March 31 2017, 8.54 pm
Apa tu ORL? Saya mula dengar istilah ni masa pergi Hospital Shah Alam hari tu. And it was my first time pergi hospital kerajaan sebagai pesakit. Dalam entri-entri lepas saya ada sebut yang saya sakit, kan? So here's the truth...
Januari 2017
Sebenarnya, telinga kiri saya makin lama makin lemah tahap pendengarannya, dan perkara berlarutan bertahun-tahun lamanya. Mak saya pun perasan sebab bila mak saya cakap lain, saya jawab lain. Tapi start bulan Januari, telinga kiri saya dah fully blocked and I don't know why. Saya yang tak tahu nak buat apa, terus pergi klinik. Doktor kata telinga saya bengkak. Dia BAGI UBAT ANTIBIOTIK SAHAJA. Mahal jugak la. Klinik swasta kan?
Saya pun makan la ubat tu. Kurang seminggu, saya terkena batuk teruk. Sekali batuk, susah nak berhenti. Dan benda berlarutan berhari-hari lamanya. Saya jumpa doktor yang sama lagi, tapi bukan sebab telinga. Tapi alang-alang dah jumpa doktor, saya pun tanya pasal telinga saya, sebab masih rasa tersumbat. Doktor bagi ubat batuk dan antibiotik lagi. Kenapa ya saya batuk secara tiba-tiba?
Kurang seminggu, batuk pun hilang. Tapi masih blocked. Dan telinga saya jugak rasa sakit sangat. Saya try pulak klinik kat tempat kerja saya. Doktor kata dia nak cuci telinga saya, tapi bukan hari tu. Doktor tu mintak saya jumpa dia kat klinik yang saya pergi sebelum ni pada keesokan harinya. Dia bagi ubat titik telinga dan ubat tahn sakit. (Klinik yang saya pergi sebelum ni memang panel untuk company saya. Dan klinik kat tempat kerja saya tu dibuka 1 jam sehari pada hari-hari tertentu, dan 2 klinik ni merupakan company yang sama)
So saya pun pergi klinik tu. Doktor buat 'ear syringe'. Masukkan picagari dalam telinga saya dan tembak air kat dalam lubang telinga. (Jarum syringe tu langsung tak kena kulit saya, dan tak berdarah langsung). Hasilnya, keluarlah semua darah beku dan nanah. So, telinga saya pun rasa ringan sikit.
But the problem doesn't stop there. Telinga saya tak berhenti keluar nanah. Actually, last saya jumpa doktor tu pun sebenarnya masih belum selesaikan masalah ni. Saya pergi klinik tu lagi, dan doktor sahkan saya ada jangkitan telinga atau ear infection. Dia bagi saya macam-macam ubat, dan sekeping surat yang dimasukkan dalam sampul, kemudian stapler sampul tu. Makna lain, saya kena jumpa doktor pakar.
Wargh... Sampai kena jumpa pakar... Mesti serius kes ni.. Terbanglah duit aku..
Selang sehari, saya pun ambil cuti dan jumpa doktor kat hospital kerajaan. Nasib baik RM30 je untuk pendaftaaran. Rawatan susulan/appointment, RM5 je. Murah je rupanya hospital kerajaan. Tapi, disebabkan murah, tempat ni pun jadi tumpuan orang ramai. Nak daftar je dah sejam. Belum suruh menunggu kat unit-unit untuk jumpa doktor.
Kat sinilah saya jumpa istilah ORL - Otorhinolaringology. Which has something to do with ear, nose and throat. Rupa-rupanya 3 benda ni berkait. Mula-mula doktor interview saya, kemudian saya dibawa ke tempat ada macam-macam alat dan katil. Pegawai tu mintak saya baring, dan guna alat macam vakum kecil untuk sedut nanah dalam telinga. Prosesnya tak la rumit mana, dan telinga saya dah boleh dengar dengan jelas. Waktu tu memang bersyukur sangat Allah bagi nikmat mendengar.
So, kenapa saya batuk tak berhenti sebelum ni secara tiba-tiba? Doktor kata, ada kaitan dengan telinga. Wow! Baru first time dengar manusia boleh batuk disebabkan masalah telinga. Mungkin ubat antibiotik punya kesan.
Saya masih kena jumpa doktor tu lagi dalam masa sebulan. Hospital bagi ubat titik telinga dan ubat apa benda entah. Kemudian lepas jumpa lagi doktor tu, doktor dah sahkan saya takde apa-apa masalah lagi.
So, that's all for now.
Cukuplah kuota satu entri untuk satu bulan. Heh.
~natural cure~
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment