July 30 2017, 11.38 am

Makin lama makin tak update blog ni. Haha.

So, mari bukak diari dan baca balik apa yang saya tulis untuk bulan ni.





East

Kami sekeluarga ke Kelantan hujung bulan lepas, sebab abang saya kahwin dengan orang sana. Naik Malindo Air kat Subang dan turun di Kota Bharu. This is my second time la datang Kelantan. First time hari tu masa ziarah abang saya practical kat sana. Guna jalan darat, and there's no freaking way I'm gonna sit in the car for 8 hours ever again. That's why we take the flight and enjoy the view fom above. 1 jam je perjalanan. Around RM200 per trip. And it's my third and fourth time naik kapal terbang.


From my observavtion:


Almost everything is extremely sweet! Air teh o pun terlebih-lebih gula! Lepas tu saya beli air mineral dalam botol dan simpan dalam beg silang. Even masa tukar hantaran pun, pihak sana bagi kami manisan, (which is extremely sweet dan takut sangat nak habiskan), dan diorang ada bagi pulut, beserta dengan GULA dalam plastik. Katanya, gula ni akan dimasukkan dalam gulai (I think the right word is actually 'kari') dan pulut tu dicicah dengan gulai manis tu. And there's no way we're gonna try that.

Tulisan jawi ada di mana-mana. Even nama kedai Cina pun ada tulisan jawi.

Papan iklan dengan model bertudung. Dengar cerita Baskin-Robbins kat sana ada gambar Amyra Rosli bertudung. Dan jugak iklan filem Maria Mariana zaman dulu pun katanya Ziana Zain dengan Erra Fazira bertudung di papan iklan kat Kelantan. Okay la kan? Selebriti sekarang pun ramai je bertudung.

Baru tau apa tu nasi dagang. Ada orang kat tempat kerja saya asal dari Terengganu. Bila dia kahwin dengan isterinya yang berasal dari Johor, dan beraya kat Johor, dia kata terkejut pagi raya tu. Katanya, pagi raya memang orang makan ketupat ke? Kami yang mendengar ni angguk je la. Sebabnya, dia kata, kat Terengganu (dan kawasan pantai timur) pagi raya makan nasi dagang. Kitorang punya la terkejut! Pagi-pagi dah makan nasi??? Actually ada lagu lama tentang nasi dagang. Boleh google sendiri ya.

Dan antara pengalaman yang paling best, ialah melihat langit pada waktu malam. Tahukah anda, bahawa langit di kawasan utara Malaysia antara tempat terbaik nak tengok bintang? Lagi gelap kawasan sekitar, semakin kurang la light pollution. Dan mungkin juga sebab kawasan ni jauh sedikit daripada garisan khatulistiwa. Dan itulah kali pertama kami nampak gugusan bintang yang sangat banyak di langit. Saya takde gambar nak tunjuk, dan kamera smartphone pun tak mampu untuk mencerap cahaya bintang tu dengan baik.

KFC kat airport takde set. Takde Snack Plate. "Ala carte belako" kalau ikut bahasa diorang.


Atuk

Atuk saya telah menghembuskan nafas terakhirnya pada petang 11 Julai 2017. Sakit tua, kalau ikut surat perakuan kematian tu. Saya takde la rapat sangat dengan atuk. So, tak banyak la yang saya ingat tentang atuk. Atuk ialah ayah kepada mak saya.


Rumah terbuka

There's a lot of open house held within these few days. Dan disebabkan diorang hidang air sejuk yang ada banyak air batu tu, saya pun kena selsema dan batuk. tapi hari ni dah kurang la. Tapi sepanjang Ramadan, saya tak beli pun air kat bazaar. Pagi raya pun steady je. Takde demam.



Movies

Antara filem yang saya tengok bulan ni ialah  'In This Corner of the World'.


Serita tentang zaman perang di Jepun. Walaupun dunia dipenuhi ketakutan terhadap jentera dan senjata, ada kisah-kisah pahit manis rakyat Jepun yang hidup zaman tersebut. Filem ini dipuji kerana menggambarkan situasi sebenar zaman tu dengan tepat. Filem ini agak baik la kalau nak bagi didikan kepada kanak-kanak betapa buruknya peperangan dengan kesan trauma yang mereka alami. Apa yang saya dapat simpulkan, ia bukan sebuah kisah peperangan, tetapi lebih kepada anti-peperangan. Pihak Jepun terpaksa menyerah kalah di hujung cerita tersebut, dan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa marah kepada Suzu kerana dia telah banyak berkorban setelah kehilangan hampir segala-galanya. Tetapi suaminya memujuk beliau utnuk melihat dunia daripada perspektif lain, bahawa keamanan itu lebih penting berbanding kemenangan. Suzu akhirnya berterima kasih kepada suaminya, kerana mencarinya kembali selepas pertemuan pertama mereka "di sudut dunia itu".


Satu lagi filem ialah Spider-Man: Homecoming. Saya tak faham kenapa ramai kata filem ni tak best. Maybe sebab Spider-Man lembik sikit kut sebab dia baru dapat sut baru tu. And yes, he's nothing without the suit. Tapi sut ni jadi best bila kawan dia godam sut tu, dan rupa-rupanya Tony Stark dah buat sut tu jadi terlampau hebat dan ada sistem AI sendiri, iaitu K.A.R.E.N.. dan ada lebih 500 mod. Indeed, this is the best Spider-Man film. Peter Parker hanya pakai dua jenis sut dalam ni.

Tapi sut yang ketiga tu paling best!



Rise of the Tomb Raider


I've finished playing 'Rise of the Tomb Raider' last June, and it is much better than the prequel. currently waiting for the third title, 'Shadow of the Tomb Raider'.

Duit Raya

Cuba teka, berapa banyak duit raya saya dapat tahun ni?

Jawapan: Not even a single cent from any of my relatives. Saya yang hulur duit raya kat family lagi ada la. Ish.. Saya tau la saya makin tua, tapi nak jugak duit raya..

Cakap pasal tua, rupanya ramai yang tak boleh agak usia saya. Ada sekali tu, saya pergi kenduri rumah sedara jauh. Makcik tu tanya, ni umur berapa? Mak saya tolong jawabkan "27". Makcik tu punya la terkejut. Ingatkan saya baru lepas ambik PT3. Tapi saya rasa saya ikut mak saya, jenis awet muda. Kalau berjalan dengan mak, orang ingatkan itu kakak saya.

That's all for now.
Until then, see ya!

~nc~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...