February 22 2015,1.18pm

Ada satu hari tu, saya ternampak sorang kakak kat tempat kerja ni buat apa benda entah kat atas meja dia. Langsung tak toleh kiri kanan sebab khusyuk sangat buat kerja dia. Saya pun singgah meja beliau. Rupa-rupaya dia balut hadiah.

Saya tanya, hadiah tu untuk siapa.
"Suami akak. Hari ni birthday dia."

Hoho. Sweet gila kan. Saya takdela sibuk-sibuk tanya apa yang dia bagi tu.

Selang beberapa hari, saya 'hinggap' di meja beliau. Saje je nak ajak berborak.
Saya tanya beliau, macam mana boleh jumpa suami tu.
Jawab beliau,
"Entahlah. Semuanya 'terjadi' macam tu je."

Menurut beliau, diorang dulu berperang je kat tempat kerja lama.
Yang paling kuat melawan, obviously kakak ni la. (Hahaha)
Semua orang tahu yang diorang ni kalau jumpa je mesti bertekak.
Tapi tak kurang jugak yang bergosip.

"Silap-silap korang ni boleh kahwin ni"
"AKU TAKKAN KAHWIN DENGAN DIA!"

Ada satu hari tu, lelaki tu pun cakap direct dengan kakak ni, yang dia nak jumpa parents akak ni.
Kakak tu bukan main mengamuk. Katanya, memang mustahil la diorang ni akan kahwin.
Sorang kutub utara, sorang kutub selatan. Bila masanya ke diorang nak 'bertembung'.
Dan kakak tu ingat benda ni sekadar gurauan. Satu agenda untuk lelaki ni balas dendam kat kakak ni.

"Saya tak nak jawapan awak sekarang ni. Saya nak jawapan awak satu hari nanti"
"Saya cakap TAK NAK!!!!"

Hampir setiap hari, lelaki ni akan tanya benda sama kat beliau.
Jawapan yang kakak tu bagi pun sama je.
Sampailah kakak tu dah tahan sebab kena push, kakak pun cakap lepas, "Jumpa esok je la"

Dan lelaki tu pun terpacak kat ruang tamu rumah kakak tu pada keesokan harinya.
"Saya datang nak mintak izin untuk 'kawan' dengan anak pak cik"
Beliau tak cakap nak 'kawen'. Tapi semua orang pun faham apa ertinya seorang lelaki jumpa mak bapak si perempuan, kan?
Bapa beliau yang sporting tu pun jawab, "'Kawan' je la."

Kakak tu pun terkejut jugak sebenarnya, sebab tiba-tiba benda ni jadi 'serius'.
Kakak tu bagitahu saya, yang dia pun ragu-ragu sebenarnya.

Macam istilah yang saya sebut kat atas, benda ni 'terjadi'.
Kakak ni pun buat solat istikharah selama 3 malam berturut-turut.
Malam pertama, greenlight. Ok je. (Walaupun dia tak berapa faham kenapa.)
Malam kedua, red light.
Malam ketiga, solid red light. Takde blinking.

2 daripada 3 malam mengatakan 'NO' as the answer lepas istikharah.
Tapi, entah macam mana, kakak ni pun boleh pulak pergi ke rumah si lelaki untuk jumpa parents dia.

Dan benda ni jadi makin serius. Diorang siap dah tetapkan tarikh nikah lagi.
Lagi peninglah kepala kakak ni.
Dan kalau nak diikutkan hati, dia takde hati pun dengan lelaki tu.
Dan dia berharap yang dia dapat patah balik untuk membetulkan 'kesilapan' yang telah dia buat.

In the end, diorang pun 'terkahwin'.

Indeed, diorang bahagia sangat.
Macam mana singa boleh tukar jadi anak kucing, itu saya tak tau.

Dan kakak ni jugak la yang balutkan hadiah utuk birthday suaminya.

Kisah perkahwinan tanpa cinta atau cinta selepas nikah ni, saya cuma pernah dengar dalam novel je.
Terkejut la jugak bila tau benda ni benar-benar berlaku.

Benda ni, memang orang kata agak kolotla jugak sebab tak kenal hati budi pasangan.
Tapi kalau ikut pengalaman saya la, orang yang bercinta 10 tahun pun akan timbul perasaan jemu.
Dan secara fitrahnya diorang akan 'menolak' hubungan tersebut dengan cara menyakiti hati pasangan.
Sebab, diorang takde ikatan yang sah pun.
Sebab tu la kita disarankan untuk segera bernikah (kalau mampu) sebab kita dituntut untuk memberi komitmen dan menggalas tanggungjawab, bukannya sekadar bermain dengan perasaan.

Anyway, terima kasih kerana sudi kongsi nasihat dengan orang muda ni ye.
May Allah bless.

~nc~

February 21 2015, 3.58 pm

Kadang-kadang Blogger ni tunjuk nombor-nombor yang agak menakutkan.
Ada sesetengah hari yang pageviews sekitar 4 kali.
Ada jugak hari yang mencatatkan 313 pageviews.
Sekali lagi, berlakunya mini heart attack.

Dan saya pun terfikir,
"Apa sebenarnya yang korang cari dalam blog ni?"

Sejak post bertajuk Anthem tu mula jadi viral di laman sosial Facebook, saya agak teruja la jugak sebab ramai yang membaca hasil penulisan saya. Teruja sebab Hlovate sudi berkongsi apa yang saya tulis di laman conteng beliau. Dan setakat yang saya tengah tulis ni, ada 6789 pageviews untuk entri tersebut.

Jujur saya cakap, tidak terlintas lansung niat untuk mencari populariti. Saya menulis sebab saya suka menulis. Apa yang berlaku selepas itu sememangnya di luar kawalan saya. Yang sedikit sebanyak 'berjaya' buat saya menggigil ketakutan.

Saya membesar sebagai seorang yang agak pemalu dan agak lembut la jugak orangnya. Pendiam. Suka habiskan masa dengan buku berbanding borak-borak dengan rakan sekelas. Senang cerita, saya ni low profile. Ada satu benda yang saya takut sejak dari dulu lagi - perhatian daripada orang ramai. Saya takut kalau nama saya diumumkan untuk naik ke pentas dan ambil hadiah. Saya memang cuak bila satu kelas pandang saya kalau ada guru yang mintak saya jawab soalan beliau.

Kemudian, Anthem.
Ditambah pula dengan entri yang saya letak nama Hlovate.
Kalau dah beribu-ribu orang yang baca, macam mana la saya tak panik.
Dan pembaca pun mula menggali-gali isi dalam blog ni,
dengan harapan untuk mencari dan mendedahkan identiti saya..
Jujur, saya sememangnya ketakutan.

Saya tak salahkan siapa-siapa dalam hal ni.
Cuma saya berharap pembaca tahu yang saya ni bukanlah ideal orangnya.
Ada sesetengah perkara yang saya boleh share secara terbuka dengan pembaca,
dan ada ketikanya juga benda tu sepatutnya jadi privasi.

Ambillah apa-apa yang baik daripada blog ni, dan cuba manfaatkan untuk semua.
Saya tak halang langsung korang nak 'memviralkan' lagi blog ni.

Saya manusia biasa-biasa yang takde siapa pandang pun.
Saya pun pernah buat silap. Dan saya akui saya akan buatlebih banyak silap lepas ni.
Dan saya akan terus menulis sebab saya suka menulis. Noktah.

~nc~

February 8 2015, 9.02 pm

Belum ada entri bulan Februari rupanya. Haha, Busy la katakan.

Actually, lots of thing happened since January 2015.

Tarikh 16 Januari 2015 membuka lembaran baru dalam hidup engineer muda sorang ni. Di mana saya dapat posting ke plant sebelah, yakni Plant B. Actually, kilang yang saya kerja ni ada dua plant - Plant A dan Plant B. Dalam satu plant ada 6 line, atau boleh juga disebut 6 mesin (machine). Istilah ni mungkin pelik la kalau orang yang takde pengalaman kerja kilang.

Selepas 6 mesin/line berjaya 'diaktifkan', tiba pula giliran Plant B untuk beroperasi. And so the new chapter begins. Segala pengalaman yang kami dapat dari Plant A, kami cuba baiki untuk plant B. So far, produk keluaran kami jauh lebih baik daripada Plant A. At least boleh cover stok-stok yang tak dapat keluar ke kontena sebelum ni. Dengan kata lain, we are the saviors.

Al-kisahnya, Senior Factory Manager/SFM kami membahagikan separuh daripada pekerja Plant A untuk transfer ke Plant B. TAPI, for production engineers yang ada 4 orang ni, saya sorang je yang masuk Plant B. WHATTT??? Rupa-rupanyanya 3 lagi engineer tu kena stay Plant A sebab diorang akan ada triple shift (8 am, 4pm, 12 am). Memang frust gila la waktu. Dalam banyak-banyak ni, apesal saya yang kena pergi pulak? But there's lots of things I learned from the new plant.I can focus on the machine itself rather than product. Because engineer should know about technical things. How things work. And all sorts of other questions.

***** 

*Sekadar pandangan peribadi saya selaku manusia yang memerhatikan manusia lain.*

Ada dua jenis engineer kat kilang - Production Engineer dan Process Engineer. Ada orang cakap sama je. Tapi saya cakap dua kerja ni sebenarnya berbeza. Production Engineer kerja bawah Production Department. Process Engineer kerja bawah R&D Department. Obviously 2 kerja ni berbeza. Nak memudahkan lagi cerita, saya bagi analogi la. R&D ni kerja dia tulis resepi. Production ni tukang masak. Bila tukang masak berpeluh-peluh masak kat dapur, makanan pun dihidangkan kepada pelanggan. Sedap atau tak, bergantung kepada customer. Kalau tak sedap, customer marah tukang masak. Kalau sedap, yang tulis resepi tu dapat nama. In the end, tukang masak hanyalah tukang masak.

Dan itu jugaklah realiti yang berlaku di kebanyakan tempat. R&D kerja dalam bilik air-cond. Sambil tunggu result, boleh main henpon jap. Diorang tak masuk sangat pun dalam mesin tu. Buat-buat busy je kerjanya. Production pulak panjat sana, panjat sini, masuk tangki, cuci tangki, adjust oven temperature, adjust water flow rate, adjust chemical dosing rate, machine speed, etc. Bila product bagus, R&D dapat nama. Bila dah lingkup sebab salah 'resepi', diorang jugak la yang melutut depan kitorang semua, mintak tolong kami.

Tapi kalau nak diikutkan, R&D ni hari-hari je kena hentam dengan big boss. Diorang ni takde la bagus mana pun. Berlagak je lebih. Adjust oven temperature pakai allen key pun belum tentu reti. So, pesanan saya, kepada semua engineer, tak kira la bidang apa pun, tolonglah belajar pegang spanar dengan screwdriver, atau korang akan terus jadi bahan jenaka orang sekeliling.

Saya belajar elektrik, tapi kerja banyak pakai mekanikal dengan chemical. Eh, tak rasa lari bidang ke? TIDAK. Apa yang korang belajar time degree, itu secara tidak langsung menjana kepala korang untuk berfikir. Yang mana penghujung kepada sebuah jalan tak semestinya sampai ke tempat yang dituju. Boleh jadi kita akan jumpa banyak cabang dalam hidup.Belajar degree ni memberi peluang untuk kita semua berfikir, bahawa kita sebenarnya mampu pergi ke banyak cabang kalau kita nak. Memang saya rasa dah lompat bidang pada mulanya, tapi apa yang saya dapat tangkap, semuanya akan balik semula ke zaman saya ambil SPM, di mana saya pernah kuasai Physics dan Chemistry. Dari benda-benda basic ni la saya mula meneroka ke sebuah bidang yang saya kira mencakupi banyak aspek dalam kehidupan. Kalau degree ajar kita satu bidang, pengalaman kerja akan ajar kita lebih banyak bidang. Dan bila korang dah master banyak bidang, korang akan rasa luasnya ilmu yang ada kat dunia ni, dan agak rugilah kalau korang sempitkan skop kerja korang untuk satu bidang je.

Satu lagi benda popular - master vs degree. Ada orang belajar sains untuk degree, dan sambung master dalam engineering. Atau degree dan master for engineering. Senang cakap diorang ni orang pandai la, sebab ada master. Pengalaman saya kerja dah banyak bukak mata saya, dan satu perkara yang saya yakin, budak master yang sambung belajar lepas degree dan tak pernah kerja sebenarnya tak la bijak mana pun. Sebab in the end, ilmu tu patutnya diaplikasikan ke tempat kerja, dan bukannya kat tesis. Kalau tak percaya cakap saya, tunggu budak-budak yang ambik master sekarang ni grad, dan tengok diorang buat kerja. Korang boleh tersengih tengok macam mana diorang ni bekerja nanti. So, degree tu degree dan master tu master. Semua tu sekadar sekeping kertas tebal. Saya pernah dengar orang cakap, "Sebaik-baik ijazah ialah ijazah jalanan". Saya tak membangkang siapa-siapa yang sambung master, cuma saya harap korang tahu apa korang nak buat selepas tu. Tak guna belajar tinggi-tinggi kalau korang pun blur tak tahu nak cari apa dalam hidup. Belajar la pegang spanar ye. This is life.

~Natural Cure~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...