Februari 19 2017, 10.11 pm

Siapa minat Sword Art Online?

Filem Ordinal Scale bermula sekitar 2 tahun selepas penghujung musim kedua siri tersebut, dan Jepun mula menggunakan gajet baru dipanggil Augma (macam Google Glass la jugak) dan dipakai di kepala macam NerveGear. Boleh juga dipasang dengan macam-macam jenis app, dan boleh kata benda ni macam smartphone generasi baru la. Hampir semua orang guna benda alahni, kecuali Kirigaya Kazuto a.k.a. Kirito.



Antara fungsi yang ditampilkan ialah permainan Augmented Reality/ AR bertajuk Ordinal Scale. Permainan ni macam Sword At Online jugak, di mana pengguna dapat main permainan ni menggunakan pedang (atau apa-apa jenis senjata) dan akan lawan rasaksa. Bezanya dengan Sword Art Online (SAO)/ ALfheim Online (ALO)/ Gun Gale Online (GGO) ialah permainan ni main kat dunia nyata (macam Pokemon Go). Pemain akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain menggunakan jasad fizikal, dan bukan lagi Full Dive a.k.a. tidur macam filem The Matrix.

Ordinal Scale juga merujuk kepada sistem ranking, di mana pemain paling kuat akan berada di tempat teratas. Lagi kecik nombor tu, lagi kuat la orang tu. And obviously, orang nombor 1 tu la yang dah capai tahap 'immortal'. Apa yang menarik tentang game ni ialah ia menampilkan rasaksa daripada game SAO yang asal, di mana SAO survivors pernah lawan satu ketika dahulu.Mestilah diorang teruja nak lawan, kan?

Dan semestinya game ni ada agenda tersembunyi.

Pemain yang kehabisan HP/Hit Point/Health Point/nyawa akan kehilangan 'sesuatu' yang mungkin menjadi trauma kepada seseorang, tetapi penting kepada yang lain.

Gajet Augma ni juga ada seorang idola/penyanyi virtual macam (Hatsune Miku) bernama Yuna. Dan setiap kali ada pertempuran, Yuna akan bagi menyanyi untuk menghidupkan suasana (dan juga buff/status booster kepada pemain). Siapa sebenarnya Yuna ni? Juga apa hubungannya dengan Eiji, pemain ranking kedua? Apa tujuan sebenar permainan ni?

Sword Art Online: Ordinal Scale mula ditayangkan kat pawagam Malaysia mulai 18 Februari 2016.
(Rajin betul tulis review filem dua hari ni. Haha.)

~nc~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...