January 15 2016, 6.52 pm

Yesterday was a baaaaddddd day.
Senior engineer mintak saya campurkan 400 ml chemical X dalam satu tangki chemical Y. Saya ambik beaker. Technician tuang chemical X dalam bikar. Kami bawak bikar berisi X, masukkan sikit chemical Y, kacau-kacau, tuang dalam tangki Y.

Kerja selesai.

Lepas 40 minit, operator QC (Quality Control) turun dari mesin.

"Bos, ini machine many many problem!".

Ah sudah.. Habis jadi pigmen putih melekat kat produk.

Cepat-cepat call exec (Production Executive) yang tengah keluar dinner. Saya cerita dari awal sampai habis. Dia mintak tengok tangki Y.

Ada banyak ketulan terapung atas permukaan Y.

Production mesti bunuh aku lepas ni ...

Mesin pun terpaksa bypass. Ambik kain, pergi lap dinding tangki dan filter. Masalah selesai.

Nasib baik produk terus okay. Menggigil lutut waktu tu. Exec tu pun angkat saya dan campak dari tingkat 3. Takde la. Diorang baik.

Morning meeting mesti kecoh sebab nama saya naik. Nasib la kerja malam minggu ni. Lalala.

Masalahnya datang dari cara bancuh. Saya tak tahu pun ada nisbah chemical X dengan Y. Rupanya 1:1. Lepas tu kena kacau 10 minit. Habis dah senior engineer tak inform betul-betul.

Anyway, tu cerita semalam. Lepas ni, apa-apa pun kena tanya supervisor dengan berpengalaman, bukannya ikut naluri jurutera sendiri.

~nc~

January 14 2016, 7.04 pm

I've received an email today from someone from that industry.
Beliau tolong update resume saya. Ingatkan pasal apa. Suspen je.

Beliau tambah ayat ni dalam resume saya:
"Looking forward to work with any aerospace industry available in the country".

Dan pesan satu lagi benda:
Tolong brush up C & C++ programming language, dan AVR Studio 4, embedded programming for ATMEL processor/microcontroller.

C tak pernah belajar.

C++ pun satu sem je. But I was the brain of my group time presentation untuk kursus tu. Saya pun tak tahu rupanya saya boleh cipta program tanpa bantuan ahli group lain. Kerja group tiba-tiba jadi kerja individu, sebab banyak pakai matematik dan sedikit imaginasi. Tapi projek tu pun projek senang je. InsyaAllah saya boleh kut study balik subjek ni.

Microprocessor, one of my favourite subject. Yang kelakarnya, time lecturer Encik Kamal tanya apa-apa dalam kelas, biasanya saya yang dapat jawab dengan betul. Sampai ada coursemate yang ajukkan cara saya jawab dalam kelas. "R21!". "R22!". "2A base 16!". Banyak pakai matematik.

Eh? Bukan nak kerja aerospace ke? Apesal banyak programming? Wahai anak muda, pernah dengar flight simulation? Avionics? Telecommunication? Gyroscope? Accelerometer? Transmitter? 30% atau lebih kos kapal terbang adalah electrical part. Company banyak invest untuk system integration ni. Selain mechanical part yang fokus kat luaran kapal terbang macam aerodynamic, design kapal terbang, propulsion, bahagian dalaman pun sama pentingnya, which is the electrical part. Inilah pentingnya kenapa kena ada kepakaran dalam bidang ni.

Orait. Mari ulangkaji subjek-subjek ni sebelum diorang panggil untuk interview.

Doakan.

~nc~


January 12 2016, 7.18 pm

Hari ni takde magic hour (lagi).
Semalam dinner kat tangki air ni pun langit suam-suam kuku je.
Banyak awan kat langit.
Cahaya matahari tak cukup kuat untuk tembus ke permukaan bumi.
Warna merahnya pun bukan jenis brilliant red.
Lately weather forecast pun dah predict area ni akan hujan, especially malam.
Doa la esok dapat tengok magic hour.

Minggu ni kerja night shift.
Tapi datang kerja nak tengok matahari je.
Ekeke.

At least, hari ni boleh senyum sikit la.
Ada apa neh?

Ada hari Allah bagi matahari.
Ada hari Allah bagi awan.

Amboi. Deep gila.

~nc~

January 11 2016, 4.39 pm

Saya ternampak fail bertulis 'Troubleshooting' kat Control Room yang entah dah berapa lama duduk dalam tu. Saya ambil dan belek-belek kertas dalam tu.

Jumpa istilah-istilah yang dah lama tak dengar.
Servo motor. Overcurrent. Overvoltage. Undervoltage. Regeneration. EEPROM. Single phase.

Kerja luar bidang dan tak sama langsung dengan kursus yang ambik. Istilah-istilah ni tiba-tiba jadi janggal. Saya termenung jauh.

Dah lebih dua tahun sejak majlis konvo tu. Saya pun dah jauh berubah. Makin pendiam. Kawan pun tak ramai. Hujung minggu berkurung kat rumah. Sijil degree dalam Electrical (atau biasanya saya sebut 'Elly') macam takde apa-apa makna. Rasa kosong.

Actually, subjek Elly ni la yang paling saya benci sejak time sekolah rendah lagi. Cikgu Kemahiran Hidup suruh belajar pateri litar, saya tak pandai. Rasa tak suka tu terbawak-bawak sampai ke Tingkatan 5. Nasib baik pass subjek Physics. Dapat A1 pulak tu. Habis zaman matrik, entah macam mana dapat pulak kos paling tak minat ni. Saya tabahkan diri sepanjang 4 tahun tu. Sekali lagi, rasa kecewa tu kembali waktu Final Year Project. Projek tak menjadi. Demo tak keluar output. Dapat markah teruk. Tapi atas budi bicara supervisor dan dia nampak kedungguhan saya, saya dapat B-. Takpe la, macam mana pun nak grad hujung tahun tu.

Saya pulang ke rumah meninggalkan UTM yang dah jadi tempat saya ketawa dan menangis 4 tahun tu. Inilah penghujungnya. Lepas ni dah takde elektrik lagi.

Saya tipu diri sendiri. Saya rindu sangat kat subjek elektrik. Rindu awak 200 kilovolt. Mungkin Allah nak tunjuk kat saya, benda yang paling kita benci itulah yang paling kita sayang. Mula-mula saya takut dengan litar. Tapi masa saya FYP, saya basuh sendiri papan litar tu dengan asid. Buat lubang kat papan tu. Pasang komponen. Pateri komponen tu sampai lewat malam dan tertidur kat lantai. Ada masanya rambut saya terbakar terkena alat pateri tu. Dan saya hantar thesis saya kepada supervisor dan fakulti. Saya lega. Baru saya tahu, saya lebih kuat daripada apa saya bayangkan.

Thanks, Elly.
Ada jodoh, kita akan berjumpa lagi.
InsyaAllah.

~nc~

January 11 2016, 10.12 am


Buku ni diberikan kepada saya pada tahun lepas oleh seorang rakan kepada ibu saya dalam format PDF. Kata beliau, kisah dalam buku ni seperti kisah hidup beliau. Saya baru je habis baca buku ni malam tadi, so kalau nak tulis review panjang lebar, kena ambik masa sikit la, sebab cerita ni bukannya novel dan penuh dengan detail dan istilah saintifik yang saya yakin ramai tak faham. I might update this post from time to time, though.

Secara ringkasnya, buku ni mengisahkan kehidupan APJ Kalam, seorang budak biasa-biasa yang membesar di Rameswaram, sebuah tempat suci di selatan India. Kalau kita umat Islam ada haji di Mekah sana, Rameswaram pun macam haji bagi agama Hindu. Pergaulan beliau bersama keluarga Muslim dan sahabat non-Muslim memberikan pendedahan spiritual seawal usia kanak-kanak yang membentuk personaliti beliau hari ini. Dari Rameswaram, beliau sambung belajar ke luar, meninggalkan Rameswaram. Dan bidang yang beliau ambil, ialah Aeronautical Engineering.

Bermula dengan banyak kegagalan dalam hidupnya, beliau akhirnya menjadi orang tetpenting di India kerana berjaya mencipta missile tanpa bantuan negara luar.  (Aeronautical bukan sahaja merujuk kepada kapal terbang, tapi juga roket dan missile). Ini sekaligus mengurangkan perbelanjaan negara, dan menunjukkan kepada dunia bahawa India juga boleh berjaya. Tujuan missile itu dicipta bukanlah untuk menyerang negara lain, tapi untuk pertahanan negara. Beliaulah menjadi peneraju utama bidang aeroangkasa di India.

Pada tahun 2002, beliau menjadi Presiden India yang kesebelas. Tapi buku ni ditulis sebelum beliau terlibat dalam politik. So, kisah beliau sebagai presiden tiada dalam buku ni.

Buku ni sangat sesuai kepada mereka yang ada cita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang aeroangkasa. Terima kasih, 'Pakcik Atan' sebab bagi early exposure dan guidance kepada saya. Dengar cerita, tak lama lagi dapat title 'Doctor' as in PhD. Tahniah ye. Doakan saya pun dapat masuk dalam industri ni ye.

~nc~





January 4 2016, 12.06 am

Post pertama untuk tahun ni.
Saya ada terpandang sebuah drama Melayu kat TV3 Sabtu lepas bertajuk 'Anakku Diva'.
Apa yang menarik perhatian saya ialah pelakon kanak-kanaknya yang sangat comel, iaitu Dania Erisha yang melakonkan watak Alia.
Biasa dengar tak nama ni?

Dania Erisha ni pernah muncul dalam iklan raya pada 2014, seperti yang pernah saya nukilkan dalam Ani.
Dah besar dan tinggi rupanya budak ni.
Nampak gaya macam dia akan muncul lebih banyak drama dan iklan lepas ni, macam Mia Sara Nasuha.



Saya ada tunjuk video ni kat mak saya. Mak saya pun cakap dia ni comel.
Lepas tu ada scene dia tidur ramai-ramai malam raya dengan sepupu dia, dan dia pakai kasut merah time tidur.
Mak saya cakap, masa saya kecik, sehari sebelum mula sekolah, saya pun pakai kasut sekolah.
Waktu tidur, mak saya bukak kasut tu. Haha. Semangat betul nak pergi sekolah. Alhamdulillah, jadi orang la jugak saya ni. Jadi engineer pulak tu. Hee...

Dan mak saya cakap, waktu ada basikal baru, basikal tu saya bawak masuk bilik. Handle basikal tu bawak masuk dalam kelambu. Sayang betul dengan basikal baru ye.

Masa kecik dulu memang best. Hidup waktu tak kompleks sangat macam hari ni. Physics law doesn't really apply to us, and we don't even need to think about them, either. Main masak-masak dengan kawan perempuan lain. Main kejar-kejar. Having our first puppy love. (Hoho!) Belasah budak sampai berdarah mulut diorang. (Hey, I was quite wild at that time hoccay?).

Walaupun pendiam, saya agak protective la. Mana-mana budak lelaki yang buli budak perempaun, saya akan tumbuk dia sampai ramai takut dengan saya. Pernah sekali tu saya kena heret bawak masuk dapur tadika dan tak dibenarkan keluar sampai waktu balik sebab terlampau ganas dan ustazah tak dapat handle saya. Saya tak pukul orang kalau takde sebab. Tapi dah besar ni lebih gentle sikit la. Lebih pasif berbanding agresif.

Entah sejak bila, hidup ni jadi rumit. Semua orang berlumba exam nak dapat nombor satu. Hari demi hari berlalu, kita pun lupa yang kita dah lama pun tinggalkan zaman kanak-kanak tu. Cari kerja. Cari duit. Bayar hutang. Dan rutin ni berpusing sampai kita pencen.

Kepada yang masih layak sambut hari kanak-kanak sedunia,
enjoy la zaman kanak-kanak korang.
Because it might be the best moment in your life.

Kepada yang masih belajar,
enjoy your life as a student.
Belajar benda-benda baru dalam hidup.
Belajar kenal Tuhan.
Jangan takut tak dapat kerja yang korang nak lepas grad.
Bukan tak dapat, tapi ditangguhkan.
Trust me. I know better.

Kepada yang sedang bekerja,
well, we're in the same boat.
Kena marah dengan boss, company yang zalim, gaji lambat, gaji kecik, kena potong gaji lagi, menangis,
Lompat kerja pun, benda sama akan berlaku.
But, never ever forget to enjoy yourself.

Post ini ditujukan khas bukan sahaja kepada adik Dania Erisha,
tapi untuk kita semua yang pernah menjadi 'Dania' satu ketika dahulu,

~Natural "Nat" Cure~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...