January 11 2016, 4.39 pm

Saya ternampak fail bertulis 'Troubleshooting' kat Control Room yang entah dah berapa lama duduk dalam tu. Saya ambil dan belek-belek kertas dalam tu.

Jumpa istilah-istilah yang dah lama tak dengar.
Servo motor. Overcurrent. Overvoltage. Undervoltage. Regeneration. EEPROM. Single phase.

Kerja luar bidang dan tak sama langsung dengan kursus yang ambik. Istilah-istilah ni tiba-tiba jadi janggal. Saya termenung jauh.

Dah lebih dua tahun sejak majlis konvo tu. Saya pun dah jauh berubah. Makin pendiam. Kawan pun tak ramai. Hujung minggu berkurung kat rumah. Sijil degree dalam Electrical (atau biasanya saya sebut 'Elly') macam takde apa-apa makna. Rasa kosong.

Actually, subjek Elly ni la yang paling saya benci sejak time sekolah rendah lagi. Cikgu Kemahiran Hidup suruh belajar pateri litar, saya tak pandai. Rasa tak suka tu terbawak-bawak sampai ke Tingkatan 5. Nasib baik pass subjek Physics. Dapat A1 pulak tu. Habis zaman matrik, entah macam mana dapat pulak kos paling tak minat ni. Saya tabahkan diri sepanjang 4 tahun tu. Sekali lagi, rasa kecewa tu kembali waktu Final Year Project. Projek tak menjadi. Demo tak keluar output. Dapat markah teruk. Tapi atas budi bicara supervisor dan dia nampak kedungguhan saya, saya dapat B-. Takpe la, macam mana pun nak grad hujung tahun tu.

Saya pulang ke rumah meninggalkan UTM yang dah jadi tempat saya ketawa dan menangis 4 tahun tu. Inilah penghujungnya. Lepas ni dah takde elektrik lagi.

Saya tipu diri sendiri. Saya rindu sangat kat subjek elektrik. Rindu awak 200 kilovolt. Mungkin Allah nak tunjuk kat saya, benda yang paling kita benci itulah yang paling kita sayang. Mula-mula saya takut dengan litar. Tapi masa saya FYP, saya basuh sendiri papan litar tu dengan asid. Buat lubang kat papan tu. Pasang komponen. Pateri komponen tu sampai lewat malam dan tertidur kat lantai. Ada masanya rambut saya terbakar terkena alat pateri tu. Dan saya hantar thesis saya kepada supervisor dan fakulti. Saya lega. Baru saya tahu, saya lebih kuat daripada apa saya bayangkan.

Thanks, Elly.
Ada jodoh, kita akan berjumpa lagi.
InsyaAllah.

~nc~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...