk belajar, bukan cari duit". Lynn ada dengar ayat ni daripada mulut pengetua,dan dia mengamuk sebab hakikatnya dia sebagai guru besar pun ada terima "duit kopi" atas alasan "maintenance" sedangkan "maintenance" memang ada dalam yuran pelajar. Saya boleh kiaskan hal ni dengan IPTA dan IPTS kat negara kita ni. Siapa cari duit dengan siapa sebenarnya? Saya memang memang sentap bila dengar ayat ni. Ada coursemate saya cakap maka dekat universiti dulu, "UTM ni sebenarnya satu pusat tuisyen yang sangat besar. Diorang tak boleh tendang student, sebab student ialah pelanggan." UTM pernah terkenal sebagai Universiti Tendang Menendang, dan saya percaya diorang dah jarang tendang pelajar. Rasa kurang duit, dia cas lebih lah kat student. Fikir-fikirkan. (baca dengan suara Farid Ismeth Emir)


Filem ini mula ditayang kan pada 10 Ogos 2017 di Malaysia, tapi hanya di beberapa pawagam besar. Tapi masuk minggu kedua, filem ni mula masuk area Klang. Dapatlah jugak tengok filem ni hari ni. Overall, saya suka cerita ni.



~Nat~


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...