February 18 2017, 2.39 pm

Pras yang dalam perjalanan pulang ke rumah untuk bertemu Arini dan Nadia sekali lagi bertembung dengan kereta yang mengalami kemalangan. Dia mula teringat tentang apa yang berlaku kepada Meirose. Ternyata mangsanya seorang wanita - tetapi bukan Meirose.




Setelah menghantar wanita itu ke hospital, Pras segera ke lapangan terbang untuk menjenguk Arini dan Nadia sebelum mereka berdua terbang ke Budapest. (Dan kali ini Pras tidak berkahwin dengan mangsa tersebut. Haha.) Pras sempat mengucapkan selamat tinggal kepada mereka berdua. Di sana, Arini dan Nadia akan ditemani Sheila, pengurusnya untuk mempromosikan buku Arini kepada komuniti Islam di sana.

Sewaktu sesi menandatangan, Arini disapa oleh Dr Syarief. Dr Syarief meminta beliau untuk membacakan kisah daripada buku beliau untuk kanak-kanak di hospital. Seorang daripada kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia di depan mata Arini, yang membuatkan Arini mula sedar tentang hakikat kehidupan.

Sewaktu berbincang bersama Sheila, Arini cuba mengur seorang budak lelaki di sana dan menghulurkan coklat susu berkacang kepadanya. Ibu kepada kanak-kanak itu segera menepis coklat itu kerana dia ada alahan terhadap kacang. Rupa-rupanya ibu tersebut ialah Meirose bersama anaknya, Akbar.

Meirose sebenarnya terlibat dengan komuniti Islam di Budapest. Beliau membuka butik menggunakan duit peninggalan bapanya. Beliau juga pernah mengislamkan tiga orang muallaf. Arini berkata Pras akan datang menyusul ke sana.

Sewaktu berjalan-jalan bersama-sama Nadia, Arini pengsan dan segera dibawa ke hospital. Doktor Syarief memberitahu Arini bahawa dia meghidap kanser rahim/ kanser servikal tahap 4, dan tak banyak masa lagi untuk hidup. Arini meminta untuk Syarief merahsiakan hal ini daripada Nadia. Nadia yang ketika itu ada di bilik air terdengar perbualan ini, dan menangis.

Nadia membuat pertunjukan boneka Puteri Sabrina kepada Arini, dan menytakan Pteri Sabrina sedih kerana bundanya iaitu permaisuri kerajaan Madaniah sedang sakit dan tak boleh disembuhkan. Arini menyarung boneka pari-pari dan memeluk Puteri Sabrina. Arini mengatakan pari-pari tersebut akan menjadi permaisuri yang baru dan akan menjaga Puteri Sabrina.

Arini segera keluar daripada hospital dan menuju ke rumah Meirose, dan meminta Sheila untuk menjemput Pras di lapangan terbang. Pras yang telah tiba terus mengambil kereta api menuju ke sebuah destinasi. Di sana, Pras dan Meirose bertemu semula.

Meirose pernah datang ke rumah Pras dan Arini selepas penghujung kisah Surga Yang Tak Dirindukan untuk mengambil Akbar. Tak banyak yang diketahui apa yang berlaku kepada Meirose, dan dia tidak memberitahu ke mana dia akan pergi. Yang pasti, Pras dan Meirose masih menjadi suami isteri yang sah.

Petemuan semula mereka berdua menghidupkan kembali perasaan sayang yang tidak pernah Pras tagih selama mereka berkahwin. Arini cuba untuk merapatkan kembali mereka dan menyuruh mereka berjalan-jalan di kawasan sekitar. Meirose yang kelihatan mesra bersama penduduk di sana membuatkan Pras rasa dia perlu berpisah, kerana dia tak mahu menyeksa Meirose.

Di stesen kereta api, Nadia ada terpandang Meirose bersama Syarief. Hakikatnya, Meirose sememangnya menaruh hati terhadap Syarief, tetapi masih teragak-agak untuk memohon cerai. Bagi Meirose, dia tidak mahu merosakkan kebahagiaan Pras dan Arini. Akhirnya, Meirose menerima lamaran Syarief.

Arini tetap memujuk Pras untuk terus setia bersama Meirose, kerana Nadia memerlukan ibu. Mereka pun terus berjumpa semula Meirose di rumahnya, sebelum Syarief turut muncul di rumah tersbut. Arini mula sedar bahawa hati Meirose telah berubah, dan Meirose tahu tentang penyakit Arini. Arini pengsan dalam kereta api ketika pulang semula ke hotel.

Arini ditempakan di hospital dan meminta Pras untuk mengimamkan solat bersama-sama Meirose dan Nadia, dan sewaktu tahiyat akhir, Arini menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Meirose akhirnya berkahwin semula dengan Pras sambil disaksikan oleh sahabat-sahabat beliau. Nadia mengucapkan terima kasih kepada Syarief kerana mewujudkan impian Arini. Di bahagian akhir, Pras ternampak kelibat Arini sedang tersenyum melihat Pras, Meirose, Nadia dan Akbar bersama sebagai sebuah keluarga. Kerana bagi Arini, kebahagiaan Pras ialah surga yang dirindukan.

*****

Saya tak pernah tahu pun apa-apa tentang filem ni sepanjang tahun 2015 (tahun di mana filem pertamanya ditayangkan), sampailah saya follow Youtube Channel rasmi MD Pictures, sebab saya nak tahu lebih banyak filem daripada Indonesia yang berkualiti. Waktu tu musim filem Rudy Habibie ditayangkan kat pawagam. Kemudian ada beberapa teaser filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 keluar kat Youtube. Tak minat pun nak tengok sebenarnya. Tapi saya tergerak jugak la nak baca tentang bahagian pertamanya. Rupa-rupanya filem ni pernah menang anugerah filem Indonesia terbaik tahun 2015. Wow!

Sebagai penggemar filem Indonesia, saya pun cuba cari la satu internet ni untuk cari filem, dan jumpa jugak link nak download Disember lepas. Dan saya akui, filem ni memang sangat bagus dan mengangkat tema poligami yang boleh jadi isu ni agak sensitif untuk kaum hawa. Waktu tu lagi beberapa minggu sebelum tayangan asalnya kat Indonesia, sebelum ditarik ke Februari 2017. Saya punya la bersabar dan teruja nak tengok kat pawagam, tapi rasa sedih sangat sebab filem ni tak pernah tersenarai dalam 'Coming Soon", which means filem ni takkan sampai Malaysia. Nak tak nak memang kena download jugak la filem ni satu masa nanti. Dah la DVD filem Indonesia macam Ada Apa Dengan Cinta 2 dengan Rudy Habibie susah nak dapat kat Malaysia ni.

And it was a miracle sebab pihak Astro Shaw berjaya bawak filem ni ke Malaysia. Mungkin pihak Astro ada promote gila-gila filem ni, tapi sebab rumah takde Astro, maka saya pun tak tahu pasal SYTD2. Keluar je tarikh, saya standby nak beli tiket. Memang puas hati la tengok filem ni. Masa saya tengok filem ni pun ramai gila orang ke pawagam sampai tempat duduk bawah. Saya tak sangka cerita ni dapat sambutan sebenarnya. (Majortinya perempuan. Perempuan 99%, Lelaki 1%)

Saya setuju bahawa filem ni sebenarnya filem sedih. Tapi saya tak nangis pun. Saya ada perasan ada 5-6 orang perempuan tak jauh dari seat saya teresak-esak menangis. Apa benda la diorang ni.. Emo sangat.. Ada banyak sangat scene kelakar, dan perlahan-lahan penonton hanyut dan rasa simpati kepada Arini. Saya percaya penonton pun ada rasa mengharap perasaan Pras terhadap Meirose 'lebih hidup'. Watak Nadia menangis dalam bilik air tu pun memang priceless la. Untuk budak sekecil itu dapat tahu yang ibunya bakal pergi, dia rasa tabah je. Bila ibu dia meninggal waktu tahiyat akhir, dia Nadia yang mula-mula cuba berdiri untuk tinggalkan solat, sebelum Meirose cepat-cepat genggam dan peluk Nadia sambil menangis.

Watak Meirose ni macam deja vu la jugak dengan filem '99 Cahaya di Langit Eropa'. Di mana pelakon yang sama membawa watak wanita berhijab di Eropah bernama Fatma Pasha. Dua-dua watak ni pun terlibat dalam menyebarkan dakwah di Eropah. Menjadi wakil atau duta kecil Islam di sana. Kebetulan?

Satu lagi tarikan filem ni ialah watak Syarief yang dilakonkan Reza Rahadian. Peminat filem Indonesia mestilah kenal pelakon ni, sebab beliau ialah nama besar di sana. Juga watak Sheila yang dilakonkan oleh Nora Danish juga kira macam satu penghormatan la untuk Malaysia. Bukan senang nak bagi muka orang kita muncul kat filem diorang, kan?

Saya suka scene watak Syarief mengayat Meirose kat depan kedai tu. Nampak sangat Syarief dengan Meirose ni jenis banyak membaca. Meirose dalam filem ni pun dah jauh beza dengan filem pertama dulu.

So, tengoklah filem ni kat pawagam terdekat. Bawak tisu sekali.

~nc~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...