September 17 2014, 1.01 am

Entri yang lepas, saya ada tulis tentang Germany atau negara Jerman.
And they're so proud with their German (bahasa Jerman).

Tiba-tiba saya terfikir tentang satu soalan.
"What is that first German word that you can remember, which you can relate to yourself?"

Saya bantai gelak sorang-sorang.
Jawapan saya:

"German measles"

Okay la tu. Ada la bunyi German-ish kat situ. Hahaha.

German measles ni lebih popular dengan nama rubella.
(Sebutan measles ni macam bunyi Mizz-Ell)
Macam demam campak, tapi tahap bahaya dia tak seteruk demam campak.
Ada bintik-bintik merah kat muka, dan perlahan-lahan turun ke kaki.
Lepas dua minggu, dia hilang sendiri.

Saya pun tak tahu mana datangnya penyakit ni, tiba-tiba dah berjangkit.
Waktu tu, masuk study week semester keenam.
Saya ada presentation untuk subjek Picom (Principle of Communication)
Habis satu badan kena sarung macam nangka.
Tangan pun pakai glove/mitten masa main ice skating kat Sunway Pyramid dulu.
Mulut pun kena cover dengan penutup.
Saya malas nak ambik MC, tu yang gagahkan jugak buat presentation.

Alhamdulillah, setakat yang saya tahu, takde siapa terjangkit sebab saya.
Memang tak seronok la kalau dah dapat penyakit ni.
Terpaksa mengasingkan diri dari orang lain.
Doktor ada bagi losyen calamine. Dan ubat-ubat lain.

But, look at the bright side, I learned a new German word. Heh.

Danke.

~Natural Cure~




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...