April 2 2017, 12.36 pm











Woohoo! Tak sangka filem ni akan masuk Malaysia.

Akan mula ditayangkan mulai 20 April 2017 dengan tajuk 'A Silent Voice'






Bermula sebagai one-shot manga, cerita ni dapat sambutan yang sangat menggalakan. Kisah yang pertama tu pun dipanjangkan sampai jadi beberapa buah volume. Dan sekarang, diterbitkan dalam bentuk filem.



Cerita ni tentang kehidupan. Bagaimana seorang pembuli bertukar menjadi mangsa buli. Cerita ni juga mengajar kita bahawa kita tak mampu untuk ubah masa silam kita  - and we have to live with it. People change, but memories don't. Yang penting ialah siapa kita hari ni, bukan semalam.



Saya tak pernah tengok Kimi No Na Wa masa filem tu keluar, dan ramai kata filem tu sangat bagus. Saya pun menyesal jugak la tak ikut pergi pawagam masa musim tu. Tapi filem Koe no Katachi ni pun ada aura macam filem tu jugak (kata orang yang dah tengok la)



Walaupun filem ni boleh tengok online (keluar tahun lepas, tapi baru masuk Malaysia tahun ni), but why don't we step out and share the moments together, right? Support la sikit industri ni. And please, jangan rakam atau ambil gambar sepanjang filem ni berlangsung. Insiden rakaman filem Sword Art Online Ordinal Scale dah cukup untuk buat peminat anime seluruh Malaysia dan Singapura mengamuk disebabkan tindakan selfish yang kononnya mengaku die-hard fans siri tersebut. Walaupun saya bukanlah peminat tegar anime dan manga, tapi tindakan tu memang mengundang rasa geram dan marah. We need more good films to be screened here, in Malaysia.



~natural cure~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...