June 5 2017, 12.37 pm
Walaupun usia saya dah 27 tahun, ada banyak perkara saya tak faham tentang orang dewasa.
Semalam baru saya tahu rupa-rupanya ibu saya sudah bernikah sejak Januari tahun ni di Thailand. Saya betul-betul terkejut. Rupanya saya dah lama ada ayah tiri. How could they kept this as a secret from everyone! Mama kata pergi bercuti ke Langkawi, rupa-rupanya buat detour ke Thailand dulu.
Saya sedih. Saya tahu hubungan diorang memang akan ada tentangan daripada adik-beradik ibu saya. Sebenarnya saya sendiri pun bangkang. Because it's weird when you see your mom with someone else. Membesar dengan arwah abah, dalam kepala saya cuma ada seorang ayah untuk seumur hidup saya. I just can't accept this.
My mom is his second wife, dalam keadaan first wife beliau izinkan poligami.
Saya banyak diam semasa mama berbicara. Barulah nampak logik yang berlaku akhir-akhir ni. Tiap-tiap Ahad, mama akan keluar shopping dengan pakcik tu. Dan peti ais kami sentiasa penuh dengan makanan. Saya pernah beberapa kali nampak mama bersalam dengan pakcik tu. Bukan mama tak tahu beza mahram dengan bukan mahram, kan? Selang beberapa hari, pakcik tu akan berbuka puasa di rumah kami. Waktu abang saya nak merisik sekitar Februari pun pakcik tu yang temankan. Sanggup tu drive jauh-jauh ke Kelantan. Masa nak bernikah lepas raya ni pun dia dah siap-siap belikan tiket kapal terbang untuk kami sekeluarga. Kenapa dia baik sangat dengan kami sekeluarga.
Sebabnya, dia ayah tiri saya.
Untuk seketika, saya rasa dunia ni retak.
Jiwa saya kosong.
Mama kata, perkahwinan tu sebenarnya untuk memastikan kami anak-beranak menjadi penerima harta beliau. Mungkin nama kami akan ada dalam wasiat. Rumah yang kami sekeluarga tinggal sekarang ni akan dibeli oleh beliau, tapi atas nama saya dan adik saya. Hasil duit yang dibeli tu akan digunakan untuk buat rumah baru kat tanah peninggalan atuk dan nenek di kampung. Tak jauh pun dari rumah yang tinggal sekarang. Setiap adik-beradik saya akan dapat sebuah rumah sendiri. Ni layout rumah tu.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment