February 21 2015, 3.58 pm

Kadang-kadang Blogger ni tunjuk nombor-nombor yang agak menakutkan.
Ada sesetengah hari yang pageviews sekitar 4 kali.
Ada jugak hari yang mencatatkan 313 pageviews.
Sekali lagi, berlakunya mini heart attack.

Dan saya pun terfikir,
"Apa sebenarnya yang korang cari dalam blog ni?"

Sejak post bertajuk Anthem tu mula jadi viral di laman sosial Facebook, saya agak teruja la jugak sebab ramai yang membaca hasil penulisan saya. Teruja sebab Hlovate sudi berkongsi apa yang saya tulis di laman conteng beliau. Dan setakat yang saya tengah tulis ni, ada 6789 pageviews untuk entri tersebut.

Jujur saya cakap, tidak terlintas lansung niat untuk mencari populariti. Saya menulis sebab saya suka menulis. Apa yang berlaku selepas itu sememangnya di luar kawalan saya. Yang sedikit sebanyak 'berjaya' buat saya menggigil ketakutan.

Saya membesar sebagai seorang yang agak pemalu dan agak lembut la jugak orangnya. Pendiam. Suka habiskan masa dengan buku berbanding borak-borak dengan rakan sekelas. Senang cerita, saya ni low profile. Ada satu benda yang saya takut sejak dari dulu lagi - perhatian daripada orang ramai. Saya takut kalau nama saya diumumkan untuk naik ke pentas dan ambil hadiah. Saya memang cuak bila satu kelas pandang saya kalau ada guru yang mintak saya jawab soalan beliau.

Kemudian, Anthem.
Ditambah pula dengan entri yang saya letak nama Hlovate.
Kalau dah beribu-ribu orang yang baca, macam mana la saya tak panik.
Dan pembaca pun mula menggali-gali isi dalam blog ni,
dengan harapan untuk mencari dan mendedahkan identiti saya..
Jujur, saya sememangnya ketakutan.

Saya tak salahkan siapa-siapa dalam hal ni.
Cuma saya berharap pembaca tahu yang saya ni bukanlah ideal orangnya.
Ada sesetengah perkara yang saya boleh share secara terbuka dengan pembaca,
dan ada ketikanya juga benda tu sepatutnya jadi privasi.

Ambillah apa-apa yang baik daripada blog ni, dan cuba manfaatkan untuk semua.
Saya tak halang langsung korang nak 'memviralkan' lagi blog ni.

Saya manusia biasa-biasa yang takde siapa pandang pun.
Saya pun pernah buat silap. Dan saya akui saya akan buatlebih banyak silap lepas ni.
Dan saya akan terus menulis sebab saya suka menulis. Noktah.

~nc~

2 comments:

yup...saya pun mula2 terjah blog saudara/i ni bile mana viral time hlovate share blog ni ttg buku anthem, pastu mula la korek2 kan..curious sapa la tuan tanah ni yg hebat juga tulisan nye.. pastu ttbe jd interested sbb juga jurutera..nk ambil tahu pasal bidang kerjaya yg agak sama ni..

peace..keep posting ok.

InsyaAllah. Thanks for dropping by.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...