January 31 2017, 10.29 PM

Post pertama untuk tahun 2017. Cuba jugak untuk istiqamah menaip kat sini at least once per month. Sebenarnya tatau nak cerita apa. Haha.



Firstly, bulan ni memang agak busy. Actually saya try jugak la study, dan jugak improvement. Ni 4 benda yang saya fokus untuk bulan ni:

Aerospace 42% > 58% (Ada peningkatan! Woohoo!)
Add Math 29% > 35% (Juga ada peningkatan)
German 15% > 15% (Takde perubahan. Sigh)
Machine 10% > 10% (Juga takde perubahan)

Disebabkan waktu kerja yang terlampau sibuk, dan jugak buat macam-macam kat rumah, saya akui memang susah sebenarnya nak study sambil belajar ni. Kadang-kadang saya curi jugak masa untuk belajar kat tempat kerja.

Anyway, pasal aerospace tu, saya ada belajar pasal structural engineering dalam kapal terbang, belajar pasal propeller dan jet enjine untuk supersonic dan subsonic aircraft, control and stability, dan macam-macam lagi. Lagi satu, disebabkan buku yang saya baca tu tentang AEROSPACE dan bukannya AERONAUTICAL, maka ada sentuh jugak la pasal angkasa lepas. Best gila kut. Ada belajar pasal microgravity, lima lapisan atmosfera (Toposphere, Stratosphere, Mesosphere, Thermosphere, and Exosphere), LEO (Low Earth Orbit), GEO (Geostationary Earth Orbit). Yeah, I was busy reading all these things.

Bulan ni jugak berkesempatan ke MCTF 2017 kat Mid Valley. Macam karnicval kerjaya la jugak. Ada at least 3 aviation company yang bukak booth kat sana. Saya ada apply jugak la kerja sana. Plus, ada resume clinic. Saya tunjuk resume kat diorang, dan diorang akan komen la resume saya. Karnival ni bagus la untuk yang tengah nak cari kerja.

Bulan ni jugak ada sekali pergi wayang. Tengok Resident Evil Final Chapter. Adik saya belanja tiket. Saya tak minat pun cerita ada zombie ni. Videogame dia pun saya tak main. Bulan ni jugak beli 2 DVD - Suicide Squad danDigimon Adventure tri: Kokuhaku. Frankly speaking, Suicide Squad memang tak best. Saya beli sebab nak tengok hint untuk filem Justice League je. Tapi cerita Digimon memang best. "Kanak-kanak terpilih" tu dapat balik ke Dunia Digital, tapi Digimon diorang dah kehilangan memori sebab diorang melalui proses 'reboot'. Mula-mula cerita memamng slow gila dan takde part berlawan pun. Dah sampai hujung, MegaKabuterimon digivolve jadi HerculesKabuterimon. Identiti sebenar 'Ken Ichijouji' juga didedahkan. Antara Digimon yang buat kemunculan ialah Alphaman dan Jesmon. Bulan depan DVD Doctor Strange akan keluar. (Saya bukan rajin sangat pergi panggung waang sebenarnya. Suka beli DVD lepas beberapa bulan filem tu keluar).

Ekonomi negara puntengah tak baik sekarang. Kilang saya pun tengah nak kurangkan pekerja import (ada macam cukai ke apa entah). Maka, local workers ni la nanti yang akan buat kerja-kerja operator ni. Kemudian ada pekerja yang akan transfer ke plant lain, dan ada pertukaran kepada department lain. Dalam bahasa mudahnya, the environment is no longer the same dan tak seronok pun kerja situ. That's why I'm looking for other opportunities. Lagi kesian kat budak-budak yang dah grad tapi masih tak dapat kerja lagi. It's not their fault, though. Dan secara peribadinya saya memang tak galak sambung master kalau takde pengalaman kerja, sebab bila dah dapat master nanti pun, you're still zero compared to orang yang ada diploma tapi pengalaman kerja yang lama. Ini ialah realiti.

Bulanni jugak mencatatkan rekod baru untuk saya, sebab 3 kali dalam sebulan pergi klinik. Saya sebenarnya sakit akhir-akhir ni. Tapi dah okay la sekarang.

Semalam ada pergi klia2. Jenguk-jenguk kapal terbang kat sana. Kemudian first time pergi Putrajaya. Cantik sangat. Lepas berapa tahun hidup dan mengaku anak Selangor selama 27 tahun, baru semalam dapat pergi Putrajaya. Singgah Alamanda kejap, masuk Uniqlo, pastu balik.

That's all for now.
Til then, see ya.

~nc~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...